Link Copiedcheck_circle
EV

MAS 2025: Jetour eVT5 EV Didedah, SUV B-Segmen, Jarak Gerak Hingga 356km

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Antara yang membuat kemunculan dalam senyap selain  VT9 dan  T2 di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) ialah  Jetour eVT5. 

Model eVT5 ini dikatakan model elektrik  pertama Jetour Malaysia. Ia pernah diuji di Malaysia.

image.pngimage.png

Namun model yang dipamerkan di MAS 2025 adalah dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD). 

Bagi yang tidak tahu, eVT5 tergolong dalam segmen B-SUV elektrik di mana ia bakal menghadapi persaingan sengit sekiranya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan nanti.

image.pngimage.png

Jika anda perhatikan dengan lebih teliti, eVT5 sebenarnya adalah versi berjenama Jetour bagi Kaiyi X3 Pro EV, yang pada asalnya merupakan versi ubah suai daripada Chery Tiggo 4 Pro pra-facelift.

Oleh itu, eVT5 mempunyai dimensi yang sama seperti kembar Kaiyi iaitu berukuran 4,443 mm panjang, 1,831 mm lebar, 1,646 mm tinggi, dengan jarak roda sepanjang 2,632 mm.

image.png

Menjengah bahagian  kabin eVT5 kelihatan agak ketinggalan zaman jika dibandingkan dengan model Chery terkini, tetapi  tidaklah begitu teruk.

Model ini hadir dengan  skrin infotainmen tengah bersaiz 10.25 inci, kluster meter digital, tempat duduk berbalut kulit, pengecas tanpa wayar, bumbung panoramik, dan  terdapat kawalan fizikal untuk sistem pendingin hawa.

image.pngimage.png

Mengenai trenkuasa, eVT5 menggunakan rangkaian kuasa dan spesifikasi bateri yang sama seperti X3 Pro EV, iaitu motor elektrik tunggal yang dipasang di hadapan (pacuan roda hadapan) dan mampu memghasilkan kuasa setakat 161 HP dan 280 NM. 

image.pngimage.png

Pek bateri berkapasiti LFP 53.6-kWh yang dibekalkan oleh CATL, dengan memberikan jarak NEDC sederhana sejauh 356 km.

Kadar pengecasan juga agak sederhana, dengan masa sekitar 30 minit untuk mengecas dari 30% ke 80%. Seperti Chery Omoda E5, port pengecas AC dan DC terletak di bahagian hadapan kenderaan.

image.png

Setakat ini, Jetour Malaysia masih belum mengumumkan sebarang pelan untuk membawa masuk eVT5 ke pasaran kita. 

Namun, pengeluar ini menunjukkan minat untuk memperkenalkan beberapa model lain ke Malaysia, dan kedua-dua model T2 serta eVT5 yang didedahkan pada media.

image.png

Sekiranya mereka berjaya memasang SUV EV ini secara tempatan (CKD) bersama model Dashing dan VT9, adakah model ini bakal menjadi EV  yang ditawarkan pada harga bawah RM100,000 di negara kita?


Gallery

Tag:

Jetour Malaysia
Jetour EVT5
CKD
Jetour VT9
Jetour Dashing
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026
Kereta Baru

Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng

Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.

30-04-2026
Kereta Baru

Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,

01-04-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026
Gaya Hidup
Berita Auto

Jetour Nak Bina 'Pusat Content' Di Malaysia? Ini Strategi Agresif Untuk Pasaran Malaysia 2026

Jenama SUV yang semakin meningkat naik, Jetour Malaysia, menutup tirai tahun lalu dengan pencapaian membanggakan apabila berjaya menyerahkan sebanyak 2,741 kenderaan.

09-02-2026

Berita Terkini

EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026