Link Copiedcheck_circle
Global

Auto Shanghai 2025: Ini Dia Kereta Konsep Mercedes Benz, Vision V, Rekaan Melampau!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jenama Mercedes-Benz menjadi perhatian apabila mendedahkan kereta konsep terbaharunya, Mercedes-Benz V Vision yang pada Auto Shanghai 2025, baru-baru ini.

Bagaimanapun,  Mercedes-Benz Vision V Concept ini memberikan gambaran awal tentang model VLE dan VLS baharu yang akan datang, selain hadir dalam versi MPV elektrik mewah yang akan dibangunkan  berasaskan platform baharu VAN.EA (Van Electric Architecture).

Hakikatnya, kereta konsep ini  menampilkan rekaan luaran yang cukup menakjubkan selain jenama itu kini nampaknya  "mengambil langkah seterusnya” dalam bidang reka bentuk  terutamanya dari segi kecekapan aerodinamik.

image.png

Menariknya, Mercedes-Benz memberi petunjuk bahawa rekaan gril baharu yang luar biasa pada konsep ini menyerupai gril pada model EQS versi facelift, serta lampu hadapan baharu yang menonjol dan logonya pula jenis  berlampu.

Jadi, ada kemungkinan besar ia akan digunakan dalam versi produksi akhir nanti.

Sementara itu, rekaan lampu belakangnya kelihatan cukup futuristik namun ia sebenarnya akan ditampilkan dalam versi yang lebih sederhana.

Secara keseluruhan, kami menjangkakan versi akhir akan direka dengan gaya yang lebih menarik berbanding kereta konsep yang ditunjukkan ini memandangkan rekaannya agak keterlaluan.

image.pngimage.png

Selain bahagian luarannya,  Mercedes-Benz juga memberikan perhatian yang melampau  kepada ruang dalaman Vision V Concept. Ia  dilihat menampilkan susun atur empat tempat duduk dengan reka bentuk yang cukup melampau serta mewah dan elegan.

Niatnya adalah untuk mencipta sebuah “ruang lounge peribadi” untuk penumpang belakang.

image.png

Ciri ini jelas kelihatan melalui penggunaan kulit Nappa yang mewah, namun tarikan utama sebenarnya ialah skrin  gergasinya yang berukuran 65 inci. Skrin ini juga berfungsi sebagai dinding pemisah, dan dipadankan dengan sistem audio yang mempunyai 42 pembesar suara.

image.png

Selain itu, terdapat tujuh projektor yang mampu mencipta suasana berbeza, diikuti dengan tingkap belakang yang boleh bertukar dari lutsinar  secara elektronik. Difahamkan, terdapat tujuh mod yang ditawarkan di sini termasuk “karaoke”, “permainan”, dan “santai”.

image.png

Bagi penumpang belakang pula, mereka disediakan dengan dua tempat duduk ala-ala berada dalam pesawat. Tempat duduk ini bukan sahaja boleh direbahkan sepenuhnya, malah diperbuat daripada kusyen berbentuk tiub, dan kami akui ia kelihatan cukup empuk dan selesa.

Mungkin bahagian paling realistik dalam konsep ini ialah bahagian kokpitnya. 

Terdapat beberapa ciri yang digunakan dalam versi produksi nanti  termasuk stereng, paparan Superscreen tiga skrin yang diambil daripada model CLA baharu, serta saluran penghawa dingin dengan rekaan kristal yang baharu.

Apapun, keluasan ruang dalaman yang besar ini dapat direalisasikan menerusi penggunaan platform modular VAN. dimana ia akan dilengkapi dengan sistem elektrik 800-volt, serta pilihan rangkaian kuasa pacuan hadapan (FWD) dan pacuan semua roda (AWD) yang menjanjikan jarak perjalanan sehingga 500 KM.

image.png

Hakikatnya, Mercedes-Benz sebenarnya berhasrat untuk bersaing dengan model seperti Volvo EM90 dan Lexus LM menerusi versi produksi Vision V Concept ini nanti.

Jadi, apa pendapat anda adakah Mercedes-Benz mampu menyaingi mereka?

