Link Copiedcheck_circle
EV

Leapmotor B10 Baru Dilancar, Sudah Terima Lebih 15,000 Tempahan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Crossover elektrik baharu, Leapmotor B10 yang merupakan jenama NEV China baru sahaja dilancarkan secara rasminya di China baru-baru ini.

Apa yang mengejutkan, dalam masa sejam selepas pelancaran, pra-tempahan Leapmotor B10 sudah mencecah sebanyak 15,010 unit.

Ia hadir dalam lima varian dimana harga yang ditawarkan adalah bermula dari 109,800 yuan (RM67,000).

Malah, ketibaan Leapmotor B10 turut menghiasi tajuk utama kerana ia merupakan kereta pertama yang hadir dengan sensor LiDAR berharga di bawah 120,000 yuan (RM73,000).

Dari segi dimensi, B10 berukuran 4,515 mm panjang, selebar 1,885 mm dan tinggi 1,655 mm manakala  jarak roda 2,735 mm.

image.pngimage.png

Menjengah luarannya, rekaanya agak model kerana hadir dengan lampu LED jenis nipis, ada sensor LiDAR atas bumbung, pemegang pintu jenis tersembunyi dan hanya ada satu bar lampu belakang.

Menjengah bahagian kabinnya, ia menampilkan infotainmen terapung bersaiz 14.6 inci, ada instrumen LCD 8.8 inci, pengecas tanpa wayar dan konsol tengah yang agak unik.

B10 ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa. Varian standard didatangkan moto elektrik tunggal dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat  132 kW (177 HP). Varian ini disumbat dengan bateri berkapasiti LFP 56.2 kWj, dimana ia menawarkan jarak perjalanan sejauh  510 km.

image.png

Model ini juga hadir dengan 26 fungsi ADAS, termasuk sistem parkir pintar dan mampu mengelak halangan.

Dikhabarkan, Leapmotor B10 memasuki segmen yang sangat kompetitif, kerana mampu menyaingi pesaingnya seperti BYD Atto 3. 

Ini kerana B10 dilihat  mempunyai kelebihan kerana hadir dengan sensor LiDAR.

image.png

Maka, tidak hairanlah mengapa 73% pelanggan awal yang memilih varian LiDAR, menunjukkan bahawa pembeli melihat kereta itu dilengkapi dengan ciri canggih kerana kebiasaannya  ciri itu dikhaskan untuk model yang lebih mahal.

Apapun, Leapmotor berjaya meletakkan B10 sebagai EV yang mesra bajet serta sarat dengan pelbagai ciri  teknologi.

Gallery

Tag:

Leapmotor
Leapmotor B10
Stellantis
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Berita Auto

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026
Global

Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025

Leapmotor mendedahkan bahawa pihaknya berjaya menjual sebanyak 536,132 kenderaan bermula dari Januari hingga November lepas.

16-12-2025
Global

Auto Guangzhou 2025: Leapmotor A10 Didedahkan Kepada Umum – Bakal Tiba Di Malaysia?

SUV crossover elektrik kompak Leapmotor A10 (B03X) akhirnya muncul menyerlahkan rekaannya untuk tatapan umum di Auto Guangzhou 2025.

24-11-2025
EV

Leapmotor B10 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM110K

Leapmotor Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) baharu, Leapmotor B10, kini dibuka kepada umum.

17-11-2025
Global

Leapmotor B05 Ultra Diperkenalkan – Model Elektrik Yang Sporty

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, Leapmotor, telah mendedahkan imej pertama Leapmotor B05 Ultra yang juga dikenali sebagai Lafa 5 Ultra di China.

09-10-2025
EV

Leapmotor B10 Didedah Di Thailand, Harga Di Bawah RM100K

Leapmotor B10 akhirnya membuat penampilannya di Thailand, baru-baru ini.

24-09-2025
Berita Auto

Kementerian Pengangkutan Terima 2 Unit Leapmotor C10

Leapmotor Malaysia menyerahkan dua unit kenderaan elektrik penuh (EV) Leapmotor C10 kepada Kementerian Pengangkutan (MOT), di ibu negara semalam.

27-08-2025

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026