Link Copiedcheck_circle
Global

Kilang Changan Di Thailand: Tinggi Automasi, Jadi Inspirasi AHTV?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

x2rXMsWdMap-BKTc.jpg


Selepas pelancaran kilang kenderaan tenaga baharu (NEV) Changan di Rayong, Thailand, perhatian kini tertumpu kepada kecanggihan teknologi yang digunakan di kilang tersebut yang menyerlahkan visi Changan ke arah masa depan pengeluaran yang pintar dan lestari. 


Komponen Penting Dalam Pelan ‘Vast Ocean’


Penubuhan kilang ini adalah sebahagian daripada Pelan Vast Ocean, iaitu strategi Changan untuk beralih daripada eksport kenderaan kepada operasi perindustrian berskala penuh secara tempatan. Langkah ini menandakan komitmen syarikat dalam memperkukuh kehadiran global dari segi produk, jenama, inovasi digital dan keupayaan pengilangan.


Baca: Continental Tutup Kilang, Tiada Kaitan Politik


Kilang Berkeluasan 960,000 Meter Persegi, Fokus Automasi 


Dibina di atas tanah seluas 960,000 meter persegi, kilang ini direka dengan penekanan terhadap aspek kecekapan, kualiti dan kelestarian. Ia menggabungkan teknologi automasi dan digital terkini, melibatkan lima bengkel utama, termasuk kerja kimpalan, pengecatan, pemasangan serta penghasilan bateri, yang mencapai kadar automasi 90% pada peringkat kawalan kualiti utama, menjadikannya antara kilang automotif tercanggih di Thailand. 


492225977_122235383690033595_1522197385132514343_n.jpg


Antara teknologi yang digunakan adalah seperti berikut:

  • Bengkel pengimpalan dilengkapi 39 robot dan teknologi FDS, EPS serta SPR.
  • Bengkel cat menggunakan 29 robot, dengan jaminan ketahanan cat sehingga 15 tahun dan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40%.
  • Barisan pemasangan merangkumi 140 stesen, dengan Automated Guided Vehicles (AGV) dan peralatan pintar untuk pelbagai jenis trenkuasa dan model.
  • Bengkel bateri melibatkan 22 proses berketepatan tinggi dan 45 AGV untuk memastikan kelancaran pengeluaran.

45% Tenaga Diperoleh dari Solar, Guna Semula Air Hujan


492073108_122235383654033595_7142780084988873030_n.jpg


Aspek kelestarian turut diberikan perhatian dalam pembangunan kilang ini yang mana ia menggunakan sistem solar 14MW yang menjana 45% keperluan elektrik, selain menampilkan menara aliran udara semula, sistem pencahayaan semula jadi dan sistem kitar semula air hujan. Gabungan inisiatif ini menyumbang kepada pengurangan penggunaan tenaga sebanyak 5%.


Penghantaran Lebih Pantas


491996358_122235383600033595_6612337793366124954_n.jpg492028982_122235383744033595_5286477927881484246_n.jpg


Kilang ini beroperasi sepenuhnya atas ekosistem digital berasaskan mikrosistem, membolehkan pemantauan masa nyata, pengurusan rantaian bekalan lebih cekap dan pengurangan masa penghantaran daripada 21 hari kepada hanya 15 hari.


Sistem kualiti Changan Quality Operating System (CAQOS) pula mengawasi keseluruhan operasi melalui 77 kamera dan 62 titik semakan automatik untuk memastikan kualiti sentiasa konsisten.


Sasaran Tempatan 80% dan 30,000 Peluang Pekerjaan


497700744_122239474052033595_4156816242436670485_n.jpg


Bagi masa akan datang, Changan merancang untuk membuat pengeluaran sehingga 80% komponen secara tempatan, mewujudkan 30,000 pekerjaan dan menubuhkan pusat alat ganti untuk pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) dengan keupayaan penghantaran dalam masa 24 jam.


Ke Arah Jualan Global 5 Juta Unit


492081242_122235562916033595_7592868568010827065_n.jpg


Dengan 12 model tenaga baharu bakal dilancar di bawah jenama Changan, Deepal dan Avatr dalam tempoh tiga tahun akan datang, kilang ini dijangka akan memberikan sumbangan yang besar dalam usaha merealisasikan sasaran global Changan untuk menjual 5 juta unit kenderaan menjelang 2030, termasuk 3 juta kenderaan NEV.


Di peringkat awal, kilang ini memiliki kapasiti pengeluaran mencecah 100,000 unit setahun, dengan sasaran 200,000 unit menjelang 2027.


Dibina dalam 556 Hari


Menurut Shen Xinghua, Pengarah Urusan Bahagian Asia Tenggara Changan, projek kilang Rayong berjaya disiapkan dalam 556 hari hasil kerjasama lebih 2,000 kakitangan dan rakan kongsi dari seluruh dunia.


“Kami berada di sini untuk jangka masa panjang. Bersama-sama, kita akan membentuk masa depan automotif yang lebih bersih, pintar dan kukuh, In Thailand, For Thailand and For the World,” katanya.


Bayangan Awal AHTV Malaysia?


497853402_122239474754033595_3180428895861691784_n.jpg498303770_122239474814033595_7976900306949636463_n.jpg


Kilang Rayong menjadi penanda aras baharu bagi pengilangan pintar, lestari dan bersepadu. Ia boleh juga dilihat sebagai gambaran awal tentang bagaimana projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim bakal dibangunkan dan beroperasi, hasil pelaburan besar serta sokongan teknikal daripada Geely. 

Baca: DRB-HICOM, GEELY, Meterai Kerjasama Untuk Bangunkan AHTV Di Tanjung Malim

Baca: Changan Rasmi Pembukaan Kilang NEV Di Thailand – Pertama Di Luar Negara

Tag:

Changan Thailand
Changan Rayong
AHTV
Kilang Canggih
Kilang Automotif
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Changan Rasmi Pembukaan Kilang NEV Di Thailand – Pertama Di Luar Negara

Changan Rasmi Pembukaan Kilang NEV Di Thailand – Pertama Di Luar Negara

Syarikat automotif China, Changan Automobile, secara rasmi memulakan pengeluaran di kilang kenderaan tenaga baharu (NEV) pertamanya di luar negara, terletak di Rayong, Thailand.

18-05-2025
Global
Changan Auto Bakal Dirikan Kilang Pengeluaran EV di Thailand

Changan Auto Bakal Dirikan Kilang Pengeluaran EV di Thailand

Changan Auto akan memulakan pembinaan pusat pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertama di luar negara China.

29-04-2023

Berita Terkini

Global
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global
Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global
Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global
MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global
Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026