Link Copiedcheck_circle
Global

SUV Ultra Mewah, Zeekr 9X Grand Didedahkan Di China – PHEV Off-Road

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Zeekr-9X-Grand-Teaser-China-7.jpg

Zeekr telah memperkenalkan model terbarunya, sebuah SUV ultra mewah, Zeekr 9X Grand, yang juga digelar sebagai "SUV flagship ultra mewah bertaraf dunia." Model ini bukan hanya SUV flagship pertama di bawah Zeekr, tetapi juga yang pertama di bawah Geely Group.


Sentuhan Premium


Berdasarkan imej rasmi yang didedahkan, Zeekr 9X Grand tampil dengan bentuk badan SUV yang tegap dan berkotak, menyerlahkan karakter sebuah kenderaan lasak yang mewah.


Zeekr-9X-Grand-Teaser-China-6.jpg


Bahagian depan model ini masih diselubungi pelekat samaran, namun beberapa perincian badannya masih boleh dilihat dengan jelas seperti kehadiran lampu depan LED dua tingkat (dual stack) berbentuk petak, gril tertutup, serta sistem LiDAR yang dipasang pada bumbung.


Dari sudut tepi, rekaannya kelihatan hampir sama seperti Rolls-Royce Cullinan, dengan bumbung panjang dan bentuk tiang D yang condong. SUV ini juga menampilkan pemegang pintu jenis terbenam untuk aerodinamik, dan penutup pengecas di tiang belakang kiri yang membuktikan bahawa ia akan menggunakan sistem elektrik. Selain itu, saiz rimnya kelihatan besar, dianggarkan sekurang-kurangnya 20 inci.


Baca: SUV Elektrik Zeekr 7X Bakal Dilancarkan Suku Ke-3 2025 - Cas Sepantas 10.5 Minit!


Dari segi dimensi, 9X Grand dijangka lebih besar berbanding MPV elektrik Zeekr 009 dengan kepanjangan lebih daripada lima meter.


Keupayaan Off-Road Diserlahkan dalam Video Acah


Zeekr-9X-Grand-Teaser-China-4.jpgZeekr-9X-Grand-Teaser-China-3.jpg


Selain imej rasmi, Zeekr turut menerbitkan video acah pendek, yang menunjukkan 9X Grand sedang diuji dalam keadaan bersalji. Walaupun spesifikasi terperinci masih belum didedahkan, video ini menunjukkan SUV ini mungkin mempunyai keupayaan off-road sebenar, selaras dengan statusnya sebagai sebuah SUV ultra mewah.


Sistem Hibrid Plug-In (PHEV)


CarNewsChina melaporkan bahawa Zeekr 9X Grand hanya akan ditawarkan dalam varian hibrid plug-in (PHEV), menggunakan Zeekr Super Hybrid System, iaitu versi yang telah dipertingkatkan daripada sistem Thor PHEV Geely.


Sistem ini merangkumi enjin petrol 1.5L 4 silinder aspirasi natural dengan output 110 hp, unit pemacu elektrik 11 dalam 1 yang meningkatkan kecekapan sistem serta pek bateri LFP Aegis, yang dijangka memberi julat pemanduan elektrik lebih jauh.


Dilancarkan Pada Suku Ketiga Tahun Ini


Zeekr-9X-Grand-Teaser-China-8.jpg


Lebih banyak maklumat mengenai Zeekr 9X Grand dijangka akan didedahkan menjelang pelancarannya pada suku ketiga tahun ini. Namun sebelum itu, SUV ini dikatakan mungkin akan membuat penampilan sulung di Auto Shanghai 2025 yang dijadualkan akan berlangsung pada hujung April.

Baca: Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group

Tag:

Zeekr
Zeekr China
Zeekr 9X Grand
Zeekr 9X Grand SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Skandal Auto: Neta & Zeekr Manipulasi Jualan Dengan 'Kereta Terpakai 0 Kilometer'?

Neta dan Zeekr kini sedang disiasat kerana didakwa memanipulasi angka jualan mereka dengan menginsuranskan kenderaan yang belum terjual.

