Link Copiedcheck_circle
Global

Baru Tiga Bulan Beroperasi, Neta 'Hilang' Dari Singapura Tanpa Jejak

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Neta-Singapura-Tutup-1.png


Bilik pameran Neta di Singapura ditutup tanpa notis (Foto: The Business Times)


Kurang tiga bulan selepas kemunculan sulungnya di Singapura, jenama kenderaan elektrik (EV) dari China, Neta, dilaporkan telah menutup satu-satunya bilik pamerannya di negara itu tanpa sebarang pengumuman, lapor wartawan portal The Business Times yang telah mengunjungi cawangan tersebut pada 5 dan 6 April. 


Bilik Pameran Sunyi 


Bilik pameran yang terletak di One Commonwealth yang mula beroperasi pada Januari lalu menerusi pengedar rasmi di Singapura, Evology Automobile, didapati tutup walaupun ketika waktu operasi. Tiada kakitangan mahupun kenderaan dipamerkan di dalamnya. Lebih mencurigakan, tiada sebarang notis rasmi yang memaklumkan penutupan tersebut.


Cubaan  The Business Times untuk menghubungi pihak Evology menerusi talian hotline juga tidak berjaya. Dalam masa yang sama, akaun media sosial syarikat itu juga tidak menunjukkan sebarang maklumat berkaitan status bilik pameran tersebut.


Tiada Harapan di Singapura?


Caricarz-MBA-Neta-X-Launch-MAS2024-5.jpg


Semasa pelancaran rasminya pada 9 Januari di Suntec City, Neta memperkenalkan dua model, Neta X dan Neta Aya dan berjaya memperoleh 52 tempahan awal.


Namun begitu, berdasarkan data Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura, hanya empat unit Neta telah didaftarkan setakat ini, dua pada November 2024 dan dua lagi pada Januari 2025.


Neta ‘Tenggelam’ dalam Krisis


Neta merupakan jenama milik Hozon New Energy Automobile dari Shanghai, yang sebahagiannya dimiliki oleh kerajaan China. Tahun lalu, syarikat itu menerima dana sebanyak 5 bilion yuan (~RM3.25 bilion) daripada syarikat pelaburan milik kerajaan.


Selepas beberapa tahun meraih kejayaan dalam segmen EV mampu milik, percubaan untuk beralih kepada model lebih premium sejak 2021 tidak membuahkan hasil akibat persaingan sengit daripada jenama tempatan lain seperti BYD, GAC dan XPeng.


Pada Mac lalu, media China melaporkan Neta berdepan risiko muflis selepas rundingan pusingan pembiayaan sebanyak 4 bilion yuan (~RM2.44 bilion) gagal. Malah, jualan untuk Januari 2025 merosot sebanyak 98% berbanding tahun sebelumnya.


Pada November tahun lalu, pengeluaran kenderaan Neta di kilang Zhejiang dihentikan dan beberapa kakitangan dilaporkan menerima potongan gaji, menandakan tekanan kewangan yang semakin meruncing. Dalam tempoh tiga tahun dari 2021 hingga 2023, syarikat itu mencatatkan kerugian kumulatif sebanyak 17.2 bilion yuan (~ RM4.39 bilion). 


Industri EV China Makin Mencabar


web_MA_CariCarz_Neta-X-launch_TRX-KL_.jpg


Berdasarkan analisis oleh S&P Global, menjelang 2030, hanya pemain utama dijangka kekal, manakala puluhan jenama kecil bakal tersingkir daripada pasaran, dan Neta berkemungkinan besar menjadi salah satu daripadanya sekiranya krisis ini tidak dapat ditangani.


Situasi Neta yang kini bagai telur di hujung tanduk secara tidak langsung membuatkan masa depan jenama ini di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia, semakin ‘gelap’. 

Baca: Neta 'Di Hujung Tanduk' – Terima Talian Kredit RM1 Bilion Dari Thailand

Baca: Bilik Pameran Flagship Pertama Neta Kini Dibuka Di Ampang, KL

Sumber: The Business Times

web_MA_CariCarz_Neta-X-launch_TRX-KL_-10.jpg

Tag:

Neta Singapura
Neta Tutup
Krisis Neta
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Neta 'Di Hujung Tanduk' – Terima Talian Kredit RM1 Bilion Dari Thailand

Neta 'Di Hujung Tanduk' – Terima Talian Kredit RM1 Bilion Dari Thailand

Neta terima talian kredit THB10 bilion (~RM1.1 bilion) di Thailand, mencerminkan cabaran kewangan yang semakin meruncing dalam usahanya untuk meneruskan operasi.

27-03-2025
EV
Neta Bakal Buang 400 Pekerja Di Thailand

Neta Bakal Buang 400 Pekerja Di Thailand

Hozon Auto, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China yang juga pemilik jenama Neta Auto, kini berdepan cabaran kewangan yang kian meruncing.

27-12-2024

Berita Terkini

Global
Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Global
Toyota Hilux Gen Ke-9 - Ada Versi BEV, ICE, FCEV

Toyota Hilux Gen Ke-9 - Ada Versi BEV, ICE, FCEV

Selepas beberapa imej teaser disiarkan di media sosial, trak pikap Toyota Hilux generasi kesembilan akhirnya dilancarkan di Thailand semalam.

11-11-2025
Global
Tiada Harapan Proton e.MAS 5 Di Thailand, ‘Kembar’ Geely Yang Masuk

Tiada Harapan Proton e.MAS 5 Di Thailand, ‘Kembar’ Geely Yang Masuk

Proton e.MAS 5 kini sah tidak akan memasuki pasaran Thailand. Puncanya? Rakan kongsi strategik Proton, Geely, dilaporkan akan melancarkan 'kembar' e.MAS 5 di Thailand, sekaligus mengesahkan jenama itu diketepikan dari pasaran utama ASEAN.

07-11-2025
Global
Toyota Hilux Generasi Seterusnya Buat Kemunculan Sulung 10 November Ini

Toyota Hilux Generasi Seterusnya Buat Kemunculan Sulung 10 November Ini

Selepas dihujani spekulasi dan imej rekaan yang tidak rasmi, Toyota Motor Thailand akhirnya menamatkan penantian dengan mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi Toyota Hilux generasi terbaru iaitu yang kesembilan.

04-11-2025
Global
Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai  Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.

03-11-2025
Global
JMS 2025: 3 Lexus LS Concept Didedah

JMS 2025: 3 Lexus LS Concept Didedah

Lexus juga tidak ketinggalan daripada mempamerkan tiga kereta konsepnya pada pameran Japan Mobility Show (JMS) 2025 yang diadakan di Jepun, baru-baru ini

03-11-2025
Global
Chery Fulwin T11 Dilancar Di China, Boleh Capai Gerak 1,400KM

Chery Fulwin T11 Dilancar Di China, Boleh Capai Gerak 1,400KM

Chery melancarkan secara rasminya SUV EREV (Electric Range Extender Vehicle) baharu mereka, Chery Fulwin T11 di pasaran China, baru-baru ini.

31-10-2025
Global
JMS 2025: Mazda Vision-X Coupe & Vision-X Compact Ditunjuk

JMS 2025: Mazda Vision-X Coupe & Vision-X Compact Ditunjuk

Mazda telah mencuri tumpuan di Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025 yang sedang berlangsung apabila memperkenalkan dua kereta konsep terbaharunya iaitu Mazda Vision-X Coupe dan Vision-X Compact, baru-baru ini.

30-10-2025