Link Copiedcheck_circle
EV

MAS 2025: AION V Didedah, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2025

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas membuat penampilan sulung global di Auto China 2024 pada tahun lalu, generasi kedua GAC Aion V akhirnya tampil buat pertama kali secara umum di Malaysia menerusi pameran Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang sedang berlangsung di MAEPS, Serdang.

Sebelum ini, Crossover EV kompak ini sudah pun diperkenalkan di  Thailand, dan kini nampaknya Malaysia bakal menjadi destinasi seterusnya.

image.pngimage.png

Berbeza dengan Aion Y Plus, Aion V baharu ini menggunakan reka bentuk badan SUV crossover yang lebih konvensional, dengan elemen rekaan yang diinspirasikan daripada dinosaur T-Rex. 

Ia hadir dengan  lampu utama LED, fender berotot, lampu belakang LED menegak, serta rim aloi 19 inci.

image.pngimage.png

Dari segi dimensi, Aion V baharu ini berukuran 4,605 mm panjang, 1,876 mm lebar, 1,686 mm tinggi, dan memiliki jarak roda sejauh 2,775 mm. 

Ini meletakkannya sebaris dengan SUV EV kompak lain seperti BYD Atto 3, Chery Omoda E5, dan Proton e.Mas 7.

image.pngimage.png

Walaupun model yang dipamerkan ini berkunci, apa yang kami dapat melihat ialah ia menggunakan konfigurasi pemanduan sebelah kanan (RHD), menandakan kesediaannya untuk dilancarkan di pasaran tempatan.

Dari aspek rangkaian kuasa, generasi kedua Aion V ini dikuasakan secara eksklusif oleh satu motor elektrik yang dipasang di hadapan, dimana ia mamp menghasilkan kuasa 201 HP (150 kW) dan 240 NM.

image.pngimage.png

Untuk itu, ia mampu  memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 7.9 saat. Kelajuan maksimum pula ialah 160 km/j sebelum penghad laju elektronik diaktifkan.

Pek bateri jenis LFP 75.2-kWh  yang disumbat pada AION V mampu menawarkan jarak pemanduan NEDC sejauh 605 km. 

Keupayaan pengecasannya juga agak mengagumkan, kerana menyokong pengecasan pantas DC (DCFC) sehingga 180 kW sekali gus membolehkan pengecasan 30-80% penuh hanya dalam masa 16 minit.

Namun, pengecasan AC dihadkan kepada 7 kW sahaja.

Setakat ini, Warisan TC Automotif (WTCA)  masih belum  mengesahkan bahawa GAC Aion V baharu akan menjadi sebahagian daripada barisan produk mereka.

image.png

Di sebalik itu, pelancarannya dijangka akan berlangsung pada suku ketiga tahun ini. 

Sekiranya WTCA dapat menetapkan harga dengan tepat, Aion V berpotensi menjadi alternatif yang kompetitif kepada model-model seperti BYD Atto 3, Chery Omoda E5, dan Proton e.MAS 7.


Gallery

Tag:

AION V
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas  Gentari Melalui Aps ChargeSini

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026