Link Copiedcheck_circle
Global

Laporan: Mercedes-Benz Bakal Dedah 21 Model Tapi Bukan Sekarang!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Mercedes-Benz dikatakan akan memperkenalkan sekurang-kurangnya 21 model baharu tetapi bukan sekarang sebaliknya dalam tempoh dua tahun akan datang, lapor berita Autocar UK.

Kebanyakan model itu adalah versi facelift dan ada juga kereta konsep. Difahamkan, pengenalan model itu adalah sebahagian daripada usaha Mercedes-Benz untuk menstabilkan pengeluaran dan jualan global di beberapa pasaran utama.

Pengenalan model baharu secara besar-besaran ini sebenarnya bertujuan untuk mengimbangi pengenalan model pembakaran (ICE) yang dikemaskini termasuk  MHEV dan plug-in hybrid (PHEV).

Seperti mana yang dijangkakan, deretan model 2025 akan dimulakan dengan  generasi ketiga CLA. Untuk pengetahuan anda, ia merupakan sedan kompak yang bakal menjadi EV paling cekap Mercedes-Benz setakat ini. 

image.pngimage.png

Ia dijadualkan akan didedahkan pada  bulan depan dan  CLA baharu ini juga akan menjadi model pertama daripada enam model kompak yang dibangunkan  berdasarkan Modular Mercedes Architecture (MMA).

Selepas versi EV ini, varian enjin pembakaran dalaman (ICE) untuk CLA baharu dijangka dilancarkan enam bulan kemudian. 

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, model ini akan menggunakan enjin petrol 1.5-liter 4-silinder yang dikatakan dibekalkan oleh teknologi trenkuasa  Horse.

Enjin ini akan dipadankan dengan motor elektrik kecil dalam transmisi di mana ia  mampu menghasilkan sehingga 188 HP serta menawarkan kecekapan bahan api setanding dengan enjin diesel.

Seterusnya, model ketiga, GLB baharu yang dibangunkan berdasarkan MMA juga akan didedahkan pada tahun ini.

image.png

Ini kerana  Mercedes-Benz memberi jaminan bahawa SUV ini akan menjadi lonjakan besar berbanding model generasi pertama sedia ada. Seperti CLA baharu, GLB juga akan ditawarkan dalam  versi ICE dan EV, dimana ada desas-desus mengatakan  model ini lebih  besar dan luas berbanding pendahulunya.

Malah, satu lagi pengenalan untuk tahun ini adalah GLC crossover generasi kedua. Model ini dikatakan bakal menyaingi Audi Q6 e-tron Porsche Macan dan BMW iX3. Ia juga menampilkan senibina elektrik 800-voltan.

image.png

Selain itu, jentera ini didatangkan dengan pilihan pek bateri jenis LFP dan NMC yang dilaporkan masing-masing menjanjikan perjalanan sekitar 644 km dan 805 km. 

Apa yang pasti, antara pendedahan terbesar yang akan dibuat adalah kereta konsep baharu yang berasal dari AMG. 

“Ia akan menjadi kereta paling pantas yang pernah dihasilkan oleh AMG,” kata sumber yang dipetik oleh Autocar UK mengenai kereta konsep Mercedes-AMG. 

image.png

Sumber dalaman itu turut memberi bayangan  kereta konsep  itu tidaklah begitu  berbeza dengan kereta konsep One-Eleven.

Beralih pada tahun 2026, laporan yang sama turut model pertama yag akan dilancarkan kelak adalah S-Class Flagship versi facelift yang dijangka akan dikekalkan di pasaran sekurang-kurangnya sehingga 2030 sebelum digantikan dengan model generasi baharu.

Model ini juga akan menerima pelbagai teknologi terkini, termasuk paparan MBUX Superscreen, perisian MB:OS, serta sistem Pemanduan Autonomi Tahap 3, yang akan meningkatkan pengalaman digital pengguna.

image.pngimage.png

Selepas itu, versi baharu EQ juga akan diperkenalkan dengan kejuruteraan semula yang lebih menyeluruh.

Walaupun kedua-duanya menggunakan nama S-Class, S-Class facelift namun  EQS baharu tidak akan berkongsi platform yang sama.

image.pngimage.png

Ini kerana EQS akan dibina berdasarkan platform MB:EA Large, manakala S-Class kekal menggunakan MRA.

Antara model lain yang akan didedahkan pada tahun depan adalah  C-Class elektrik, SUV EQS yang diperbaharui, EQE dan SUV EQE, serta dua  SUV, GLE dan GLS versi facelift.

