Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MPV Elektrik XPeng X9 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM269,888

Sofea Najmi

Kongsi melalui

481280513_1219445630188561_7357747800822804157_n.jpg


Bermaz Xpeng secara rasmi melancarkan XPeng X9. MPV elektrik pintar tujuh tempat duduk kini boleh ditempah di Malaysia dengan harga bermula daripada RM269,888. 


Reka Bentuk Futuristik dengan Aerodinamik Optimum


image.png


Dari segi ukuran, XPeng X9 memiliki panjang 5,293 mm, lebar 1,988 mm, tinggi 1,785 mm dan jarak Roda 3,160 mm. XPeng X9 menampilkan reka bentuk moden dan aerodinamik serta hadir dengan elemen inovatif seperti gril hadapan “Robot Face” yang dilengkapi lampu siang LED yang melintang. Selain itu, model ini turut hadir dengan sistem Active Grille Shutter (AGS) yang meningkatkan kecekapan aerodinamik. 


Caricarz-MBA-Xpeng-X9-MYPreview-6.jpgimage.png


Dari sudut tepi, X9 kelihatan futuristik dengan bumbung seakan terapung kerana tiang A dan bingkai tingkap digelapkan. Jentera ini juga kelihatan gah dengan cermin yang luas. Aura futuristik diteruskan di bahagian belakang dengan rekaan lampu LED melintang berkelebaran penuh. 


Kabin yang Luas & Mewah 


Caricarz-MBA-Xpeng-X9-MYPreview-17.jpgCaricarz-MBA-Xpeng-X9-MYPreview-20.jpg

Caricarz-MBA-Xpeng-X9-MYPreview-18.jpgCaricarz-MBA-Xpeng-X9-MYPreview-28.jpg


Bahagian kabin X9 diinspirasikan daripada kokpit kapal angkasa, dengan susun atur moden dan penggunaan bahan premium seperti venir kayu serta corong pendingin hawa aluminium. 


image.png

image.pngimage.png


XPeng X9 dilengkapi skrin infotainmen terapung 17.3 inci, skrin hiburan belakang berukuran 21.4 inci dan sistem audio X-Opera bersama 23 pembesar suara. 


Aspek keselesaan model ini cukup dititikberatkan dengan pelbagai kelengkapan menarik seperti tempat duduk “Zero Gravity” dengan fungsi urutan, peti sejuk pintar dengan suhu boleh laras sejuk/panas, dan pengecas tanpa wayar berkembar 50W dengan sistem penyejukan. 


image.pngCaricarz-MBA-Xpeng-X9-MYPreview-23.jpg


Jentera ini juga menawarkan ruang yang fleksibel di mana tempat duduk barisan ketiga boleh dilipat secara automatik, membolehkan konfigurasi 7 tempat duduk berubah kepada menjadi 4 tempat duduk yang lebih luas dengan ruang kargo minimum 755 liter dan maksimum 2,554 liter.


Trenkuasa XPeng X9


Kesemua varian XPeng X9 mampu mencatatkan angka kuasa yang sama iaitu  315 hp (235 kW) dan tork 450 Nm. Ini membolehkannya membuat pecutan 0-100 km dalam masa sepantas 7.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 200 km/j. 


Caricarz-MBA-Xpeng-X9-MYPreview-21.jpg


Varian Standard Range 2WD Pro dilengkapi bateri LFP 84.5 kWj dengan jarak pemanduan sehingga 500 km, manakala kedua-dua varian Long Range menggunakan bateri NMC 101.5 kWj dengan jarak pemanduan 590 km.


Dibangunkan di atas platform SEPA 2.0 dengan sistem 800V berasaskan silikon karbida (SiC), penggunaan sistem ini membolehkan jentera menerima pengecasan pantas DC hingga 317 kW yang menawarkan masa pengecasan sepantas 20 minit dari 10% ke 80%. 


