Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mercedes-Benz S-Class: Varian Tunggal, Harga Masih Belum Didedahkan!

Suhana Veru

Kongsi melalui


Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan model S580e hibrid plug-in (PHEV) terbaharunya, di ibu kota kelmarin.

Jentera baharu ini yang sarat dengan teknologi dan inovasi terkini bakal menawarkan pengalaman pemanduan terbaik untuk para pelanggannya.


Begitupun, harga limosin mewah ini masih belum ditetapkan setakat ini namun, sudah ada yang menempah jentera itu.

Perkara itu turut diakui Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kenderaan Penumpang MBM, Michael Jopp.

“Kami sudah menerima sejumlah tempahan namun harga sebenar kenderaan ini masih belum dimuktamadkan. Ia akan diumumkan selewat-lewatnya pertengahan Januari depan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran model Mercedes-Benz S580e.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa harga jentera itu akan ditawarkan lebih tinggi berbanding model sebelumnya.

Untuk rekod, Mercedes-Benz S560e W222 sebelum ini,  dijual pada harga RM658,888.

Mengulas lanjut mengenai ketibaan model terpenting (flagship) itu, beliau berkata, model Class S itu cuma didatangkan dengan satu varian dan ia merupakan unit pemasangan tempatan (CKD) yang dipasang di kilang Mercedes-Benz di Pekan, Pahang.

Model ini menawarkan beg udara bersemuka bagi penumpang belakang. Beg udara belakang ini menggunakan rekaan bertiub yang mengurangkan tekanan impak pada bahagian kepala dan tulang belakang. Malah, sistem bantuan suara kini dilengkapi di semua tempat duduk hadapan dan belakang.

Sejak model S-Class diperkenalkan ke pasaran global, lebih 4 juta unit limosin itu telah terjual. Bagi pasaran Malaysia, model yang dibawa masuk pada akhir 1970 itu, sudah terjual sebanyak 18,000 unit.

Dari aspek mekanikal, limosin mewah ini dipadankan dengan  enjin 3.0 liter turbo enam-silinder sebaris. 

Ini membuatkan jentera mewah ni mampu menghamburkan kuasa 367 PS pada 5,500 hingga 6,100 rpm dan tork 500 Nm pada 1,600 hingga 4,500 rpm.


Ia digandingkan bersama transmisi 9G-Tronic. Trenkuasa model ini turut disokong kotak gear automatik 9G-Tronic sembilan kelajuan dimana ia mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 5.2 saat dengan kelajuan tertinggi 250  (km/j).

Untuk makluman anda, S 580 e ini juga didatangkan dengan pengecas onboard 11 kW, dimana pengecas wallbox AC tiga-fasa mengambil masa sekitar dua hingga 2.5 jam untuk bateri mencapai 80 peratus pengecasan. 


Mungkin ramai yang ingin tahu dimana letaknya pek bateri kereta sedan ini?  Pek baterinya sebenarnya ditempatkan di ruang but menyebabkan ruang butnya hanyalah seluas 330 liter berbanding 550 liter pada varian petrol atau diesel.

Menjengah bahagian luarannya, ia dilihat menggabungkan sentuhan moden dan klasik memandangkan ia menerima  sentuhan visual lebih halus termasuk lampu depan trapezoid yang lebih langsing dan lebar .

Malah, ia juga tampil dengan  gril yang agak besar  sekali gus ia kelihatan lebih menyerlah.



Ciri biasa yang ada pada model Malaysia ialah lampu depan LED Pencahayaan Digital, yang menggunakan 1.3 juta mikro bagi memberikan resolusi 2.6 juta piksel.

Bagi meningkatkan ketepatan sistem Adaptive Highbeam Assist Plus yang lebih 100 kali berbanding Multibeam, unit lampu digital juga dikatakan boleh melaraskan pancaran supaya sesuai dengan topografi mengikut data navigasi.

Jika diamati dengan lebih dekat, terdapat tiga bintik lampu di dalamnya. Ini sebenarnya menggambarkan ia merupakan model S-Class berbanding E Class yang cuma menggunakan dua bintik.


Selain itu, ia digandingkan dengan rim multi-twin-spoke bersaiz 19-inci dan bumbung suria gelangsar panoramik.


Sebaik melabuh punggung ke atas tempat kerusinya, ia cukup menyelesakan. Apa tidaknya, kesemua tempat duduknya dibaluti upholstery kulit Nappa yang telah direka semula untuk menjadikannya lebih selesa.

Untuk tempat duduk pemandu, ia diberikan larasan elektrikal dengan fungsi memori dan tempat duduk belakang eksekutif juga menerima sentuhan yang agak unik.

Sistem kawalan suara “Hey Mercedes” kini boleh digunakan dalam 27 bahasa. Ia juga berupaya  memahami beberapa arahan secara serentak. 


Tidak ketinggalan, penumpang belakang juga boleh menggunakan sistem kawalan suara.

Menyentuh mengenai sistem infotainmennya pula, ia dilengkapi dengan skrin sentuh OLED bersaiz 12.8 inci dimana ia memiliki resolusi 1,888 X 1,728 piksel.

Ia turut dilengkapi dengan sistem hiburan MBUX mewah dengan paparan berkembar 11 inci, dua set headset tanpa wayar dan tablet android 7-inci. 

Kereta sedan ini juga memiliki keupayaan sistem audio yang cukup mengujakan menerusi sistem bunyi keliling 3D Burmester dengan 16 pembesar suara dan amplifikasi 760 watt.

