Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre, Hanya 50 Unit Dijual Di Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BMW Group Malaysia meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik BMW 3 Series dengan memperkenalkan  BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre, yang cuma terdapat 50 unit di pasaran tempatan.

Edition 50 Jahre yang merupakan versi pemasangan tempatan ini, tersedia secara eksklusif dalam talian melalui BMW Shop Online.

image.png

Untuk makluman, BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre ini hadir dengan beberapa penambahbaikan, termasuk upholsteri Sensatec, Kawalan Pemanduan Aktif dengan fungsi Berhenti&Jalan, Bantuan Parkir Plus, Panel Instrumen Mewah, Butang Galvanik, dan Spoiler Belakang M dan ada  sambungan skirt sisi M Performance.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya, terdapat panel instrument 12.3 inci, skrin sentuh di bahagian tengah bersaiz 14.9 inci,  tempat rehat tangan bahagian tengah M Performance dibalut dengan Alcantara, dan paddle gear M Performance daripada serat karbon.

image.pngimage.png

Bagi menambahkan nilai eksklusifnya, BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre ini juga dilengkapi dengan lambang unik “50 Jahre Edition” pada plak pemegang cawan dan ukiran luar khas pada tiang B, menandakan status pengeluaran terhad model

Secara mekanikal, tiada banyak perubahan namun ini adalah berita baik memandangkan status M340i xDrive adalah sebagai sebagai 'M3 lite'. Ini bermakna, ia masih menggunakan enjin petrol turbo berkembar 6 silinder sebaris BMW B58 B58 3.0 liter serta persediaan pacuan semua roda (AWD) xDrive.

image.png

Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setakat  387 hp dan  tork 500 NM, dimana ia mampu memecut dari  0-100 KM/J hanya dalam dalam masa 4.4 saat manakala kelajuan maksimum dihadkan secara elektronik sebanyak 250 km/j.

image.png

Menyentuh mengenai warna luaran, BMW M340i xDrive 'Editon 50 Jahre' hadir dalam  warna Alpine White, Arctic Race Blue, M Brooklyn Grey dan Black Sapphire, manakala warna kabinnya pula hadir dalam kemasan hitam dan Tacora Red.

image.png

Bagi yang berminat, BMW M340i xDrive ‘Edition 50 Jahre’ dijual pada harga  RM396,800 .

Gallery

Tag:

BMW Malaysia
BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre
BMW M 50 Jahre
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800

Pameran MY BMW World 2025 yang kini sedang berlangsung menyaksikan kemunculan model BMW M terbaru, iaitu versi facelift bagi BMW M4 Competition M xDrive (G82).

13-06-2025
Kereta Baru

BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.

13-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW 330i M Sport, BMW 320i Sport CKD, Harga Bermula Dari RM290K Sahaja

Bagi meraikan ulang tahun ke-50 BMW 3 Series, BMW Malaysia turut melancarkan dua model BMW 3 Series 2025 , BMW 320i Sport dan 330i M Sport, sebentar tadi.

12-06-2025
Kereta Baru

BMW M5 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Cecah 727 HP, Dari RM1,188,800

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan sedan sport BMW M5 2025 dengan harga jualan bermula daripada RM1,188,800.

12-06-2025
Kereta Baru

BMW X3 20 xDrive M Sport Kini Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM349,000

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan BMW X3 20 xDrive M Sport yang memperlihatkan reka bentuk yang lebih gah daripada biasa. Ini perinciannya...

12-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.

17-12-2025
Kereta Baru

Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Perodua melancarkan secara rasminya, Perodua Traz yang dinantikan sejak sekian lama di pasaran tempatan, sebentar tadi.

17-12-2025
Kereta Baru

EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

17-12-2025
Kereta Baru

Ini 'Wajah Baharu' Proton S70, Muncul Januari 2026 Nanti?

Satu perkongsian di Facebook ‘Proton S70 Malaysia’ baru-baru ini telah mendedahkan rupa sebenar bagi model yang bakal dikenali sebagai Proton S70 facelift 2026 atau S70 MC1 (Minor Change).

16-12-2025
Kereta Baru

Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.

10-12-2025
Kereta Baru

SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian asas, GLC 200 4Matic (X254) di Malaysia. SUV CKD baharu ini menawarkan enjin 2.0L turbo berkuasa 201 hp dan tork 320 Nm.

09-12-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Dari RM498,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan GLE 400 e 4Matic PHEV untuk pasaran Malaysia. SUV hibrid plug-in ini menjanjikan prestasi tinggi cecah 375 hp dan 600 Nm, serta jarak pemanduan elektrik sehingga 108 km.

09-12-2025
Kereta Baru

Dongfeng 007 & Vigo Ditunjuk, Rupanya Bakal Dilancar Tahun Depan, Harga Agak Marhaen

Dongfeng Cars Malaysia menayangkan dua model elektrik terbaharunya, Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo di Cyberjaya, Selangor semalam.

07-12-2025