Link Copiedcheck_circle
EV

Tesla Model Y di Malaysia: Tiada Lagi "Launch Series", Harga Kekal Sama, Tapi...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

social_CariCarz_Tesla-Model-Y-Malaysia-Launch_-12.jpg


Model Y "Launch Series" kini secara rasminya telah habis terjual! Kini model edisi khas ini tidak lagi ditawarkan di laman web rasmi Tesla Malaysia. Tanpa versi ini, pembeli kini hanya boleh mendapatkan Model Y versi standard.


Tiada Lagi Ciri Eksklusif "Launch Series"


Edisi "Launch Series" sebelum ini hadir dengan beberapa ciri eksklusif yang membezakannya daripada versi standard, khas untuk pembeli terawal. Antaranya termasuk logo khas pada bahagian bonet belakang, logo pencahayaan pada lantai (puddle light), pelapik sisi ambang pintu, serta kemasan papan pemuka dalam balutan kulit vegan.


Berbeza dengan pasaran lain di mana varian standard Model Y dijual pada harga lebih rendah berbanding edisi "Launch Series", Tesla Malaysia masih mengekalkan struktur harga yang sama. Model Y RWD dijual pada harga RM195,450, manakala Model Y Long Range AWD dijual pada harga RM242,450 sebelum pilihan tambahan dan insurans.


Perubahan Prestasi pada Model Y Long Range AWD


social_CariCarz_Tesla-Model-Y-Malaysia-Launch_-4.jpg


Satu perubahan ketara adalah dari segi prestasi. Model Y Long Range AWD "Launch Series" sebelum ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 4.3 saat, tetapi versi standard kini mengambil masa 4.8 saat, lebih perlahan sebanyak 0.5 saat.


Tesla Malaysia masih menawarkan Model Y dalam dua varian iaitu Model Y RWD dan Model Y Long Range AWD. Untuk varian RWD, prestasi kekal sama dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.9 saat dan jarak EV 466 km (WLTP). Manakala Model Y Long Range AWD pula menawarkan jarak pemanduan sejauh 551 km, tetapi dengan masa pecutan lebih perlahan seperti yang dinyatakan. 


Ciri Tambahan Masih Ditawarkan


tesla-model-y-juniper-malaysia_06.jpg


Semua unit Model Y untuk pasaran Malaysia diimport terus dari Gigafactory Tesla di Shanghai, China, dengan penghantaran pertama dijangka bermula hujung bulan ini.


Pembeli masih boleh mendapatkan beberapa ciri tambahan yang sama seperti yang ditawarkan pada Model 3. Ini termasuk empat pilihan warna dengan harga antara RM5,000 hingga RM11,000, pilihan warna kabin putih pada harga RM5,000, serta rim "Helix 2.0" bersaiz 20 inci berharga RM11,000.


Selain itu, Tesla turut menawarkan pakej bantuan pemanduan seperti Enhanced Autopilot pada harga RM16,000 dan Full Self-Driving (FSD) pada RM32,000.


Dengan ketiadaan Model Y "Launch Series", pembeli yang terlepas peluang memiliki versi khas ini masih boleh mendapatkan versi standard dengan kebanyakan ciri yang sama. Namun, buat masa ini, harga kekal sama seperti versi edisi khas tersebut. 

Tag:

Tesla Model Y
Tesla Model Y Malaysia
Tesla Model Y Launch Series
Tesla Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

20-01-2026
Berita Auto
EV

08-10-2025
EV

06-10-2025
Berita Auto

26-09-2025

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026