Link Copiedcheck_circle
Global

Auto Shanghai 2025: Chery Tiggo 9L, Bukan Sekadar SUV Lasak, Ganas Tapi Cukup Pintar?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Di Auto Shanghai 2025, Chery turut menayangkan SUV erbaharunya, Chery Tiggo 9L serba baharu yang direka untuk memenuhi keperluan pembeli yang sudah berkeluarga mahupun kepada individu yang mahu menggunakan sebuah SUV  itu tujuan ke tempat kerja termasuk melakukan penggembaraan pada hujung minggu.

Sekilas pandang, Chery Tiggo 9L memberikan penampilan  berani serta ia sebenarnya diilhamkan daripada kenderaan lasak klasik seperti Land Cruiser. 

image.png

Rekaan badan yang lebar, garis tajam, dan garis bumbung yang rata sebenarnya cukup memukau  manakala gerbang roda yang tegap dan lampu indicator yang lebar menambah lagi daya tarikan lasaknya.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian hadapannya, ia dipasangkan dengan bar lampu LED yang bergaya merentangi gril, diapit oleh lampu utama berbentuk segi empat yang memberikan rupa yag cukup menyakinkan.

Manakala, logo   Chery yang tertera di tengah-tengah jentera itu  mengukuhkan identiti jenama dengan sentuhan berani.

Dari profil  sisi pula, SUV ini mengekalkan penampilan yang cukup kemas. Dengan adanya, rak bumbung, ia menonjolkan ciri  pengembaraan, manakala radar laser yang dipasang di atas menunjukkan ia hadir dengan  teknologi canggih yang tersembunyi.

Namun, Tiggo 9L bukan sekadar untuk bergaya. Menurut Chery, Tiggo 9L akan menggunakan sistem pemanduan pintar Falcon 700, dan ia merupakan model pertama dalam barisan tersebut yang menggunakan cip AI 3nm  keluaran Chery. Ini membolehkan tindak balas yang amat pantas dan kawalan yang lancar, hasil daripada integrasi AI.

Dari segi trenkuasa,  ia dikuasakan oleh sistem hibrid Kunpeng CDM-S keluaran Chery, dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat  270 hp dan 400 NM. 

Sistem ini digandingkan dengan transmisi pintar DHT baharu yang mampu mencecah sehingga 24,000 RPM. Ditambah dengan tetapan tiga motor elektrik (triple e-motor) iaitu dapat menghasilkan kuasa sebanyak 310 hp selain menawarkan sistem pacuan semua roda (AWD).

Untuk itu, ia mampu menawarkan kuasa, cengkaman dan keupayaan pengendalian yang cukup luar biasa.

Pendek kata, Tiggo 9L bukan sahaja kelihatan berkuasa tetapi  disokong oleh prestasi sebenar dan kecerdasan generasi baharu. Ia turut menggabungkan utiliti lasak SUV biasa  dengan teknologi terkini Chery dalam elektrifikasi dan AI.

Gallery

Tag:

Chery Tiggo 9L
Chery Tiggo
Auto Shanghai Show 2025
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

26-03-2024
Kereta Baru

15-03-2024

Berita Terkini

Global

Filipina Negara Pertama Di Dunia Lancar BYD eMAX 9 DM-i , Selepas Itu Mungkin Malaysia?

BYD Cars Filipina telah memperkenalkan BYD eMAX 9 DM-i di negara itu baru-baru ini.

24-10-2025
Global

BYD Atto 2 DM-i Hadir Dalam Versi PHEV Di Eropah, Bakal Dilancar Tahun Depan

Selepas membuat penampilan sulungnya di pasaran tempatan, nampaknya BYD Atto 2 akan menerima versi baharu plug-in hibrid (PHEV) di Eropah, mulai tahun depan.

24-10-2025
Global

Jetour Zongheng G700 Dilancar Di China, PHEV Ini Boleh Gerak Sejauh 1,400KM

Jetour Zongheng G700 dilancarkan pada Chery International User Summit (CIUS) 2025, yang diadakan di China, baru-baru ini.

23-10-2025
Global

Toyota Land Cruiser FJ Didedahkan – Model Kompak Sentuhan Ranggi & Retro

Toyota secara rasmi memperkenalkan model SUV 4x4 bersaiz kecil terbarunya, Land Cruiser FJ.

22-10-2025
Global

Chery Tiggo 9 PHEV CSH Bakal Tiba Di Malaysia Tahun 2026 – Capai 1,400 KM, Kabin Mewah

Perkembangan terkini dari Chery International User Summit (CIUS) 2025 kali ini membawa khabar gembira buat peminat dunia automotif tanah air.

22-10-2025
Global

Chery Tunjuk Ujian Perlanggaran, Guna Tiggo 9, Kesan Rempuhan Cukup Menakjubkan!

Chery membuktikan tahap keselamatan keretanya dengan menggunakan dua Tiggo 9 Ketika melakukan demonstasi ujian perlanggaran dari arah hadapan.

21-10-2025
Global

Pencapaian Cemerlang: Omoda | Jaecoo Catat Jualan 32,840 Unit Dalam Sebulan

Omoda | Jaecoo melabuhkan tirai September 2025 dengan mencatatkan pencapaian yang agak cemerlang, apabila berjaya menghantar sebanyak 32,840 kenderaan ke seluruh dunia, sekali gus menjadikannya bulan eksport paling kukuh setakat ini.

21-10-2025
Global

Spesifikasi Jimny 3-Pintu Dikemaskini

Pengeluar automotif yang berpangkalan di Hamamatsu, Suzuki, baru sahaja melancarkan versi terkini yang telah dikemaskini untuk model ikonik generasi keempat Jimny 3-Pintu.

21-10-2025