Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak 11,232 Unit Pada Februari Sebab S70, X50? Ini Antara Model "Hot" Proton!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton Holdings Bhd (PROTON) mencatatkan peningkatan jualan kumpulan produk sebanyak 13.2 peratus pada Februari dengan 11,232 unit telah dijual, biarpun berdepan dengan pemulihan pasaran kereta selepas permulaan tahun yang lembap.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Roslan Abdullah berkata, jualan PROTON telah menunjukkan pemulihan pada bulan Februari setelah permulaan tahun 2025 yang kurang memberangsangkan. 

Roslan-Abdullah,-Deputy-Chief-Executive-Officer,-PROTON-(1).jpg

“Masih ada sedikit ketidakpastian tentang kemampuan pembeli tetapi buat masasekarang, jumlah jualan kami sedang menambah,” katanya dalam satu kenyataan.

Lonjakan jualan itu adalah disebabkan dengan model Proton S70 kekal yang sebagai sedan segmen-C terlaris di Malaysia serta Proton X50 yang merupakan pilihan popular yang berterusan dalam kalangan pembeli kereta.

image.pngimage.png

Proton S70 telah  mendahului jualan segmen selama dua bulan berturut-turut, dengan 2,340 unit yang dijual pada tahun 2025.

Proton X90, model utama PROTON pula terus mendominasi jualan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-D, manakala Proton X70 mencatatkan jualan sebanyak 746 unit pada Februari.

Apapun, Proton Saga terus mendominasi jualan semua model Proton dengan 5,024 unit terjual bulan lepas, sementara model-model lain seperti Proton Persona dan Proton Iriz masing-masing mencapai 1,323 dan 283 unit.

Seiring dengan peningkatan jualan, bulan Februari juga membawa perkembangan baru kepada operasi eksport PROTON.

The-ESAF-facility,-with-a-$50-million-investment-and-an-annual-production-capacity-of-40,000-vehicles,-signifies-Egypt’s-commitment-to-industrial-development.-(1).jpg

Pada hujung Februari lalu, versi CKD Proton Saga pemanduan kiri (LHD) mula dikeluarkan dari barisan pemasangan di fasiliti Ezz Elarab Elsewedy Automotive Factories (ESAF) di Mesir. 


Gallery

Tag:

Proton X50
Proton S70
Proton Saga
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Proton Umum Prestasi Jualan Luar Biasa Sepanjang 2025 – Saga Kekal 'Hero'

Proton membuka tirai 2026 dengan khabar gembira setelah mengumumkan prestasi jualan luar biasa sepanjang tahun lalu.

04-01-2026
Pandu Uji

Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.

17-12-2025
Berita Auto

Hati-Hati Tukar Tayar Di Tepi Jalan: Terbaharu Seorang Wanita Maut Ketika Tukar Tayar Kereta

Seorang wanita berusia 31 tahuh maut selepas dilanggar lori ketika sedang menukar tayar kereta di Seremban, pagi tadi.

19-11-2025
Berita Auto

Pemilik Proton X50 Berpeluang Nikmati Tol Percuma Selama 3 Bulan, Hanya Perlu Sertai Kempen

Pemilik Proton X50 berpeluang menikmati tol percuma bernilai sehingga RM500 selama tiga bulan dengan menyertai kempen baharu bertemakan “Roar Forward, Ride Freedom.

18-11-2025
Berita Auto

15,575 Kereta Proton Terjual Okt 2025, Proton Saga Paling Laku

Jualan kereta jenama Proton sekali lagi melonjak apabila berjaya menjual sebanyak 15,575 unit pada bulan lepas manakala Proton Saga meraih jualan tertinggi dalam 12 tahun.

10-11-2025
Berita Auto

Lebih 5,000 Unit Proton X50 Facelift Sampai Ke Tangan Pelanggan Dalam 40 Hari

Sejak dilancarkan pada Julai tahun ini, Proton X50 2025 edisi terbaru telah mencuri perhatian rakyat Malaysia, dengan lebih 5,000 unit berjaya diserahkan dalam tempoh hanya 40 hari.

10-10-2025
Berita Auto

Proton Catat Jualan Kukuh Suku Ketiga Sebab Proton X50 Laku Keras

Jualan Proton kukuh pada suku ketiga tahun ini apabila sebanyak 13,395 unit (domestik + eksport) unit terjual pada September lepas.

03-10-2025
Berita Auto

Rekod Cemerlang: Proton Rekod Jualan Tertinggi Dalam 36 Bulan, Lepas 100,000 Unit Untuk Tahun Ini

PROTON mencatat prestasi jualan terbaik dalam tempoh 36 bulan apabila berjaya menjualsebanyak 15,228 unit (Domestik + Eksport) pada bulan Ogos 2025.

11-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

PROTON menyatakan kebakaran yang berlaku di sebuah fasiliti Body & Paint (B&P) di Sungai Buloh Selangor masih dalam siasatan.

09-01-2026
Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto

Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.

09-01-2026
Berita Auto

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026
Berita Auto

Hotspot Kemalangan Patut Dipasang Kamera AWAS, - JPJ Terengganu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mencadangkan supaya pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dilakukan di laluan berisiko tinggi dan lokasi kerap berlaku kemalangan.

09-01-2026
Berita Auto

UTM Jalin Kerjasama Perodua, Bangunkan Program Kampus Mobiliti Pintar

Program yang dibangunkan menerusi kerjasama strategik dengan pengeluar automatif nasional, Perodua, direka untuk meningkatkan mobiliti kampus dan keselamatan pelajar.

09-01-2026
Berita Auto

Ada Cadangan Potong Kuota Subsidi BUDI95 Ikut Gaji? – Ini Jawapan Kerajaan

Kerajaan memberi jaminan tidak akan membuat perubahan drastik terhadap kuota bantuan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berdasarkan kelas pendapatan buat masa ini.

08-01-2026
Berita Auto

Kenapa Passport Malaysia, IC Berwajah Baharu?

Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu dalam dalam tempoh enam bulan lagi.

08-01-2026