Link Copiedcheck_circle
Global

Auto Shanghai 2025: Semakin Ramai Percaya Jenama Chery: Chery Letak Sasaran Jualan Global 1 Juta Unit

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Syarikat pengeluar automotif China, Chery Holding Group, meletakkan sasaran jualan global sebanyak 1 juta unit dalam dua tahun lagi selain  komited untuk menembusi  pasaran di 160 negara, tidak lama lagi.

Sasaran yang diletakkan itu dilihat berasas memandangkan Chery ketika ini, sudah pun menembusi lebih 120 negara.

Maka, jumlah itu dikatakan akan meningkat kepada 160 negara dalam tempoh terdekat ini.

Lagipun, setakat ini, Chery mempunyai 3,000 pengedar serta pembeli yang berasal dari  97 buah negara di seluruh dunia.

Presiden Chery International, Zhang Guibing, berkata, pada tahun lepas,  Chery mencatatkan jualan eksport sebanyak 1.15 juta unit berbanding 466,000 unit pada 2022.

"Dengan pelancaran pelbagai model baharu serta perancangan masa depan yang agresif, kami yakin jumlah jualan akan terus kekal melebihi satu juta unit," katanya.

image.pngimage.png

Beliau berkata demikian  pada majlis pelancaran model baharu di bawah Kumpulan Chery sempena Pameran Auto Shanghai 2025 di Shanghai, China, sebentar tadi.

Tambah beliau, pasaran Eropah dilihat menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan kerana semakin ramai pelanggan mula mempercayai jenama Chery serta sub-jenamanya.

"Lagipun, Chery kini menawarkan pelbagai sistem enjin termasuk teknologi plug-in hybrid (PHEV) dan enjin pembakaran dalaman generasi baharu yang lebih cekap dan mesra alam.

"Kami percaya kelebihan dalam teknologi membolehkan Chery  menjadi jenama automotif nombor satu dunia pada masa depan," katanya.

Gallery

Tag:

Chery
Shanghai
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

05-08-2025
Teknologi

04-08-2025
Berita Auto

31-07-2025
Global

31-07-2025
Berita Auto

10-07-2025
Pandu Uji

02-07-2025
Global

24-06-2025
Kereta Baru

08-05-2025

Berita Terkini

Global

Xpeng X9 EREV Didedahkan - Capai 450 KM, Lancar Tahun Ini

MPV flagship Xpeng, X9, yang sebelum ini hanya ditawarkan dalam versi kenderaan elektrik bateri (BEV), kini dikhabarkan bakal muncul dengan versi trenkuasa baharu iaitu kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV).

10-08-2025
Global

Toyota Bakal Dirikan Kilang Keenam Di Jepun

Toyota Motor Corporation mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kilang pengilangan kenderaan baharu di Jepun, terletak berhampiran kawasan Teihoucho di Toyota City, wilayah Aichi.

08-08-2025
Global

Hyundai & GM Bergabung Bina Lima Model Baharu – Sasar Jualan Lebih 800,000 Unit

Hyundai Motor Group mengumumkan kerjasama strategik bersama General Motors (GM) untuk membangunkan lima model kenderaan baharu bersama.

08-08-2025
Global

Volkswagen Umum Henti Pengeluaran Touareg, Tiada Pengganti

Volkswagen akan menamatkan pengeluaran SUV premium bersaiz sederhana, Touareg, menjelang tahun 2026 selepas lebih dua dekad berada di pasaran.

08-08-2025
Global

Toyota Sienta Juno Didedah Tetapi Bukan Di Malaysia

Sienta kali ini didatangkan dengan varian Juno sekali gus menjadi tumpuan di Jepun.

08-08-2025
Global

Mercedes-Benz G-Class Capai Pengeluaran 600,000 Unit

Selepas 46 tahun pengeluaran tanpa henti, jumlah kenderaan G-Class yang dihasilkan kini mencecah 600,000 unit.

07-08-2025
Global

Chevrolet Corvette Stingray Dilancarkan Di Singapura – Dari RM2.1 Juta

General Motors (GM) kini kembali semula ke negara jiran kita dengan pendekatan berbeza melalui pelancaran jenama supercar, Corvette.

06-08-2025
Global

CFO Tata Motors, PB Balaji, Dilantik Jadi CEO Jaguar Land Rover

PB Balaji yang kini memegang jawatan sebagai CFO Tata Motors Group, diumumkan sebagai CEO baharu JLR berkuatkuasa November 2025 ini.

06-08-2025