Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Trak Pikap JAC T9 Diesel, BEV Dilancar, Harga Marhaen

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Evolvelectric Motors Sdn Bhd (Evolvelectric Motors) melancaran secara rasminya,  trak pikap mewah JAC T9 ‘double-cab’ yang diimport sepenuhnya dari China, sebentar tadi.

Untuk pasaran tempatan, ada dua pilihan rangkaian kuasa yang ditawarkan, iaitu versi 2.0L diesel turbo serta varian Battery Electric Vehicle (BEV).

image.pngimage.png

T9 diesel dijual pada harga   pada harga bermula dari RM119,888 (Semenanjung Malaysia), atas jalan tidak termasuk insurans. 

Ia hadir dengan jaminan 8 tahun dengan tanpa had perbatuan  untuk pemilik atau pembeli yang pertama atau dengan syarat salah satu yang digunakan dahulu. 

image.png

Malah, ia juga hadir dengan jaminan sehingga 5 tahun atau tanpa had perbatuan (dengan syarat salah satu yang digunakan dahulu).

Bagi T9 BEV pula, ia ditawarkan pada harga  RM199,888 (Semenanjung Malaysia), atas jalan tidak termasuk insurans. 

Ia hadir dengan jaminan 6 tahun atau 200,000km untuk bateri dengan syarat salah satu yang digunakan dahulu.

Menjengah bahagian luarannya, JAC T9 datang dengan ciri seperti lampu utama LED, lampu nyalaan siang DRL LED, lampu belakang LED, tempat pemijak sisi, sports bar belakang, serta rel bumbung.

Menjengah bahagian kabinnya kabin, JAC T9 menyediakan skrin kluster tujuh inci, skrin tengah 10.4 inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, tempat duduk hadapan larasan enam tahap, sistem pencahayaan ambien, pengecasan peranti tanpa wayar dan enam pembesar suara.

Mengenai ciri keselamatan, ia dilengkapi dengan tujuh beg udara, kamera keliling 360 darjah, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), brek kecemasan autonomi (AEB), amaran keluar lorong (LDW),  kawalan jelajah adaptif (ACC) dan sistem pengecaman papan tanda trafik (TSRS).

Kedua-dua versi T9 membawakan ukuran dimensi yang sama, panjang 5,330 mm, lebar 1,965 mm, tinggi 1,920 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,110 mm.

Varian diesel T9 dikuasakan oleh enjin 2.0-liter empat silinder turbodiesel yang mampu menjana kuasa sebanyak 125kW dan 410Nm dari 1,500rpm hingga 2,500rpm. 

Enjinnya digandingkan dengan transmisi automatik ZF lapan kelajuan yang menyalurkan kuasa ke roda belakang. 

image.png

Sementara itu, T9 BEV 4x4 pula dikuasakan oleh bateri LFP 88kWh daripada Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL), yang mana ia memberikan jarak pemanduan sekitar 340km WLTP dengan satu pengecasan penuh.  

Ia yang menggunakan tetapan dua motor mampu menghasilkan kuasa setakat  220kW dan tork  516Nm. Ia  mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 8.5 saat sementara kelajuan maksimum  pula 140km/j.

image.png

Trak ikap ini mampu menampung pengecasan pantas DC hingga 88kW, dimana bateri untuk mencapai tahap 15%-80% dalam masa 45 minit. Pengecas AC pula boleh mengecas dari 15%-100% dalam masa sekitar 8 jam 30 minit.

Trak pikap ini mampu menampung pengecasan pantas DC hingga 88kW, membolehkan bateri untuk mencapai tahap 15%-80% dalam masa 45 minit. Pengecas AC pula boleh mengecas dari 15%-100% dalam masa sekitar 8 jam 30 minit.

Bagi yang berminat, kedua-duanya hadir dalam warna merah, hitam, putih, silver dan kelabu.



Gallery

Tag:

JAC T9
T9 BEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026