Link Copiedcheck_circle
EV

Mazda Kurangkan Pelaburan EV, Perkenal Skyactiv-Z

Sofea Najmi

19-3-2025

Kongsi melalui

Mazda-MultiSolution-Brefing-2025-2.jpg


Mazda memperkenalkan strategi baharu yang dikenali sebagai "Lean Asset Strategy", satu pendekatan lebih praktikal dalam usaha elektrifikasinya. Dalam pelan ini, jenama Jepun itu akan mengurangkan pelaburan dalam kenderaan elektrik (EV) sambil menambah baik enjin pembakaran dalaman (ICE) menerusi teknologi Skyactiv-Z yang baharu.


Keputusan ini mungkin kelihatan bercanggah dengan hala tuju elektrifikasi industri automotif global, namun Mazda yakin bahawa langkah ini lebih mampan dengan memanfaatkan aset sedia ada serta menjalin kerjasama strategik bersama rakan teknologi seperti Changan, Toyota, Denso dan lain-lain.


Kurangkan Pelaburan EV, Tetap Capai Sasaran 2030


Sebagai sebahagian daripada pelan ini, Mazda mengurangkan pelaburan EV daripada JPY 2 trilion (~RM59.3 bilion) kepada JPY 1.5 trilion (~RM44.5 bilion). Walaupun jumlah ini lebih rendah, Mazda tetap yakin dapat mencapai sasaran elektrifikasi menjelang 2030, tanpa menjejaskan pembangunan platform EV baharu yang dibangunkan secara dalaman.


Mazda-NextGen-EVPlatform-4.jpgMazda-NextGen-EVPlatform-2.jpg


Platform EV ini dijangka akan diperkenalkan pada 2027, dengan kemungkinan model pertama dikenali sebagai Mazda CX-6e. Model ini bakal menggunakan sel bateri yang dibangunkan bersama Panasonic.


Baca: EV Pertama Mazda Bakal Guna Teknologi Bateri Panasonic


Pengeluaran Fleksibel, Jamin Penjimatan Kos Sehingga 85%


Selain mengoptimumkan pelaburan EV, Mazda turut mengubah strategi pengeluarannya. Kilang Hofu akan mengeluarkan model EV dan ICE dalam satu barisan pengeluaran yang sama. Pendekatan ini membolehkan Mazda mencapai penjimatan kos sehingga 85% berbanding pembinaan kilang khusus untuk EV. 


Barisan pengeluaran ini juga akan dilengkapi dengan teknologi automasi terkini seperti kenderaan berpandu automatik (AGV), kecerdasan buatan (AI), serta kemas kini perisian kilang secara over-the-air (OTA), menjadikan rantaian bekalan lebih cekap dan mampan.


Baca: Mazda 6e Bakal Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Pasaran Seterusnya?


Enjin Baharu untuk Era Elektrifikasi dengan Skyactiv-Z


Mazda-Skyactiv-Z-2.jpgMazda-Skyactiv-Z-3.jpg


Bagi menyokong peralihan ini, Mazda turut menyusun semula portfolio model ICE sedia ada. Teknologi Skyactiv-Z akan menjadi enjin utama untuk kenderaan segmen kecil Mazda, dengan keupayaan memenuhi piawaian pelepasan ketat seperti Euro 7, tanpa mengorbankan prestasi.


Mazda-Skyactiv-Z-5.jpgMazda-Skyactiv-Z-4.jpg


Model pertama yang akan menerima enjin ini ialah Mazda CX-5 generasi baharu, yang dijangka diperkenalkan pada akhir 2027. SUV ini akan menggunakan enjin 2.5L 4 silinder Skyactiv-Z yang dipadankan dengan sistem hibrid Mazda sendiri.


Baca: Mazda CX-5 Generasi Akan Datang Bakal Ditawarkan Dalam Versi Hibrid


Mazda-Skyactiv-Z-6.jpg


Mazda turut menekankan bahawa Skyactiv-Z memiliki kecekapan terma yang lebih tinggi serta julat prestasi yang lebih luas berbanding enjin Skyactiv-G dan Skyactiv-X sedia ada. Ia juga akan menjadi asas kepada pembangunan enjin 6 sebaris baharu untuk model Mazda dalam segmen lebih besar.


Masa Depan Mazda: Keseimbangan Antara Inovasi dan Kecekapan 


Mazda-CEO-Masahiro-Moro.jpg


Ketua Pegawai Eksekutif Mazda, Masahiro Moro


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mazda, Masahiro Moro, industri automotif sedang mengalami perubahan besar dan Mazda komited untuk terus berkembang dengan falsafah "joy of driving" yang menjadi DNA jenama ini.


"Kami di Mazda sentiasa berusaha mencapai keseimbangan antara pengurusan perniagaan yang cekap dan pembangunan teknologi lestari, agar dapat terus menawarkan pengalaman pemanduan unik kepada pelanggan kami," katanya.

