Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Kepada 12,692 unit Bulan Lepas, e,MAS Dahului Jualan EV

Suhana Veru

Kongsi melalui

  The-Proton-e.MAS-7-was-previewed-in-Singapore-at-The-Car-Expo-during-the-first-weekend-of-May.jpg

Jualan Proton melonjak sebanyak 12,692 unit pada bulan lepas gara-gara jualan Proton e.MAS mendahului jualan Kenderaan Elektrik (EV) untuk bulan keempat berturut-turut sekali gus mengukuhkan kedudukan syarikat di tangga kedua dalam senarai jualan automotif Malaysia.

Tidak dinafikan, kejayaan terbesar untuk 2025 ialah disebabkan prestasi jualan yang kukuh bagi Proton e.MAS 7, dimana ia menyaksikan jumlahnya meningkat setiap bulan sejak pelancaran pada 16 Disember 2024.

Trend itu berterusan pada April apabila model EV pertama PROTON menembusi kekangan 800-unit dengan mencapai 863-unit (domestik + eksport).

image.png

Ini menjadikan jualan tahun sehingga kini (YTD) kepada 2,716 unit dan meletakkan model itu sebagai EV terlaris di negara dan jenama Proton e.MAS di tempat kedua untuk jualan EV keseluruhan walaupun pada masa ini hanya mempunyai satu model dalam rangkaiannya.

Selain Proton e.MAS, Proton X50 juga mencatatkan jualan cemerlang pada bulan April apabila mendahului semula pasaran SUV segmen B. 

image.png

Dengan 2,389 unit terjual pada April, jualan YTD kini telah meningkat kepada 7,506 unit, terbanyak di segmennya, serta 420 unit mendahului jualan YTD dari tahun 2024.

image.png

Selain itu, Proton X90 kekal sebagai pilihan bagi pembeli yang mencari SUV segmen D dengan 194 unit dijual pada April menjadikan jumlah YTD 873 unit. 

Sementara itu, Proton S70 kekal sebagai model sedan segmen C yang dominan di Malaysia dengan 1,716 unit dijual pada April untuk meningkatkan jumlah YTDnya kepada 6,181 unit.

Tidak ketinggalan, Proton X70 juga telah mencatatkan jualan sebanyak 2,839 YTD selepas 682 unit lagi dijual pada April, dan pencapaian itu bermakna SUV segmen C kini mencapai 44% lebih jualan YTD daripada jumlah YTD sehingga April tahun lepas. 
 

Bagi model Proton ICE yang lain, Proton Saga mencapai 5,213 jualan pada April untuk menjadikan jumlah YTD hampir 21,000 unit, Proton Persona menamatkan bulan sebagai sedan segmen B kedua terlaris dengan 1,328 unit terjual manakala Proton Iriz mencatatkan 290 jualan dan kini menduduki tempat keempat untuk jualan hatchback segmen B.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, bagi PROTON, empat bulan pertama 2025 adalah mengenai pengukuhan jualan.

Roslan-Abdullah,-Chief-Executive-Officer,-Proton-Edar.JPG

"Kami  membina asas bagi melancarkan serangan kami pada bahagian akhir tahun ini. Pelan tersebut disokong oleh prestasi teguh dalam pasaran EV kerana penerimaan awam terhadap e.MAS 7 amat cemerlang.

"Dengan perancangan untuk pelancaran baharu bagi model ICE dan EV juga, kami yakin akan menimpa kejayaan pada tahun ini," katanya.

Agenda pertumbuhan eksport PROTON terus mengumpul momentum pada bulan April apabila syarikat mencapai bulan terbaik untuk jualan eksport pada 2025. 520 unit telah dieksport bulan lepas didahului oleh Proton X50, Proton Saga dan Proton e.MAS 7, yang telah dipratonton di The Car Expo di Singapura pada 3-4 Mei.

Gallery

Tag:

Proton X50
Proton e.MAS
proton saga
Proton Iriz
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Berita Auto

Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026

PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.

10-04-2026
Berita Auto

Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar

Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!

08-04-2026
Berita Auto

Nahas Berantai SUV Terbakar

Sebuah Chery Tiggo musnah hampir 60 peratus dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan lima kenderaan di Changkat Cermin, Ayer Tawar, semalam.

07-04-2026
Berita Auto

Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja

Jangan Biar Kereta Merana! PROTON Tawar Harga 'Runtuh' Untuk Servis Hingga Jun Ini.

30-03-2026
Berita Auto

Proton X50 'Ganas' Di Pasaran: 161,000 Unit Terjual

Raja SUV Masih Tak Tergugat! 161,000 unit Proton X50 terjual.

18-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026