Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Letupan Gas Putra Heights: Pihak Chery Selesai Serah 50 Kereta Kepada Mangsa

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery Corporate Malaysia telah menyempurnakan penyerahan kesemua 50 kenderaan di bawah Program Bantuan Kenderaan Sementara kepada keluarga yang terjejas akibat insiden letupan gas di Putra Heights, Selangor.

Inisiatif ini, diumumkan pada 2 April (sehari selepas insiden). Ia adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Chery dalam menyokong komuniti tempatan ketika berdepan krisis.

Chery berkata, pihaknya telah menyerahkan 25 kenderaan pada 4 April untuk kumpulan pertama, diikuti baki kenderaan kepada untuk penerima terakhir, pada minggu lepas (9 April).

image.pngimage.png

“Program Bantuan Kenderaan Sementara ini bertujuan untuk membantu keluarga yang terjejas dengan menyediakan pengangkutan sementara bagi membolehkan mereka mendapatkan perkhidmatan penting seperti perjalanan harian, janji temu perubatan, dan menghantar anak- anak ke sekolah,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk makluman, pihak Chery Corporate Malaysia telah bekerjasama dengan Pejabat Menteri Besar Selangor,  Datuk Seri Amirudin Shari EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han,  serta pihak berkuasa tempatan dalam menyelaraskan program tersebut.

Tambah kenyataan itu, selain pinjaman kenderaan selama sebulan ini, pihaknya turut menghulurkan bantuan wang petrol sebanyak RM100 kepada setiap penerima. 

“Pihak Chery juga telah menyumbangkan RM50,000 kepada Masjid Putra Heights yang telah memberi perlindungan kepada lebih 80 keluarga terkesan.

“Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban operasi masjid, khususnya dalam menangani kos utiliti dalam menyokong usahanya sebagai pusat pemindahan sementara,” tambahnya.


Gallery

Tag:

Chery
Petronas Putra Height Gas Fire
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-02-2026
Global

06-02-2026
Global

29-01-2026
Global

26-01-2026
Berita Auto

09-01-2026
Global

02-01-2026
Global

26-12-2025
EV

23-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026