Link Copiedcheck_circle
EV

EV Bajet TQ Wuling Bingo Bakal Dilancarkan Di Malaysia – CKD, Bawah RM100,000?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_KS_TCM-Group_SAIC-GM-Wuling_MOU_preview_-13.jpg


Tan Chong Motor Holdings (TCMH) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling). 


Perjanjian yang turut disaksikan Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke itu memperlihatkan jenama TQ Wuling secara rasminya memasuki pasaran tempatan, dan bakal melancarkan model sulungnya, TQ Wuling Bingo, tidak lama lagi. 


EV Bawah Harga RM100,000? 


web_CariCarz_KS_TCM-Group_SAIC-GM-Wuling_MOU_preview_-3.jpg


Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke turut hadir menyaksikan majlis hari ini


TQ Wuling Bingo disasarkan akan dijual pada harga di bawah RM100,000, menjadikannya antara EV paling mampu milik di Malaysia. Harga kompetitif ini dicapai melalui pemasangan tempatan secara (CKD) di kilang pengeluaran kenderaan TCMH di Segambut, Kuala Lumpur.


web_CariCarz_KS_TCM-Group_SAIC-GM-Wuling_MOU_preview_.jpg


Di peringkat permulaan, model ini akan dipasarkan untuk pasaran domestik, namun TCMH tidak menolak kemungkinan untuk mengeksport ke negara ASEAN lain pada fasa seterusnya.


Spesifikasi Wuling


Model ini telah pun dilancarkan di Indonesia sebagai Wuling "Binguo". Dari segi ukuran, model ini lebih besar berbanding pesaing terdekat seperti BYD Seagull. Dimensi keseluruhan adalah 3,950 mm panjang, 1,708 mm lebar, dan 1,580 mm tinggi, dengan jarak roda sepanjang 2,560 mm.


web_CariCarz_KS_TCM-Group_SAIC-GM-Wuling_MOU_preview_-12.jpg


Di negara jiran, model ini ditawarkan dalam dua varian iaitu Long Range dan Premium Range dengan pilihan bateri 31.9 kWj yang menjanjikan jarak pemanduan sehingga 333 km dan bateri 37.9 kWj dengan jarak yang lebih tinggi iaitu 410 km, kedua-duanya berdasarkan standard CLTC. 


Dari segi pengecasan, TQ Wuling Bingo menyokong pengecasan AC sehingga 3.3 kW serta pengecasan pantas DC (kadar belum diumumkan), di mana pengecasan 30% hingga 80% dikatakan boleh dicapai dalam masa sekitar 35 minit.


web_CariCarz_KS_TCM-Group_SAIC-GM-Wuling_MOU_preview_-5.jpgweb_CariCarz_KS_TCM-Group_SAIC-GM-Wuling_MOU_preview_-11.jpg


Walaupun terdapat perbezaan kapasiti bateri, kedua-dua varian dilengkapi motor elektrik yang sama yang dipasang di hadapan, menjana kuasa 68 ps dan 150 Nm.


Kelengkapan Premium untuk EV Bajet 


web_CariCarz_KS_TCM-Group_SAIC-GM-Wuling_MOU_preview_-8.jpgweb_CariCarz_KS_TCM-Group_SAIC-GM-Wuling_MOU_preview_-7.jpgweb_CariCarz_KS_TCM-Group_SAIC-GM-Wuling_MOU_preview_-10.jpgweb_CariCarz_KS_TCM-Group_SAIC-GM-Wuling_MOU_preview_-9.jpg


Pemerhatian terhadap unit yang dipamerkan kepada media tempatan menunjukkan model ini hadir dengan pelbagai kelengkapan menarik. Antara yang ditawarkan termasuk paparan digital berkembar bersaiz 10.25 inci, lampu hadapan dan belakang LED, upholsteri kulit sintetik berlubang, rim aloi 15 inci, tempat duduk pemandu boleh laras secara automatik, keyless entry, penyaman udara automatik, dua beg udara hadapan, sistem brek ABS dan EBD serta brek parkir elektronik (EPB)


Pelancaran Dalam Negara Bakal Bermula?


web_CariCarz_KS_TCM-Group_SAIC-GM-Wuling_MOU_preview_-4.jpg


Setakat ini, TCM masih belum mengumumkan tarikh rasmi pelancaran atau pembukaan tempahan bagi pasaran tempatan. Namun, sumber dalaman memberi bayangan bahawa ia akan dimulakan tidak lama lagi.

Tag:

Wuling
Wuling EV
Wuling Bingo
Wuling Bingo CKD
Tan Chong Motor Holdings (TCMH)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Wuling Keluarkan Bateri EV Di Indonesia

Syarikat automotif China, Wuling, kini bukan sahaja mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) di Indonesia, tetapi turut mengeluarkan baterinya di negara tersebut di kilang yang terletak di Cikarang, Jawa Barat.

03-01-2025
Global

Wuling Bingo S Dari RM40K Di Pasaran China – Lebih Praktikal, 430 KM

Muncul versi lebih besar di pasaran China, Wuling Bingo S, yang dijual pada harga bermula dari CNY 68,800. Ini spesifikasinya...

26-08-2025
Global

Wuling Keluarkan Bateri EV Di Indonesia

Syarikat automotif China, Wuling, kini bukan sahaja mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) di Indonesia, tetapi turut mengeluarkan baterinya di negara tersebut di kilang yang terletak di Cikarang, Jawa Barat.

03-01-2025
Global

EV Wuling Air: Spesifikasi Dan Harga Pasaran Indonesia Didedahkan, Bermula Dari RM74K

Harga bagi kenderaan elektrik (EV) yang dikeluarkan untuk pasaran Indonesia, EV Wuling Air didedahkan.

13-07-2022
Global

Wuling EV Tembusi Pasaran Indonesia

Wuling EV membuat debut secara rasmi di Indonesia baru-baru ini.

02-06-2022
Berita Auto

TQ Wuling Bingo Dipasang Secara Tempatan Bermula Disember 2025

Wuling Automobile (SGMW) dari China bakal memulakan pemasangan tempatan (CKD) model EV pertamanya di Malaysia, iaitu TQ Wuling Bingo pada Disember ini.

20-09-2025
Global

Wuling Bingo S Dari RM40K Di Pasaran China – Lebih Praktikal, 430 KM

Muncul versi lebih besar di pasaran China, Wuling Bingo S, yang dijual pada harga bermula dari CNY 68,800. Ini spesifikasinya...

26-08-2025

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026