Di sebalik bahagian luaran dan dalamannya, model terbaharu ini  dibina dengan kombinasi bahan besi dan aluminium, manakala 50 peratus daripada beratnya datang daripada aluminium. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengenai ciri keselamatan kereta baharu ini. 

Percaya atau tidak, jentera S-Class ini merupakan kereta pertama di dunia yang menggunakan beg udara hadapan untuk penumpang belakang. Ia dipasang pada bahagian belakang tempat duduk hadapan.

Fuhh, sungguh hebat rekaan Mercedes-Benz!

Bagi menjamin keselamatan para penumpang, tali pinggang keledar dikatakan mempunyai beg udara tersendiri. 

Secara keseluruhan jumlah beg udara untuk S 580 e ini ialah 13 unit.

Pada pandangan mata halus pula, ia juga dilengkapi dengan Brek Autonomi Kecemasan dengan pengesan pejalan kaki, kawalan pelayaran adaptif, bantuan kekal lorong, bantuan tukar lorong, bantuan elak pelanggaran, isyarat henti kecemasan dan pemantau titik buta.

Maka, tidak hairanlah mengapa Mercedes-Benz yang menggelar jentera ini sebagai kereta terbaik di dunia.


Pendek kata, jentera ini menawarkan pelbagai teknologi canggih semata-mata untuk menjamin keselamatan para penumpangnya. Tahniah Mercedes-Benz!

Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari laman web,https://www.mercedes-benz.com.my/.










Gallery

Tag:

Mercedes Benz S-Class
Mercedes Benz Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Laporan: Mercedes-Benz Bakal Dedah 21 Model Tapi Bukan Sekarang!

Laporan: Mercedes-Benz Bakal Dedah 21 Model Tapi Bukan Sekarang!

Mercedes-Benz dikatakan akan memperkenalkan sekurang-kurangnya 21 model baharu dalam tempoh dua tahun akan datang.

06-03-2025
Berita Auto
Jangan Terperanjat Dengan Harga Maybach S-Class Ini

Jangan Terperanjat Dengan Harga Maybach S-Class Ini

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan, Mercedes-Maybach S580 di ibu kota, pagi tadi.

01-03-2022
Kereta Baru
Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800

Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membuat pelancaran ‘mengejut’ model ketiga hari ini iaitu Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025.

10-09-2025
Kereta Baru
Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition Kini Di Pasaran – Dari RM538,888

Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition Kini Di Pasaran – Dari RM538,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian edisi terhad, Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition, sebagai 'lambaian terakhir' kepada model CLA generasi kedua (C118).

10-09-2025
Berita Auto
Cycle & Carriage Rasmi Pembukaan Pusat 2S Sungai Pinang

Cycle & Carriage Rasmi Pembukaan Pusat 2S Sungai Pinang

Cycle & Carriage baru-baru ini melancarkan autohaus ke-12 di Malaysia, Cycle & Carriage Sungai Pinang.

02-07-2024
Kereta Baru
Mercedes EQE 500 4Matic SUV Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM484K, Jarak EV 552KM!

Mercedes EQE 500 4Matic SUV Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM484K, Jarak EV 552KM!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes EQE 500 4Matic SUV. Ini spesifikasinya...

06-12-2023
Berita Auto
Mercedes-Benz Malaysia Baharu Terletak Di Seremban

Mercedes-Benz Malaysia Baharu Terletak Di Seremban

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd dan Minsoon Star Sdn Bhd merasmikan pembukaan Mercedes-Benz Autohaus baharu di Seremban, Negeri Sembilan.

07-10-2022
Berita Auto
Mercedes-Benz Malaysia Dan Hap Seng Star Rasmi Pembukaan Autohaus Di Setia Alam

Mercedes-Benz Malaysia Dan Hap Seng Star Rasmi Pembukaan Autohaus Di Setia Alam

Mercedes-Benz Malaysia dan Hap Seng Star baru sahaja melancarkan Mercedes-Benz Autohaus di Setia Alam

22-06-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

PROTON menyatakan kebakaran yang berlaku di sebuah fasiliti Body & Paint (B&P) di Sungai Buloh Selangor masih dalam siasatan.

09-01-2026
Berita Auto
Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto
Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.

09-01-2026
Berita Auto
Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026
Berita Auto
Hotspot Kemalangan Patut Dipasang Kamera AWAS, - JPJ Terengganu

Hotspot Kemalangan Patut Dipasang Kamera AWAS, - JPJ Terengganu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mencadangkan supaya pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dilakukan di laluan berisiko tinggi dan lokasi kerap berlaku kemalangan.

09-01-2026
Berita Auto
UTM Jalin Kerjasama Perodua, Bangunkan Program Kampus Mobiliti Pintar

UTM Jalin Kerjasama Perodua, Bangunkan Program Kampus Mobiliti Pintar

Program yang dibangunkan menerusi kerjasama strategik dengan pengeluar automatif nasional, Perodua, direka untuk meningkatkan mobiliti kampus dan keselamatan pelajar.

09-01-2026
Berita Auto
Ada Cadangan Potong Kuota Subsidi BUDI95 Ikut Gaji?  – Ini Jawapan Kerajaan

Ada Cadangan Potong Kuota Subsidi BUDI95 Ikut Gaji? – Ini Jawapan Kerajaan

Kerajaan memberi jaminan tidak akan membuat perubahan drastik terhadap kuota bantuan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berdasarkan kelas pendapatan buat masa ini.

08-01-2026
Berita Auto
Kenapa Passport Malaysia, IC Berwajah Baharu?

Kenapa Passport Malaysia, IC Berwajah Baharu?

Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu dalam dalam tempoh enam bulan lagi.

08-01-2026