Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

XC90 Facelift Turut Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM418,888

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Volvo XC90 facelift versi pemasangan tempatan (CKD) turut dilancarkan secara serentak dengan EX90 yang diadakan di ibu negara, pagi tadi. 

Model XC90 serba baharu ini dikatakan hadir dengan pelbagai kemas kini teknologi dan reka bentuk, menjadikannya SUV hibrid tujuh tempat duduk yang lebih baik dari sebelumnya.

Melihat luarannya, ia kini tampil dengan grafik pengambilan udara baharu, lampu utama yang lebih langsing manakala bonet juga  dibentuk semula manakala bampar serta fender turut diperbaharui.

Malah, bahagian dalaman turut diberi nafas baharu dengan papan pemuka yang lebih mendatar dan hiasan premium bertekstur, diapit oleh corong udara menegak baharu.

image.pngimage.png

Konsol tengah juga direka menjadi lebih praktikal dengan tambahan pemegang cawan dan ruang simpanan, manakala pengecas telefon tanpa wayar kini dipisahkan daripada ruang utama untuk kemudahan pengguna.

Perubahan besar lain terletak di dalam kabin – skrin utama 11.2-inci yang kini mempunyai ketumpatan piksel 21% lebih tinggi untuk resolusi yang lebih tajam.

image.png

Skrin ini menampilkan antaramuka pengguna generasi baharu yang dikongsi dengan Volvo EX90. Paparan ini membolehkan akses pantas kepada peta, media dan sambungan – mengurangkan keperluan untuk menekan berulang kali.

Ia juga bersifat pintar, dengan bar kontekstual yang belajar tabiat pemandu dan memaparkan aplikasi yang paling relevan mengikut situasi – seperti ikon kamera 360° ketika bergerak perlahan, atau aplikasi penstriman muzik kegemaran semasa berhenti dan mengecas.

image.png

Untuk XC90 Ultra T8, antara muka baharu ini memudahkan peralihan antara kuasa elektrik, enjin pembakaran atau gabungan kedua-duanya menerusi fungsi “Drive Modes” yang kini dipaparkan di skrin utama. Di sini, pemandu boleh mengakses mod seperti “Pure”, “Hybrid” dan “Performance” dengan hanya satu sentuhan.

XC90 ini  ditawarkan dengan dua pilihan rangkaian kuasa – T8 hibrid plug-in atau B5 hibrid ringan.

 Kedua-dua varian ini  menggunakan enjin 2.0 liter bersama transmisi Geartronic lapan kelajuan yang memacu semua roda. 

image.png

Motor elektrik dalam XC90 Ultra T8 mampu menghasilkan kuasa gabungan maksimum 462 hp dan tork 709 Nm.

Ia mampu memecut dari  0-100 km/j hanya dalam masa 5.3 saat manakala  penggunaan bahan api  pula serendah 1.8 liter bagi setiap 100 km. 

Sementara itu, XC90 Ultra B5 menghasilkan kuasa maksimum 263 hp dan tork 390 Nm dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.7 saat.

Bagi yang berminat, XC90 hadir dalam empat warna – Onyx Black, Denim Blue, Crystal White dan Vapour Grey – semuanya dipadankan dengan dalaman Charcoal, upholsteri kulit Nappa Charcoal berpengudaraan, serta hiasan kayu Grey Ash.

image.png

Varian Ultra T8 ditawarkan tanpa kenaikan harga berbanding model tahun sebelumnya, iaitu RM434,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM434,457 untuk Sabah dan Sarawak. Manakala varian Ultra B5 pula berharga RM418,888 dan RM418,457.

XC90 baharu ditawarkan dengan perkhidmatan digital lima tahun, bantuan tepi jalan 24 jam, serta jaminan kenderaan tanpa had jarak perjalanan.

Untuk keterangan lanjut, www.volvocars.com/my.


Gallery

Tag:

Volvo Car Malaysia
Volvo XC90
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Tempahan Volvo EC40 2026 Motor Tunggal Sudah Dibuka, Harga RM248,888

Volvo EC40 2026 yang hadir dalam varian motor tunggal ditawarkan pada harga RM248,888, iaitu lebih rendah RM40,000 berbanding varian motor berkembar.

30-09-2025
Global

Volvo EX90 2026 Didedahkan – Sistem Jauh Lebih Canggih

Syarikat automotif Sweden, Volvo, mengumumkan versi terbaru bagi SUV elektrik andalannya (flagship), EX90, versi keluaran 2026

24-09-2025
Gaya Hidup

Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya

Pengiktirafan berprestij ini diumumkan pada New York International Auto Show yang diadakan baru-baru ini.

22-04-2025
Kereta Baru

Dilancar: Volvo EX90 SUV Paling Selamat, Maka Harganya Pun Boleh Tahan

Volvo EX90 dijual pada harga RM442,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM442,648 untuk Sabah dan Sarawak¹.

10-04-2025
Berita Auto

Tempahan Volvo EX90 & XC90 Baharu Kini Dibuka – Anggaran RM450K

Selepas pendaftaran minat (ROI) dibuka awal bulan ini, Volvo Car Malaysia (VCM) kini telah membuka tempahan untuk kedua-dua SUV flagship terbarunya, Volvo EX90 dan XC90 facelift

17-03-2025
Berita Auto

Volvo Car Malaysia Jual 1,953 Unit Tahun 2024 – Jualan EV Makin Rancak

Volvo Car Malaysia (VCM) melabuhkan tirai tahun 2024 dengan kejayaan besar dalam segmen kenderaan elektrik penuh (BEV).

07-02-2025
Kereta Baru

Volvo EX30 Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM188,888

Volvo Car Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV elektrik kompak, EX30, untuk pasaran Malaysia. Ini spesifikasinya...

25-09-2024
EV

Volvo EX30 Bakal Masuk M'sia, Ada 3 Varian, Harga Belum Tahu Lagi

Selepas Volvo membuka pendaftaran minat (ROI), Volvo EX30 bakal membuat penampilan sulungnya di negara ini pada 25 September ini.

27-08-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Kereta Baru

Jenama Forthing Sedia Tembusi Pasaran Malaysia – SKD, Rasmi Disember 2025

Ekspo Teknologi & Automotif Global (GATE) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen KL (KLCC) dari 12 hingga 14 November telah membawa satu kejutan besar yang mana sebuah jenama automotif baharu dari China, Forthing, membuat kemunculan pertama di negara ini.

13-11-2025
Kereta Baru

Ini Dia BYD Shark 6 Versi PHEV-Bakal Dilancar Tahun Depan

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Motors buat julung kalinya mendedahkan model trak pikap plug-in hybrid pertama mereka, BYD Shark PHEV , di Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur sebentar tadi.

13-11-2025
Kereta Baru

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Kereta Baru

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025
Kereta Baru

Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD

Setelah dikesan meluncur di jalan raya negara kita dalam keadaan berpelekat samaran, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China di bawah Stellantis, Leapmotor Malaysia, akhirnya mendedahkan teaser rasmi model terbarunya, Leapmotor B10.

06-11-2025
Kereta Baru

GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik

GWM Malaysia melancarkan secara rasminya, Ora Good Cat GT dan Ora Good Cat Ultra ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

06-11-2025