22-07-2025
Berita Auto

Zeekr Tubuh NSC, 8 Bilik Pameran Baharu Bakal Dibuka

Zeekr Intelligent Technology (Malaysia) Sdn Bhd akan mengawal selia operasi, memperluaskan rangkaian pengedar, penjenamaan dan pemasaran termasuk operasi selepas jualan di Malaysia.

30-06-2025
Global

Auto Shanghai 2025: Zeekr Tayang SUV Mewahnya, Zeekr 9X

Zeekr turut mengambil kesempatan menayangkan model terbaharunya, SUV ultra mewah, Zeekr 9X sempena Press Day Auto Shanghai 2025, pagi tadi.

23-04-2025
EV

Zeekr 007 GT Diperkenalkan – Capai 825 KM, Cas Terpantas 10 Minit!

EV mewah milik Geely, Zeekr, akhirnya memperkenalkan model estate elektrik terbarunya, Zeekr 007 GT.

17-04-2025
EV

Bilik Pameran Zeekr Dibuka Di Petaling Jaya – Jom Pandu Uji Zeekr 009 & X!

Pengimport dan pengedar rasmi jenama Zeekr di Malaysia, Sentinel Automotive Sdn. Bhd. (Sentinel), telah merasmikan pusat pameran pertamanya di Petaling Jaya (PJ).

19-02-2025
EV

SUV Elektrik Zeekr 7X Bakal Dilancarkan Suku Ke-3 2025 - Cas Sepantas 10.5 Minit!

Model ini bakal menjadi model ketiga Zeekr yang dilancarkan di negara kita selepas kehadiran Zeekr X dan Zeekr 009.

18-02-2025
EV

Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group

Jenama kenderaan elektrik (EV) premium dari China, Zeekr, kini secara rasmi bergabung dengan jenama Lynk & Co.

16-02-2025

Berita Terkini

Global

Chevrolet Corvette Stingray Dilancarkan Di Singapura – Dari RM2.1 Juta

General Motors (GM) kini kembali semula ke negara jiran kita dengan pendekatan berbeza melalui pelancaran jenama supercar, Corvette.

06-08-2025
Global

CFO Tata Motors, PB Balaji, Dilantik Jadi CEO Jaguar Land Rover

PB Balaji yang kini memegang jawatan sebagai CFO Tata Motors Group, diumumkan sebagai CEO baharu JLR berkuatkuasa November 2025 ini.

06-08-2025
Global

Neta Auto "Berjaya" Hadapi Krisis Kewangan, Mula Bayar Gaji Pekerja

Neta Auto telah membuat pembayaran gaji penuh kepada pekerjanya di kilangnya di Tongxiang pada Julai lalu.

06-08-2025
Global

Chery Kini Syarikat Automotif China Pertama Capai Eksport 5 Juta Unit, Lebih 17 Juta Pengguna

Chery muncul sebagai jenama automotif China pertama yang telah mengeksport lima juta kenderaan secara global. P

05-08-2025
Global

Imej Paten Toyota Hilux Generasi Baharu ‘Travo’ Bocor – Gabungan Land Cruiser Prado & RAV4

Baru-baru ini, lakaran paten jentera gagah ini tersebar. Berdasarkan imej tersebut, jelas memperlihatkan perubahan yang diberikan pada Hilux generasi akan datang itu.

05-08-2025
Global

SUV Ranggi iCaur V27 Diperkenalkan Di Dubai – REEV 449 HP

Jenama kenderaan elektrik (EV) di bawah Chery, iCaur, telah membuat kemunculan rasmi di Dubai dengan pengenalan model iCaur V27.

04-08-2025
Global

Wagon Paling Laju, BMW M3 CS Touring Catat Masa 7 Minit 29 Saat Di Litar Nurburgring

BMW M3 CS Touring memecahkan rekod sebagai wagon terlaju apabila mencatatkan masa 7 minit 29 saat di litar Nürburgring

01-08-2025
Global

Brabus 1000, Kuasa Enjin "Meroket"

Brabus 1000 mampu menghamburkan kuasa setakat 1,000 PS dan tork 1,620 Nm.

30-07-2025