Kongsikan pandangan anda di ruangan bawah...


Gallery

Tag:

Mercedes-Benz V Vision
Auto Shanghai 2025
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Toyota bZ3X: SUV Elektrik China yang Mampu Gegar Pasaran Global

Toyota terus melangkah berani dalam dunia kenderaan elektrik (EV) apabila memperkenalkan model bZ3X di Auto Shanghai 2025.

02-05-2025
EV

Auto Shanghai 2025: Panda Knight, Model Ranggi Yang Kecil Dari Axia

Diperkenalkan di pasaran China pada harga sekitar RM32,350, Panda Knight tampil ranggi dengan gaya seperti sebuah jentera off-road.

26-04-2025
Global

Auto Shanghai 2025: Chery Tiggo 8 PHEV Bakal Masuk Malaysia?

Chery Tiggo 8 ini akan didedahkan di Malaysia pada bulan depan.

25-04-2025
Global

Auto Shanghai 2025: iCAUR V23 Bakal Didedah Di Malaysia

Jenama iCAUR didedahka pada MAS 2025.

25-04-2025
Global

Auto Shanghai 2025: Geely Galaxy Cruiser SUV Masa Depan Yang Boleh ‘Berlayar’ Atas Air

Geely menggegarkan pentas Auto Shanghai 2025 dengan pengenalan SUV konsep futuristik, Galaxy Cruiser, yang direka dengan kemampuan kemampuan luar biasa.

24-04-2025
EV

Auto Shanghai 2025: MG Cyber X Ditayang, Rekaan Paling WIN!

Boleh dikatakan antara rekaan yang paling menonjol di Auto Shanghai 2025 pada minggu ini jatuh kepada kereta konsep SUV MG Cyber X.

24-04-2025
Global

Auto Shanghai 2025: Chery Bakal Dedah Masa Depan Mobiliti Pintar

Chery bakal endedahkan barisan model dan trenkuasa hibrid serba baharu serta mobiliti pintar dalam pameran yang dikenali Chery Lifeto sempena Auto Show Shanghai 2025.

22-04-2025
Global

Chery Perkenal Jenama Baharu, Lepas: Ini Model Pertama Lepas, Lepas L8!

SUV ini dikatakan banyak berkongsi rekaan dan dimensi dengan Tiggo 8 Plus.

22-04-2025

Berita Terkini

Global

Kabin Mercedes-Benz GLB Generasi Terbaru Didedahkan – Lebih Mewah & Canggih

SUV crossover kompak Mercedes-Benz GLB generasi kedua dijadualkan untuk membuat kemunculan rasmi pada awal bulan hadapan, 8 Disember.

14-11-2025
Global

China Mahu Kurangkan Had Pecutan 0-100 KM/J Kepada 5 Saat

Kementerian Keselamatan Awam China kini mencadangkan had masa pecutan 0–100 km/j dikurangkan dalam tempoh lima saat bagi kenderaan bermotor.

14-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.

14-11-2025
Global

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Global

Toyota Hilux Gen Ke-9 - Ada Versi BEV, ICE, FCEV

Selepas beberapa imej teaser disiarkan di media sosial, trak pikap Toyota Hilux generasi kesembilan akhirnya dilancarkan di Thailand semalam.

11-11-2025
Global

Tiada Harapan Proton e.MAS 5 Di Thailand, ‘Kembar’ Geely Yang Masuk

Proton e.MAS 5 kini sah tidak akan memasuki pasaran Thailand. Puncanya? Rakan kongsi strategik Proton, Geely, dilaporkan akan melancarkan 'kembar' e.MAS 5 di Thailand, sekaligus mengesahkan jenama itu diketepikan dari pasaran utama ASEAN.

07-11-2025
Global

Toyota Hilux Generasi Seterusnya Buat Kemunculan Sulung 10 November Ini

Selepas dihujani spekulasi dan imej rekaan yang tidak rasmi, Toyota Motor Thailand akhirnya menamatkan penantian dengan mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi Toyota Hilux generasi terbaru iaitu yang kesembilan.

04-11-2025
Global

Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.

03-11-2025