Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tiket Super GT 2025 Malaysia Kini Dijual – Dari RM80 Untuk Yang Terawal

Sofea Najmi

Kongsi melalui

ZYO_8369top.jpg


Jualan tiket acara Autobacs Super GT 2025 kini sudah dibuka


Perlumbaan berprestij dari Jepun, Autobacs Super GT 2025, bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Petronas Sepang tahun ini! Penganjur, Haro Sports & Entertainment, kini giat membuat persiapan bagi memastikan kejuaraan ini berlangsung dengan penuh aksi dan kemeriahan.


Tarikh dan Tiket Super GT 2025 di Malaysia 


Super GT 2025 dijadualkan berlangsung pada 27 dan 28 Jun akan datang. Tiket kini boleh dibeli secara dalam talian di laman rasmi kejohanan di www.supergtmalaysia.com.


Bagi peminat yang ingin mendapatkan harga istimewa, tiket Early Bird kini ditawarkan dengan harga berikut:

  • Grandstand K1 – RM80
  • Grandstand Utama – RM200
  • GT Club Paddock Hospitality Lounge – RM2,000

Setiap pembelian tiket juga tertakluk kepada caj tambahan sebanyak RM3.


Dua Kelas Perlumbaan, Barisan Jentera Berkuasa


MK3_9865.jpgMK3_3877.jpgMK3_5696.jpgZYO_5686.jpgNAN_9120.jpgYOZ_8719.jpg


Bagi yang belum pernah mendengar mengenai Super GT, perlumbaan ini menampilkan dua kategori utama yang berlumba serentak di litar:

  1. GT500 – Kelas utama dengan jentera perlumbaan khas daripada pengeluar terkemuka Jepun seperti Toyota, Lexus, Honda, Nissan dan Subaru.
  2. GT300 – Kategori yang menyaksikan perlumbaan jentera GT3 dari jenama antarabangsa seperti Mercedes-AMG, BMW, Ferrari, Lamborghini, Aston Martin dan banyak lagi.

Pusingan yang diadakan di Malaysia adalah yang ketiga bagi  Super GT musim ini, dan merupakan satu-satunya yang diadakan di luar negara. Sepanjang hujung minggu perlumbaan itu nanti, pelumba akan menempuh jarak perlumbaan sejauh 300 km bagi acara utama pada hari Ahad.


Perlumbaan Sulung GR86 Cup Series Malaysia 


Selain perlumbaan utama Super GT, peminat sukan permotoran turut dapat menyaksikan kejohanan baharu, GR86 Cup Series Malaysia 2025. Kejohanan ini bakal berlangsung dalam empat pusingan sepanjang tahun di SIC dan menampilkan grid 30 kereta, menjadikannya antara perlumbaan one-make (satu model/spesifikasi sama) terbesar di Malaysia.


Nihon Matsuri – Festival Budaya dan Makanan Jepun


Super-GT-6.jpg


Penganjur,  Haro Sports & Entertainment  bekerjasama dengan Trumpet International, untuk mengadakan festival budaya dan makanan Jepun, Nihon Matsuri


Bagi menambah kemeriahan acara, Haro Sports & Entertainment turut bekerjasama dengan Trumpet International, untuk mengadakan festival budaya dan makanan Jepun, Nihon Matsuri, acara yang diadakan secara besar-besaran setiap tahun.


Super-GT-5.jpgSuper-GT-3.jpgSuper-GT-4.jpg


Sepanjang tiga tahun penganjurannya, Nihon Matsuri telah menarik lebih 100,000 pengunjung, menawarkan pengalaman unik kepada peminat untuk menikmati budaya dan aktiviti Jepun, serta pelbagai hidangan jalanan asli dan fusion negara tersebut.


Untuk butiran lanjut serta pembelian tiket, layari laman web rasmi www.supergtmalaysia.com. 

Baca: Selepas 13 Tahun, Perlumbaan Autobacs Super GT Kembali Beraksi Di M'sia

Baca: Perlumbaan F1: Ini Penjelasan PETRONAS

Baca: Hyundai Perkenal Hypercar Genesis GMR-001 – Bakal Beraksi Dalam Perlumbaan Ketahanan WEC 2026

Tag:

Nihon Matsuri
Autobacs Super GT 2025
Super GT 2025
Litar Antarabangsa Petronas Sepang
Tiket Super GT 2025
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026