Baca: Insentif Cukai EV Tamat Tahun Ini? Ini Impaknya Kepada Harga Kereta

Baca: [PANDU UJI] Ini 5 Sebab Kenapa Mazda CX-5 2.2D High Facelift Pilihan Terbaik

Tag:

Mazda
EV Mazda
Mazda Skyactiv-Z
Lean Asset Strategy
Strategi Mazda
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Auto Shanghai 2025: Mazda EZ-60 Didedah, Mungkin Masuk Malaysia?

Mazda secara rasminya memperkenalkan SUV elektriknya, EZ-60 pada pameran Auto Shanghai 2025 yang sudah pun membuka tirainya pada pagi tadi.

23-04-2025
EV

Mazda EZ-60 Didedah: SUV Elektrik Futuristik Ini Bakal Gegar Auto Shanghai 2025

Mazda telah mendedahkan imej rasmi model elektrik terbarunya, Mazda EZ-60.

11-04-2025
EV

BIMS 2025: Mazda 6e Ditayang Dulu, Bakal Menyusul Di M'sia Pun???

Mazda menayangkan model sedan elektrik terbaharunya, Mazda 6e.

26-03-2025
Global

Mazda & Toyota Bergabung Bangunkan RX & Supra?

Sekiranya laporan ini benar, masa depan kereta sport Jepun (JDM) tampak cerah dengan kehadiran dua model yang dinanti-nantikan ramai ini.

12-02-2025
EV

Mazda 6e Diperkenalkan Untuk Pasaran Eropah – Sedan 'Rebadge' EZ-6 Dari China?

Pasaran Eropah bakal menerima kedatangan model kenderaan elektrik (EV) baharu, Mazda 6e, menjelang hujung tahun ini. Sedan elektrik ini merupakan Mazda EZ-6 yang diberikan penjenamaan semula (rebadge) dari China.

14-01-2025
EV

EV Pertama Mazda Bakal Guna Teknologi Bateri Panasonic

Mazda Motor Co. (Mazda) menunjukkan bahawa syarikatnya kini serius untuk melangkah ke era elektrifikasi dengan rancangan untuk membangunkan sebuah kilang modul bateri berteknologi tinggi di Iwakuni City, Yamaguchi, Jepun.

07-01-2025
Global

Mazda MX-5 Versi Perlumbaan, Spirit Racing, Bakal Dipertontonkan Di Tokyo Auto Salon 2025

Jenama automotif dari Hiroshima, Jepun, Mazda, telah mengumumkan kemunculannya dalam Tokyo Auto Salon 2025 (TAS 2025) dengan memperkenalkan model baharu daripada sub-jenama model berprestasi tinggi, Mazda Spirit Racing.

24-12-2024
EV

Jepun Perluaskan Pengeluaran Bateri Untuk EV

Jepun akan mempergiatkan lagi usahanya untuk menghasilkan bateri kenderaan elektrik (EV) sekali gus memperkukuh lagi rantaian bekalan bateri negaranya.

12-09-2024

Berita Terkini

EV

Jualan,Pengecasan EV Semakin Melonjak, Bagaimana Pula Langkah Lupuskan Bateri EV?

Biarpun, masih awal untuk bimbang mengenai pelupusan bateri, namun sudah tiba masanya, kerajaan sudah mula mewujudkan loji kitar semula bateri EV yang khusus.

03-05-2025
EV

Bateri CATL Tidak Boleh Terbakar, Meletup

CATL mengesahkan bahawa baterinya tidak boleh terbakar atau meletup, walaupun berlaku kegagalan haba dalaman .

02-05-2025
EV

Pameran Pertama Denza Malaysia Gegar TRX, Ini Yang Menarik

Denza Malaysia membuat kemunculan umum pertamanya di khalayak ramai setelah memasuki pasaran negara secara rasmi pada Februari lalu.

02-05-2025
EV

Toyota bZ3X: SUV Elektrik China yang Mampu Gegar Pasaran Global

Toyota terus melangkah berani dalam dunia kenderaan elektrik (EV) apabila memperkenalkan model bZ3X di Auto Shanghai 2025.

02-05-2025
EV

Pengeluaran Isuzu D-Max EV Dimulakan – Dua Motor, 66.9 kWj, Cecah 361 KM

Isuzu secara rasmi memperkenalkan trak pikapnya yang terlaris di pasaran, D-Max, dalam versi elektrik (EV).

02-05-2025
EV

Imej Teaser Sudah Mula Keluar, iCaur 03 Bakal Ditunjuk Di MAS 2025

iCaur 03 sebelum ini telah dipratonton pada tahun lepas di MAS 2024 sebagai Jaecoo J6.

30-04-2025
EV

Teksi Ikonik London Curi Perhatian – Mesra OKU, Jarak Hampir 500 KM!

Kalau berkunjung ke London, pasti anda tidak akan terlepas pandang teksi hitam ikonik yang menjadi lambang kota itu, teksi TX5.

30-04-2025
EV

Ini 2 Sebab Jualan EV Sukar Meningkat Di Malaysia

EV sebenarnya semakin mendapat sambutan, namun masih ada dua perkara utama yang menghalang penjualannya.

28-04-2025