Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Honda Malaysia Lantik Pengarah Urusan & CEO Baharu, Narushi Yazaki

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Honda-Malaysia-New-MD-&-CEO-Narushi-Yazaki-(1).jpg


Honda Malaysia melantuk Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 April 2025 


Honda Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Narushi Yazaki sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu syarikat itu, berkuat kuasa mulai 1 April 2025.


Beliau menggantikan Hironobu Yoshimura, yang telah menerajui syarikat tersebut selama tiga tahun sejak 2022.


Berpengalaman Luas dalam Dunia Automotif


Honda-Malaysia-New-MD-&-CEO-Narushi-Yazaki-(2).jpg


Narushi Yazaki dilantik sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Honda Malaysia 


Yazaki bukanlah nama asing dalam syarikat Honda. Beliau memiliki lebih daripada 25 tahun pengalaman bersama jenama tersebut, dan pernah memegang beberapa jawatan penting di peringkat antarabangsa termasuk di Jepun, Thailand dan Amerika Syarikat.


Sebelum dilantik ke jawatan tertinggi di Honda Malaysia, beliau berkhidmat dalam bahagian Operasi Pentadbiran Korporat di ibu pejabat Honda Motor Co. Ltd. di Tokyo, Jepun.


Komitmen Terhadap Pertumbuhan Pasaran Malaysia


Mengulas mengenai pelantikannya, Yazaki menyatakan penghargaan terhadap kepercayaan yang diberikan.


“Saya berasa amat berbesar hati untuk menerajui Honda Malaysia, sebuah pasaran yang pesat membangun dan sangat penting dalam rangkaian Honda di rantau Asia dan Oceania," katanya.


Beliau turut menegaskan komitmennya untuk memperkukuh lagi asas yang telah dibina oleh kepimpinan terdahulu dan terus membantu pertumbuhan syarikat di pasaran tempatan.


Yoshimura Kembali ke Jepun Setelah Tamat Tugas di Malaysia


CariCarz_Honda-WR-V_launch_edited_WEB_-14.jpgHonda-Malaysia-Managing-Director-Hironobu-Yoshimura.jpg


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia sebelum ini, Hironobu Yoshimura


Sementara itu, Hironobu Yoshimura akan kembali ke Jepun untuk menyandang jawatan baharu di ibu pejabat Honda di Tokyo. Sepanjang tempoh kepimpinannya, beliau berjaya mengekalkan kedudukan Honda Malaysia sebagai peneraju dalam segmen kenderaan penumpang bukan nasional selama 11 tahun berturut-turut.


Beliau juga memainkan peranan penting dalam memastikan syarikat kekal kukuh pasca pandemik dengan mengekalkan momentum jualan dan keyakinan pelanggan terhadap jenama Honda di Malaysia.


Pelantikan Yazaki dilihat sebagai langkah strategik bagi memastikan kesinambungan kejayaan Honda Malaysia dalam landskap automotif yang semakin kompetitif.

Baca: Honda Malaysia Umum Sasaran Jualan 2025 – 83,000 Unit & 3 Model Baharu!

Baca: Honda Malaysia Sahkan 3 Model BEV, e:N1 Bakal Dilancarkan


Tag:

Honda Malaysia
CEO Honda Malaysia
Narushi Yazaki
Hironobu Yoshimura
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

03-03-2026
Berita Auto

10-02-2026
Berita Auto

29-01-2026
Berita Auto

19-12-2025
Berita Auto

04-12-2025
Kereta Baru

24-11-2025
Kereta Baru

13-11-2025
Kereta Baru

03-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026