Model ini dilengkapi dengan fungsi pembekalan kuasa kepada peralatan elektrik iaitu Vehicle-to-Load (V2L) sebanyak 3.3 kW.


XPeng X9 merupakan MPV pertama di dunia dengan sistem stereng roda belakang aktif, membolehkannya membuat pusingan dengan diameter hanya 5.4 meter, setanding kereta kompak. Digabungkan dengan suspensi udara dwi-ruang, sistem ini memastikan kestabilan serta keselesaan optimum dalam pelbagai keadaan jalan raya.


Teknologi Keselamatan XPILOT 2.5 


XPeng X9 menampilkan sistem keselamatan XPILOT 2.5 yang merangkumi enam beg udara, kunci keselamatan elektronik untuk kanak-kanak, serta sistem bantuan pemanduan canggih yang menggunakan radar definisi tinggi, sensor ultrasonik, serta kamera HD 360˚ dikuasakan oleh cip Nvidia Orin-X.


Antara teknologi keselamatan penting adalah termasuk Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan fungsi Stop & Go, Kawalan Pemusatan Lorong (LCC), Jelajah Belokan Adaptif (ATC), Bantuan Had Laju Pintar (SAS), serta Penukaran Lorong Aktif (ALC). 


Untuk memudahkan parkir, model ini didatangkan dengan sistem Enhanced Auto Parking Assist (EAP 2.0), Auto Exit Parking Assist (AEP) dan Straight Summon, yang boleh dikawal melalui aplikasi mudah alih XPeng. 


Pilihan Warna & Harga


Xpeng-X9-ROI-Malaysia.jpg


XPeng X9 ditawarkan dalam tiga pilihan warna luaran iaitu Nebula White, Crescent Silver dan Dark Night Black, manakala bahagian kabin pula ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Starry Night Black dan Moon Shadow Brown, dengan kemasan kulit Leatherette atau Nappa bergantung kepada varian.


Harga jualan bagi tiga varian utama adalah seperti berikut:

  • XPeng X9 Standard Range 2WD Pro – RM269,888
  • XPeng X9 Long Range 2WD Pro – RM287,888
  • XPeng X9 Long Range 2WD Pro Plus – RM299,888

Pembelian adalah termasuk jaminan pengeluar selama 5 tahun atau 120,000 km, servis dan penyelenggaraan percuma selama 5 tahun atau 100,000 km, serta jaminan bateri voltan tinggi selama 8 tahun atau 160,000 km.


image.png

Tag:

Xpeng
Xpeng EV
Xpeng X9
Xpeng MPV
MPV Elektrik
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

02-01-2026
EV

23-12-2025
EV

11-11-2025
EV

10-11-2025
EV

04-11-2025
EV

23-10-2025
Berita Auto

01-10-2025
Kereta Baru

24-09-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo Car Malaysia mengumumkan pihaknya sudah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk model terbaharunya, Volvo ES90.

02-01-2026
Kereta Baru
Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.

01-01-2026
Kereta Baru
Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?

Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.

17-12-2025
Kereta Baru
Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Perodua melancarkan secara rasminya, Perodua Traz yang dinantikan sejak sekian lama di pasaran tempatan, sebentar tadi.

17-12-2025
Kereta Baru
EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

17-12-2025
Kereta Baru
Ini 'Wajah Baharu' Proton S70, Muncul Januari 2026 Nanti?

Ini 'Wajah Baharu' Proton S70, Muncul Januari 2026 Nanti?

Satu perkongsian di Facebook ‘Proton S70 Malaysia’ baru-baru ini telah mendedahkan rupa sebenar bagi model yang bakal dikenali sebagai Proton S70 facelift 2026 atau S70 MC1 (Minor Change).

16-12-2025
Kereta Baru
Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.

10-12-2025
Kereta Baru
SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888

SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian asas, GLC 200 4Matic (X254) di Malaysia. SUV CKD baharu ini menawarkan enjin 2.0L turbo berkuasa 201 hp dan tork 320 Nm.

09-12-2025