Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kesesakan Teruk Bakal Selesai Selepas Projek Pelebaran Lebuhraya KL-Karak Siap

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Projek pelebaran Lebuhraya KL-Karak akan dimulakan pada suku kedua tahun ini. Ia akan dikendalikan oleh  AFA PRIME Bhd, yang sebelum ini dikenali sebagai ANIH Bhd.

Projek pelebaran ini sebenarnya  membabitkan dua inisiatif iaitu  satu membabitkan pelebaran KLK, dan satu lagi berkaitan mitigasi banjir di sepanjang LPT1.

Selaras dengan peningkatan jumlah trafik yang berterusan, terutamanya pada hujung minggu dan musim perayaan, projek ini dirancang untuk memenuhi keperluan trafik masa hadapan, dengan penekanan terhadap aspek keselamatan serta kelancaran aliran trafik.

image.png

Dengan jangka masa pembinaan selama 48 bulan, kerja-kerja persediaan termasuk pemotongan cerun, penaiktarafan sistem perparitan, mitigasi banjir, dan pembinaan tembok penahan kini sedang dijalankan.

Pengarah Eksekutif AFA PRIME, Ir Vijayaraj, berkata projek pelebaran ini bukan sahaja menambah kapasiti lebuh raya, tetapi penilaian semula cara lebuh raya harus berfungsi demi rakyat dari segi kebolehpercayaan, keselamatan, dan daya tahan jangka panjang.

"Matlamat kami adalah untuk membina lebuh raya yang mampan dan bersedia untuk keperluan masa hadapan. Kami memperkenalkan sistem pemantauan masa nyata, perancangan kontingensi, dan protokol tindak balas kecemasan bagi memastikan pengguna jalan raya kekal selamat dan mendapat maklumat yang tepat walaupun semasa kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan.

Ciri utama projek ini merangkumi:

  1. Penambahan satu lorong bagi setiap arah
  2. Pelebaran bahu jalan daripada 2.5 meter kepada tiga meter di kedua-dua belah.
  3. Penambahan lapan petak kecemasan baharu.
  4. Penambahbaikan pencahayaan termasuk lampu limpah dan penyusunan semula lampu sedia ada.
  5. Kerja-kerja pembinaan di Terowong Genting Sempah hanya akan dihadkan pada luar waktu puncak sahaja 


Gallery

Tag:

AFA PRIME Berhad (formerly ANIH Berhad)
ANIH Berhad
Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK)
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Perhatian! Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Bukannya Ditutup Tetapi Ada Laluan Lencongan

Leburaya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bukannya ditutup sepenuhnya sebaliknya hanya dilencongkan.

14-07-2025
Berita Auto

Peruntuk RM2.6 Bilion Untuk Naik Taraf Lebuhraya KL-Karak, LPT1

AFA Prime Bhd memperuntukkan RM2.3 bilion untuk melaksanakan projek pelebaran Lebuhraya KL-Karak dan Projek Mitigasi Banjir LPT 1.

29-11-2024
Berita Auto

Aidiladha: Rujuk TTA Sebelum Balik Kampung!

Ini dia jadual TTA bermula Sabtu ini.

11-06-2024
Berita Auto

Unsur Khianat, Polis Siasat

Polis masih giat mengesan kenderaan yang dikatakan menyebabkan kepingan besi terjatuh.

02-05-2024
Berita Auto

Balik Kampung Ke Pantai Timur, Jangan Lupa Rujuk TTA

ANIH Berhad sudah mengeluarkan cadangan waktu perjalanan untuk pengguna lebuh raya laluan pantai timur, sempena Hari Raya Aidilfitri 2024.

29-03-2024
Berita Auto

Rujuk TTA Sebelum Keluar Rumah

Rujuk TTA di laman rasmi Anih Berhad.

09-02-2024
Berita Auto

Lebuhraya Karak, LPT Dijangka Sesak Sempena Tahun Baharu Cina, Rujuk TTA Ini

ANIH Berhad telah mengumumkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sempena musim cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

05-02-2024
Berita Auto

Lebuhraya Karak, LPT Dijangka Sesak Sempena Krismas, Rujuk TTA

ANIH Berhad, telah mengumumkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sempena musim cuti perayaan Krismas.

20-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Jangan Percaya Sindiket Guna MyBayar PDRM Berkaitan Trafik

PDRM menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan taktik penipuan yang menyalahgunakan nama PDRM dan MyBayar PDRM.

03-01-2026
Berita Auto

PUSPAKOM Kenakan Caj RM5 Untuk Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kereta Bermula Ahad Ini

PUSPAKOM Sdn Bhd akan menyelaraskan Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan daripada RM3.50 kepada RM5 bermula Ahad ini.

02-01-2026
Berita Auto

Tahniah Rakyat: JPJ Kelantan Kutip RM9 Juta Saman

Tahniah kepada rakyat Kelantan kerana melunaskan bayaran saman memandangkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip saman sebanyak RM9 juta sepanjang tahun lalu.

02-01-2026
Berita Auto

Peruntukan Terbesar: KPKT Salur RM40 Juta Untuk Turap 800 Jalan Di Perak

KPKT menganggarkan kos kira-kira RM50,000 bagi setiap jalan di kawasan perumahan.

02-01-2026
Berita Auto

Pemilik Motosikal ‘Tayar Sotong’ Meratap Nasib Di Ambang Tahun Baharu

Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 bertukar menjadi 'igauan ngeri' buat sekumpulan pemilik motosikal apabila Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur melancarkan Op Samseng Jalanan besar-besaran.

02-01-2026
Berita Auto

Ops Tahun Baharu 2026: Polis Keluarkan 12,437 Saman

Dalam sehari, 12,437 saman dikeluarkan sempena Operasi Ambang Tahun Baharu 2026 semalam.

02-01-2026
Berita Auto

Harga Pas Rapid KL Naik Selepas 17 Tahun, Tampung Kos Penyelenggaraan

Selepas 17 tahun mengekalkan kadar yang sama, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akhirnya mengumumkan harga baharu bagi pas perjalanan Rapid KL berkuat kuasa 1 Januari 2026.

02-01-2026
Berita Auto

Pemandu Treler Sagat Kereta, Rupanya Dah Tunggu Sejam

Pemandu treler didakwa melanggar tiga kereta yang diletakkan di tepi laluan masuk di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh menjelaskan, dia terpaksa berbuat demikian berikutan desakan selain mendakwa telah menunggu satu jam lebih di situ.

31-12-2025