Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pusat Servis, Bilik Pameran Untuk Peugeot & Leapmotor Sudah Dibuka

Suhana Veru

Kongsi melalui

The-Subang-Service-Centre-is-the-first-to-combine-a-PEUGEOT-service-centre-and-a-Leapmotor-Hub-for-high-voltage-EV-maintenance.jpg

Stellantis Malaysia merasmikan pusat servis Subang dan bilik pameran untuk pelbagai jenama yang terletak di Desa Park City, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kemudahan baharu yang akan dikendalikan oleh Allure Auto akan menjadi sebahagian daripada rangkaian pengedar untuk kawasan Subang Jaya, Jalan Klang Lama dan Desa Park City.

Pusat Servis Subang ini juga merupakan kemudahan pertama yang menempatkan pusat servis PEUGEOT dan Leapmotor Hub bagi menawarkan penyelenggaran kenderaan elektrik bervoltan dan berteknologi tinggi di bawah satu bumbung. 

Stellantis-Malaysia-launches-a-new-multi-brand-showroom-at-Desa-Park-City-by-Allure-Auto.jpg

Ia yang seluas 5,702 kaki persegi mempunyai dua tempat penyerahan dan enam ruang servis kereta. 

Pelanggan boleh memanfaatkan semua penyelesaian selepas jualan komprehensif seperti alat ganti, servis dan sokongan jaminan yang disediakan oleh lima orang juruteknik serta penasihat servis bertauliah daripada Stellantis. 

Pengarah Urusan Interim ASEAN, Stellantis, Isaac Yeo berkata, pihaknya cukup komited untuk menetapkan penanda aras baharu dalam kecemerlangan automotif. 

image.pngimage.png

“Menerusi kerjasama dengan Allure Auto, kami telah membangunkan satu hub bertaraf dunia yang menunjukkankesungguhan kami dalam meningkatkan pengalaman pelanggan dan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik. 

“Dengan empat outlet di dalam portfolio mereka, pengembangan inimembuktikan semangat inovatif dan dedikasi kami untuk memberikan pengalaman yang dinamik dan fokus kepada pelanggan,” katanya.

Semua bilik pameran Allure Auto beroperasi setiap hari dari 9 pagi  hingga 6 petang manakala Pusat Servis Subang dibuka dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8:30 pagi hingga 5:30PM, Sabtu dari 8:30 pagi  hingga 2:30 petang dan ditutup pada Ahad.

Untuk maklumat lanjut, layari laman www.peugeot.com.my dan www.leapmotor.com/my.

Gallery

Tag:

Stellantis Malaysia
Leapmotor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.

10-12-2025
Kereta Baru

Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD

Setelah dikesan meluncur di jalan raya negara kita dalam keadaan berpelekat samaran, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China di bawah Stellantis, Leapmotor Malaysia, akhirnya mendedahkan teaser rasmi model terbarunya, Leapmotor B10.

06-11-2025
Berita Auto

Stellantis Malaysia Tak Jadi Bawa Masuk Jenama Jeep?

Ramai menjangkakan Stellantis Malaysia akan menghidupkan semula jenama Jeep di negara ini, bagaimanapun, laporan terkini mendedahkan bahawa tugasan tersebut kini akan dilaksanakan oleh Red Rock & Rosso Motor.

10-06-2025
Berita Auto

Pusat 3S Peugeot Kini Dibuka Di Kuching, Sarawak

Peugeot Malaysia (Stellantis Malaysia) terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan Pusat 3S (jualan, servis, alat ganti) di Kuching, Sarawak.

28-02-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Berita Auto

Rebat RM21,500 untuk Peugeot 2008 – Kini Hanya RM111,888!

Stellantis Malaysia kini menawarkan rebat istimewa sebanyak RM21,500 untuk model SUV kompak Peugeot 2008, menjadikannya lebih mampu milik untuk rakyat Malaysia. Tawaran ini menjadikan harga terbarunya hanyalah serendah RM111,88, atas jalan tanpa insurans dan aksesori tambahan.

13-01-2025
Berita Auto

Beli Kereta Peugeot Dengan Rebat Cecah RM40K, Waranti Lanjutan 7 Tahun & Banyak Lagi, Masa Terhad!

Tahun 2024 hampir melabuhkan tirainya, sempena penghujung tahun ini, Stellantis Malaysia melancarkan kempen jualan istimewa "Year End Extravaganza" untuk jenama Peugeot.

18-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026
Berita Auto

Tidur Yang Membunuh: Microsleep Punca 20% Kemalangan Maut , Risiko Tinggi Di Musim Perayaan – MIROS

Isu 'mengantuk sesaat' atau microsleep bukan perkara remeh. Di Malaysia, fenomena ini dikenal pasti sebagai punca utama kepada kira-kira 20% kemalangan jalan raya yang dilaporkan setiap tahun, termasuk kes-kes yang meragut nyawa.

24-02-2026
Berita Auto

LRT3 Bakal Beroperasi Sebelum Jun Ini

LRT3 yang menghubungkan Shah Alam dan kawasan sekitarnya dijangka beroperasi sebelum Jun ini,

23-02-2026
Berita Auto

Penangguhan Sementara Fungsi Bayaran Balik Menerusi GiCheck, - Puspakom

Pusapakom mengesahkan bahawa pihaknya menangguhkan sementara fungsi bayaran balik menerusi aplikasi GiCheck, bermula dari hari ini hingga 8 Mac 2026.

23-02-2026
Berita Auto

Chery Bakal Lancar 4 Model, Bilik Pameran Chery Kini Pula Bercirikan Gen 4

Chery Malaysia akan melancarkan sekurang-kurangnya empat model terbaharunya pada tahun ini.

23-02-2026
Berita Auto

Geng Motor Baling Mercun, Serang Anggota JPJ Semasa Operasi

Kejadian melampau berlaku baru-baru ini apabila sekumpulan individu yang dipercayai penunggang motosikal bertindak luar kawalan dengan menyerang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan mercun.

23-02-2026