Link Copiedcheck_circle
EV

Proton e.MAS 7 Laku Keras, Tempahan Cecah 5,500 Unit

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton e.Mas 7 sudah menerima lebih 5,500 tempahan sejak tempahan dibuka pada Oktober 2024,  sekali gus menjadian kenderaan elektrik nombor satu di Malaysia untuk tiga bulan berturut-turut, pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata kejayaan e.MAS 7 membuktikan bahawa gabungan kepakaran global dalam kenderaan elektrik dan pemahaman mendalam terhadap keperluan lokal mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

"Kami telah memperkenalkan sebuah kenderaan yang mempamerkan keperluan dan aspirasi pemandu di Malaysia yang lebih praktikal, berprestasi tinggi, dan sesuai untuk kegunaan harian,” katanya.

image.png

Proton e.MAS 7  eMas 7 hadir dalam   dua varian, Primec(RM105,800) dan Premium RM119,800* 

Untuk makluman, Proton  e.MAS 7 dibangunkan berdasarkan platform Global Modular Architecture (GMA).

Dari segi dimensi, ia  berukuran panjang 4,615 mm, lebar 1,901 mm, tinggi 1,670 mm, dan jarak roda 2,750 mm.

Menyentuh mengenai trenkuasa, model SUV elektrik ini dilengkapi motor elektrik depan yang menghasilkan kuasa 160 kW (218 PS) dan tork 320 Nm.

image.png

Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j hanya  dalam masa 6.9 saat manakala kelajuan maksimumnya adalah 175 km/j.

Selain itu, unit pacuan 12-dalam-1 yang canggih pada kenderaan ini telah melalui ujian jalan raya tempatan melebihi 100,000km untuk menguji ketahanannya dalam pelbagai jenis permukaan jalan dan cuaca di Malaysia. 

image.pngimage.png

Ia dipadankan dengan teknologi bateri AEGIS Short Blade generasi baharu, yang membolehkan pengecasan pantas dari 30% ke 80% hanya dalam 20 minit. Pengecasan DC selama 10 minit pula memberikan jarak tambahan sejauh 135 km.

Menjengah bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan skrin sentuh 15.4” 2.5K dan kluster instrumen digital LCD 10.2”, kedua-duanya dikuasakan oleh Flyme Auto OS yang responsif.

Antara kelengkapan lain, terdapat paparan Head-Up (HUD) di cermin hadapan memaparkan maklumat pemanduan penting terus ke garis pandangan pemandu dan sebenarnya ada banyak ciri lain.

Bagi yang berminat, anda boleh mengunjungi  31 cawangan Proton e.MAS di seluruh negara.




Gallery

Tag:

Proton e.MAS
Proton e.MAS 7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

10-03-2026
Berita Auto

05-03-2026
Pandu Uji

02-03-2026
Kereta Baru

04-02-2026
EV

04-02-2026
Berita Auto

02-02-2026
Berita Auto

26-01-2026
Kereta Baru

20-01-2026

Berita Terkini

EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026