Link Copiedcheck_circle
Global

BIMS 2025: Nissan Serena C28, Model Ini Pun Masuk M'sia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Antara model utama yang dilancarkan secara rasmi pada pameran Bangkok International Motor Show 2025 ialah  Nissan Serena e-Power generasi C28.

Kemasukan MPV ini ke pasaran Thailand telah lama dijangkakan memandangkan model ini sudah dipertonton di Thailand pada  November 2024, semasa pelancaran Serena S-Hybrid generasi C27 yang dipasang di Malaysia. 

Bagaimanapun, generasi  C28 hanya ditawarkan dalam satu varian, iaitu Highway Star, dengan harga 1.69 juta bhat (lebih kurang RM220,769).

image.pngimage.png

Dengan tawaran harga itu,  media tempatan Thailand menggelar Nissan Serena e-Power C28 sebagai kereta import Jepun paling mampu milik yang dijual di negara itu.

Jadi, ada kemungkinan besar, gelaran yang diberikan itu dapat membantu melonjakkan jualannya di seluruh Thailand.

image.png

Namun, perlu juga diingat bahawa Serena generasi C27 yang dipasang di Malaysia masih dijual di Thailand walaupun penggantinya, generasi C28, telah dilancarkan secara rasmi. 

Malah, model terdahulu itu ditawarkan pada harga yang lebih murah, iaitu 1,469,000 juta bhat (lebih kurang RM191,946).

Seperti mana namanya, Nissan Serena e-Power C28 sebenarnya menggunakan teknologi rangkaian kuasa elektrik e-Power dari pengeluar Jepun ini, sama seperti yang terdapat pada model Kicks yang baru dilancarkan di Malaysia.

Sistem ini pada dasarnya adalah (EREV/REEV). Ia terdiri daripada enjin petrol 1.4 liter 3-silinder yang berfungsi sebagai penjana untuk mengecas pek bateri lithium-ion 1.77 kWh, manakala motor elektrik dipasang di hadapan mampu menghasilkan kuasa setakat 163 PS dan 315 Nm.

Antara kelebihan utama sistem ini ialah kecekapan bahan api yang sangat tinggi, dimana Nissan mendakwa purata penggunaan  hanya 5.5 liter bagi setiap 100 km.

 image.png

Menjengah bahagian kabinnya, pembeli di Thailand akan mendapat Nissan Serena C28 yang hadir dengan  susun atur tiga baris, tujuh tempat duduk (2-2-3) yang turut dilengkapi dengan pelbagai ruang penyimpanan. 

Apa yang menarik,  tempat duduk barisan ketiga boleh dilipat ke atas  bagi membesarkan lagi ruang kargo, manakala baris kedua menampilkan dua tempat duduk kapten untuk keselesaan lebih premium.

Di bahagian hadapan pula, ia hadir dengan papan pemuka dilengkapi paparan digital interaktif 7 inci untuk panel instrumen, serta skrin sentuh infotainmen 9 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto serta ada kawalan fizikal untuk sistem pendingin hawa.

image.png

image.pngimage.png

Menyentuh mengenai ciri-ciri  keselamatan, Nissan Intelligent Mobility Safety System didatangkan sebagai ciri standard, iaitu Brek Kecemasan Pintar  Amaran Keluar Lorong,  (LDW), Amaran Titik Buta (BSW), serta Kawalan Jelajah Pintar  (ICC).

Dikhabarkan, Thailand kini menjadi pasaran terbaharu di rantau ini yang menerima Nissan Serena e-Power C28, selepas Singapura dan Indonesia. 

Selepas ini, ia mungkin akan memasuki pasaran  Malaysia sebagai destinasi seterusnya, dan ada kemungkinan besar,  ia akan dipasang secara tempatan (CKD) seperti model terdahulu.

Gallery

Tag:

Nissan Serena
Nissan Serena C28
Bangkok International Motor Show (BIMS)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Nissan Serena Baharu Dah Masuk Singapura

Nissan Serena C28 serba baharu turut membuat penampilannya di pameran Singapore Motor Show 2024.

17-01-2024
Berita Auto

Bilik Pameran ETCM Berkonsepkan NRC-NEXT

ETCM umum buka bilik pameran baharu lagi.

11-07-2023
Kereta Baru

Nissan Serena J Impul Kini Di M'sia

Nissan Serena J Impul dijual pada harga RM169,888.

06-07-2023
Video

Review Nissan Serena Premium Highway Star 2022. MPV S.Hybrid Serba Moden Yang Sangat Berbaloi!

Review Nissan Serena Premium Highway Star 2022. MPV S.Hybrid Serba Moden Yang Sangat Berbaloi!

27-12-2022
Berita Auto

Imej Paten Nissan Serena C28 Terbongkar! Ini Reka Bentuk Serena Generasi Akan Datang

Imej paten Nissan Serena generasi akan datang telah terbongkar.

01-11-2022
Kereta Baru

Nissan Serena S-Hybrid Baharu Dilancarkan 6 Julai Ini, Sudah Ada Di Bilik Pameran Nissan

Nissan Serena S-Hybrid baharu akhirnya bakal dilancarkan esok, 6 Julai 2022

05-07-2022
EV

KIA EV5 Dah Masuk Thai, Malaysia Bila Lagi?

Kia EV5 akhirnya secara rasminya di tayangkan sempena 2024 Bangkok International Motor Show (BIMS) di Thailand.

27-03-2024

Berita Terkini

Global

Kabin Mercedes-Benz GLB Generasi Terbaru Didedahkan – Lebih Mewah & Canggih

SUV crossover kompak Mercedes-Benz GLB generasi kedua dijadualkan untuk membuat kemunculan rasmi pada awal bulan hadapan, 8 Disember.

14-11-2025
Global

China Mahu Kurangkan Had Pecutan 0-100 KM/J Kepada 5 Saat

Kementerian Keselamatan Awam China kini mencadangkan had masa pecutan 0–100 km/j dikurangkan dalam tempoh lima saat bagi kenderaan bermotor.

14-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.

14-11-2025
Global

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Global

Toyota Hilux Gen Ke-9 - Ada Versi BEV, ICE, FCEV

Selepas beberapa imej teaser disiarkan di media sosial, trak pikap Toyota Hilux generasi kesembilan akhirnya dilancarkan di Thailand semalam.

11-11-2025
Global

Tiada Harapan Proton e.MAS 5 Di Thailand, ‘Kembar’ Geely Yang Masuk

Proton e.MAS 5 kini sah tidak akan memasuki pasaran Thailand. Puncanya? Rakan kongsi strategik Proton, Geely, dilaporkan akan melancarkan 'kembar' e.MAS 5 di Thailand, sekaligus mengesahkan jenama itu diketepikan dari pasaran utama ASEAN.

07-11-2025
Global

Toyota Hilux Generasi Seterusnya Buat Kemunculan Sulung 10 November Ini

Selepas dihujani spekulasi dan imej rekaan yang tidak rasmi, Toyota Motor Thailand akhirnya menamatkan penantian dengan mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi Toyota Hilux generasi terbaru iaitu yang kesembilan.

04-11-2025
Global

Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.

03-11-2025