Link Copiedcheck_circle
Global

BYD Ambil Alih Hak Pengedaran Di Australia, Selepas Ini Mungkin Malaysia?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar automotif China, BYD, telah "melebarkan sayapnya" ke luar negara dengan   mengambil alih kawalan import dan hak pengedaran kenderaan mereka di Australia. 

Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) terbesar di dunia itu turut mengambil alih kawalan operasi Australia daripada  pihak ketiga, EVDirect.

Langkah itu adalah  sebagai sebahagian daripada rancangan untuk meningkatkan jualan global.

image.pngimage.png

Difahamkan, langkah pengambilalihan ini membolehkan BYD mengawal barisan produknya di Australia, yang terdiri daripada model Atto 3, Dolphin, Seal, Sealion 6, Sealion 7 dan Shark. 

Apa yang penting adalah  pemilik BYD di Australia lebih ‘dilindungi,’ memandangkan jenama tersebut kini disokong terus dari kilang.

image.pngimage.png

Menurut laporan Drive Australia, pengambilalihan ini seiring dengan perancangan BYD untuk memperkenalkan lebih banyak sub-jenama, bermula dengan Denza menjelang akhir tahun ini. 

Perubahan dalam operasi ini juga dijangka meningkatkan keyakinan BYD untuk memperkenalkan jenama YangWang, di mana YangWang U8, telah beberapa kali dikesan menjalani ujian di Australia.

Sementara itu, EVDirect, entiti yang sebelum ini mengendalikan pengedaran kenderaan BYD di Australia, akan terus berperanan sebagai salah satu pengedar rasmi jenama itu. 

Menerusi kerjasamanya dengan Eagers Automotive, syarikat itu akan terus menyelia beberapa bilik pameran BYD di seluruh negara.

Sebelum pengambilalihan ini, BYD Australia atau lebih tepatnya EVDirecttelah menjalankan tugas dengan baik apabila berjaya menghantar 11,974 unit setakat April tahun ini. 

image.png

Angka ini meletakkannya di landasan untuk mencapai sasaran jualan tahunan sebanyak 36,000 unit menjelang 2026, dengan tiga modelnya tersenarai dalam 10 EV paling laris di Australia setakat April lalu.

Untuk makluman, pasaran Australia sememangnya merupakan salah satu pasaran luar negara paling berjaya untuk BYD.

Selain Australia, BYD juga telah mengambil alih kawalan jenamanya di Jerman, dan syarikat itu bercadang untuk mengambil alih lebih banyak pasaran dalam usaha melebarkan operasi globalnya.

Bagi pasaran Malaysia, jenama BYD ketika ini diagihkan oleh kumpulan automotif tempatan Sime Motors, yang mengendalikan jenama itu melalui anak syarikatnya, Sime Darby Beyond Auto (SDBA). 

Namun begitu, jenama Denza baru sahaja membuat kemunculan sulung di Malaysia menerusi model D9 EV MPV, pada awal tahun ini, yang mana pengedarannya dikendalikan  oleh BYD Malaysia, yang turut menguruskan perniagaan kenderaan komersialnya di pasaran tempatan.

image.png

Seperti Australia, Malaysia juga sering tersenarai sebagai salah satu pasaran dengan prestasi terbaik untuk BYD, kerana  model BYD Atto 3 sering mendahului carta jualan EV tempatan, sebelum kedudukannya diambil alih baru-baru ini oleh model EV pertama negara, Proton e.MAS 7.

Namun, Sime Motors baru-baru ini melaporkan penurunan keuntungan bersih sebanyak 43% untuk suku pertama tahun 2025, dan telah pun melepaskan hak pengedaran jenama Hyundai di Malaysia.

Jadi, adakah ini satu petanda bahawa Sime Motors juga bakal kehilangan hak pengedaran untuk jenama BYD di Malaysia?


Gallery

Tag:

BYD
BYD ATTO 3
BYD Shark
BYD Dolphin
sealion
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Perang Gergasi Automotif: Geely Rampas Takhta BYD Di China, Jualan BYD Jatuh 50%

Geely secara rasminya telah memintas gergasi kenderaan tenaga baharu (NEV), BYD, untuk muncul sebagai jenama nombor satu dari segi jualan runcit dan borong.

16-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
Gaya Hidup

BYD Tech Discovery Kini Di Johor Bermula Hari Ini

BYD di Malaysia, membawakan pusingan kedua acara BYD Tech Discovery ke Johor Bahru.

22-01-2026
Global

BYD Sealion 5 DM-i PHEV Dilancarkan Tetapi Bukan Di Malaysia

BYD Sealion 5 DM-i baharu kini membuat kemunculan sulungnya di pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) kedua, apabila SUV hibrid plug-in (PHEV) ini secara rasmi dilancarkan di United Kingdom.

15-01-2026
EV

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026
Global

BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.

24-12-2025
Global

BYD Atto 2 DM-i PHEV Didedah, Boleh Gerak Sehingga 1,000KM, Ada Kemungkinan Masuk Malaysia

BYD Atto 2 DM-i yang merupakan SUV crossover plug-in hybrid (PHEV) membuat penampilan pertamanya di Eropah, baru-baru ini.

25-11-2025

Berita Terkini

Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026