Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Taktik Guna Logo Nelayan Tak Menjadi, Lori Tangki Haram Ditahan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Screenshot-2025-02-11-at-1.24.17 PM.png


Sindiket seleweng diesel tumpas (Foto: KPDN Terengganu)


Guna taktik menyamar sebagai kenderaan nelayan dengan menampal logo Persatuan Nelayan Kebangsaan dan logo subsidi nelayan pada sebuah lori tangki dengan tujuan untuk memindahkan minyak diesel bersubsidi secara haram, akhirnya terbongkar. 


Sindiket itu berjaya dikesan hasil serbuan  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu di sebuah stor di Kawasan Perindustrian Gong Badak pada Ahad lalu. 


Minyak Diesel 32,760 Liter Dirampas


Menurut Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd Kia, serbuan yang dilakukan pada jam 12.30 tengah hari itu hasil daripada risikan selama seminggu sebelum tindakan diambil.


Hasil pemeriksaan, pihaknya menemui sebuah lori tangki dan lima skid tank yang mengandungi 32,760 liter minyak diesel.


Tambahnya lagi, ketika serbuan dijalankan, kira-kira 16,000 liter diesel sudah pun dipindahkan dari lori ke skid tank menggunakan paip saluran getah.


Tiada Lesen Atau Permit Sah


Semakan lanjut mendapati lori tangki yang digunakan tidak mempunyai lesen, permit atau surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk mengendalikan minyak diesel bersubsidi.


Jelas Saharuddin, “Modus operandi sindiket itu adalah menggunakan perkhidmatan lori tangki yang tertera logo dan perkataan Persatuan Nelayan Kebangsaan di bahagian sisi badan lori tangki dan pada bahagian belakang lori tertera logo perkataan Diesel Subsidi Nelayan.”


Dua Suspek Ditahan, Kerugian Cecah RM370,000


Dalam operasi ini, pihak berkuasa menahan dua lelaki, seorang warga tempatan berusia sekitar 60-an dan seorang lelaki warganegara Myanmar, bagi membantu siasatan.


Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM371,069.86, dan kes ini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sumber: Sinar Harian

Baca: Nak Subsidi Diesel? Wajib Buat Penyelenggaraan Berkala – Pakar

Tag:

Diesel
Subsidi Diesel
KPDN
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Minyak Turun Minggu Ini: Semak Harga Baharu RON97, RON95 & Diesel

Harga Runcit Petrol Dan Diesel Tanpa Subsidi Turun 10 Sen Bagi Tempoh 1 Julai Hingga 8 Julai 2026.

01-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai

Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.

22-06-2026
Berita Auto

Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun

Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.

18-06-2026
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026
Berita Auto

Harga RON95, RON97 Tanpa Subsidi, Diesel Naik

Harga Bahan Api Tanpa Subsidi Naik Lagi.

20-05-2026
Berita Auto

Harga RON95, Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen

Harga runcit RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik lima sen.

06-05-2026
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026