Link Copiedcheck_circle
Global

Auto Shanghai 2025: Chery Dedah Info Lepas L8

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Peneraju eksport automotif China, Chery Group, hari ini membuka membuka tirai dengan melancarkan secara rasminya,  sub-jenama terbaharunya, Lepas.

Majlis pelancaran khas telah diadakan di Wuhu, China  sempena Auto Shanghai 2025.

image.png

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, nama ‘Lepas’ merupakan gabungan antara ‘Leap’ dan ‘Passion’, dan jenama ini dijangka menjadi tunjang utama dalam strategi global Chery yang semakin berkembang.

Selain itu, Chery menyasarkan Lepas untuk “menarik perhatian generasi muda yang mementingkan gaya.”

Satu majlis khas pelepasan  telah diadakan sebelum ini, namun maklumat mengenai model itu  tidak didedahkan secara terperinci ketika itu.

Namun hari ini, lebih banyak maklumat telah didedahkan, dan berikut adalah apa yang diperoleh daripada majlis  pelancaran sub-jenama tersebut.

image.png

Untuk makluman, Lepas L8 diperkenalkan sebagai sebuah SUV segmen D (D-SUV) yang menggabungkan estetika moden dengan perincian mewah serta  trenkuasa canggih.

Dari segi dimensi, Lepas L8 berukuran 4,688 mm panjang dengan jarak roda 2,800 mm,, lebar 1,860 mm, dan tinggi 1,695mm.

Apa yang menarik,  L8 menggabungkan unsur alam semula jadi, kesederhanaan dan keanggunan kontemporari.

Ciri ini jelas dapat dilihat pada bahagian dalaman, yang menampilkan upholsteri bercorak berlian, pembesar suara terapung berbentuk batu kerikil, tombol premium ekaan berlatarbelakang langit bumi, ada konsol tengah yang bersepadu dengan skrin tengah  serta dicondongkan  seperti curahan air terjun mengalir.

image.pngimage.png

Lepas L8 ditawarkan dalam versi enjin pembakaran dalaman  (ICE), hibrid plug-in (PHEV), dan elektrik sepenuhnya (BEV), sekali gus menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis pengguna.

Versi ICE dan PHEV kedua-duanya menggunakan enjin petrol 2.0 liter 4-silinder iaitu enjin yang sama digunakan dalam model utama baharu Chery Tiggo 9.

image.png

Sementara itu, varian PHEV  pula menggunakan sistem Super Hybrid (CSH) terbaharu keluaran Chery yang menawarkan jarak perjalanan gabungan yang luar biasa melebihi 1,300 KM, selain menawarkan 

 kecekapan haba melebihi 46%, serta kadar penggunaan bahan api purata adalah serendah 4.5 liter untuk setiap 100 km..

Bagi versi BEV pula, ia menjanjikan jarak perjalanan maksimum melebihi 700 KM serta kadar penggunaan tenaga purata yang rendah iaitu 12 kWh/100 KM.

Ia turut menjanjikan keupayaan pengecasan ultra-pantas, yang mampu memberikan sekurang-kurangnya 150 KM jarak dengan hanya lima minit pengecasan.

Dari segi teknologi, terdapat unit infotainmen berukuran 13.2 inci yang dikuasakan oleh cip berprestasi tinggi 8155; kawalan suara pelbagai mod  termasuk mod tidur, baring dan pawagam; serta didatangkan dengan bantuan parkir APA dan RPA.

Sebagai sebahagian daripada visi globalnya, LEPAS menyasarkan untuk melancarkan dua model baharu setiap tahun, manakala  sekurang-kurangnya lima model dalam tempoh tiga tahun.

Syarikat terbabit turut meletakkan sasaran jualan global sebanyak 500,000 unit.

Difahamkan, sejurus pelancaran Lepas L8, ia akan   disusuli dengan beberapa model lain seperti Lepas L4 B-SUV dan Lepas L6 C-SUV, yang masing-masing juga akan ditawarkan dengan pilihan trenkuasa ICE, PHEV dan BEV.

Memandangkan Lepas merupakan   jenama global, jadi ia juga akan dibawa masuk ke Malaysia selewat-lewatnya awal tahun  2026.

Sebaliknya, masih belum dapat jelas  sama ada ia akan ditempatkan di bawahhery atau Jaecoo, ataupun muncul sebagai sub-jenama  berasingan.




Gallery

Tag:

Chery
LEPAS L8
Chery Lepas L8
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-02-2026
Global

06-02-2026
Global

29-01-2026
Global

26-01-2026
Berita Auto

09-01-2026
Global

02-01-2026
Global

26-12-2025
EV

23-12-2025

Berita Terkini

Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026