Link Copiedcheck_circle
EV

Hozon Auto Bankrap, Tapi Neta Nafi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png


Neta Auto Malaysia menafikan sekeras-kerasnya syarikat induknya, Hozon Auto berhadapan dengan bankrap seperti mana yang tular di media social baru-baru ini.

Neta Auto Malaysia berkata, laporan itu sama sekali tidak benar dimana isu ini dikatakan berpunca daripada pertikaian hutang dengan salah seorang pemiutangnya, YuXing Advertising.

Hozon Auto menegaskan bahawa ia adalah satu proses undang-undang yang biasa. Untuk itu, ia menafikan bahawa ia sedang  sedang melalui proses semakan kebankrapan.

Kenyataan media yang serupa juga telah dikeluarkan oleh pengedar Neta di Thailand.

image.png

Cawangan Neta di Malaysia memberi jaminan bahawa operasi tempatan tidak terjejas. Jualan, penghantaran kenderaan, ketersediaan alat ganti, dan perkhidmatan selepas jualan semuanya berjalan seperti biasa.

"Neta Auto Malaysia menyatakan bahawa ia kekal komited untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan meneruskan pengembangan rangkaiannya seperti yang dirancang

Walaupun perkara ini telah dijelaskan namun timbul pula pelbagai persoalan yang masih  belum terjawab!  Ini kerana  tiada sebarang pengumuman imengenai rancangan CKD syarikat itu, yang sebenarnya sudah lama tertangguh.

Malah, satu model dikatakan akan dilancarkan pada suku pertama 2025, namun tiada sebarang perkembangan mengenai perkara tersebut.

Selain itu, tiada juga maklum balas mengenai penarafan keselamatan kemalangan 0 bintang ASEAN NCAP bagi model Neta V, yang diterbitkan pada Disember 2024.

Neta Auto Malaysia masih belum mengulas mengenai laporan tersebut, sekali gus menimbulkan persoalan tentang ketelusan dan akauntabiliti dalam aspek keselamatan bagi pembeli tempatan.


Gallery

Tag:

Neta Auto Malaysia
Hozon Auto New Energy Automobile Co. Ltd.
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Jenama EV China, Neta, Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Jenama EV China, Neta, Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Pasaran EV dimeriahkan lagi dengan kedatangan jenama baharu dari China, Neta, dari kumpulan Hozon Auto New Energy Automobile Co., Ltd. atau Hozon Auto.

27-03-2023

Berita Terkini

EV
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas  Gentari Melalui Aps ChargeSini

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026