Tahun  2026 juga akan menyaksikan penampilan sulung model elektrik Mercedes-AMG  yang dikatakan bakal menyaingi Lotus Emeya dan Porsche Taycan Turbo GT.

Bagi melabuhkan tirai tahun 2026, sebuah model elektrik pertama Mercedes-AMG akan dilancarkan dan   bakal menjadi pencabar kepada Lotus Emeya dan Porsche Taycan Turbo GT.

Gallery

Tag:

Mercedes-Benz S-Class
mercedes GLC
Mercedes Benz S-Class
Mercedes-AMG One Hypercar
Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC AMG Line
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji
Mercedes-Benz GLC 300 Mahal Tapi Masih Laku

Mercedes-Benz GLC 300 Mahal Tapi Masih Laku

Team CariCarz.com sempat memandu uji Mercedes-benz GLC 300, baru-baru ini.

25-08-2023
EV
Nak Tahu Spesifikasi Lanjut Model Konsep EV, Kena Tunggu

Nak Tahu Spesifikasi Lanjut Model Konsep EV, Kena Tunggu

Mercedes-Benz akan memperkenalkan model konsep EV 'peringkat permulaan'.

25-07-2023
Global
Terima Rekaan Dalaman Mewah, Teknologi Baharu

Terima Rekaan Dalaman Mewah, Teknologi Baharu

Mercedes-Benz GLC 2023 (X254) serba baharu membuat tayangan perdana dunia semalam.

02-06-2022
Berita Auto
Jangan Terperanjat Dengan Harga Maybach S-Class Ini

Jangan Terperanjat Dengan Harga Maybach S-Class Ini

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan, Mercedes-Maybach S580 di ibu kota, pagi tadi.

01-03-2022
Berita Auto
Mercedes-Benz S-Class: Varian Tunggal, Harga Masih Belum Didedahkan!

Mercedes-Benz S-Class: Varian Tunggal, Harga Masih Belum Didedahkan!

Jentera ini dikatakan sarat dengan teknologi terkini.

15-12-2021
EV
Mercedes-Benz EQ EV Ditayang Dalam Perarakan Merdeka

Mercedes-Benz EQ EV Ditayang Dalam Perarakan Merdeka

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru sahaja mengeluarkan imej teaser EQ mereka.

31-08-2023
Kereta Baru
Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC AMG Line – SUV Mewah 7 Tempat Duduk Dengan Infotainmen Mantap!

Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC AMG Line – SUV Mewah 7 Tempat Duduk Dengan Infotainmen Mantap!

Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini telah mendedahkan tentang kehadiran sebuah varian SUV premium.

19-05-2021

Berita Terkini

Global
Geely Starry EM-i Catat Rekod Dunia – Jimat Minyak, Hanya 3.83L/100 KM!

Geely Starry EM-i Catat Rekod Dunia – Jimat Minyak, Hanya 3.83L/100 KM!

Gergasi automotif China, Geely Auto, secara rasmi telah ‘memahat’ nama dalam Guinness World Record selepas model Starray EM-i berjaya menamatkan pemanduan pesisir pantai dari Sydney ke Melbourne.

17-12-2025
Global
Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025

Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025

Leapmotor mendedahkan bahawa pihaknya berjaya menjual sebanyak 536,132 kenderaan bermula dari Januari hingga November lepas.

16-12-2025
Global
Generasi Seterus Porsche 718 Hadir Dalam Versi ICE Selain Elektrik
Global
Terbesar Di Dunia: Geely Buka Pusat Ujian Keselamatan Terbesar Dunia Di China

Terbesar Di Dunia: Geely Buka Pusat Ujian Keselamatan Terbesar Dunia Di China

Geely Auto Group telah membuka secara rasminya, Pusat Ujian Keselamatan terbesar di dunia di Hangzhou Bay, Zhejiang, China, baru-baru ini.

15-12-2025
Global
Chery Tambah Satu Lagi Varian 400T Luxury Untuk Model Arrizo 8 Pro

Chery Tambah Satu Lagi Varian 400T Luxury Untuk Model Arrizo 8 Pro

Chery telah menambahkan satu lagi varian untuk Chery Arrizo 8 Pro yang dikenali sebagai 400T Luxury, baru-baru ini.

12-12-2025
Global
Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.

12-12-2025
Global
Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km

Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km

Spesifikasi Lotus Eletre versi PHEV sudah pun didedahkan di China, baru-baru ini.

09-12-2025
Global
Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.

09-12-2025