Link Copiedcheck_circle
EV

Pameran Pertama Denza Malaysia Gegar TRX, Ini Yang Menarik

Sofea Najmi

Kongsi melalui

IMG-20250502-WA0139.jpg


Denza Malaysia membuat kemunculan umum pertamanya di khalayak ramai setelah memasuki pasaran negara secara rasmi pada Februari lalu. Bertempat di The Exchange TRX, Kuala Lumpur, acara ini memberi peluang kepada orang ramai untuk lebih dekat mengenali barisan kenderaan elektrik (EV) terkini daripada Denza dan BYD.


Model EV Dipamerkan


IMG-20250502-WA0134.jpgIMG-20250502-WA0132.jpg


Pameran ini mempamerkan beberapa model menarik dari kedua-dua jenama, Denza dan BYD, dengan kehadiran pakar produk yang bersedia untuk menerangkan teknologi serta inovasi di sebalik setiap kenderaan.


Pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat reka bentuk moden, ciri teknologi terkini, serta fungsi-fungsi pintar yang ditawarkan.


Denza D9 Jadi Tumpuan Utama


Tumpuan utama acara ini semestinya model Denza D9, sebuah MPV elektrik mewah yang telah berjaya mencatatkan jualan sejumlah 800 unit di pasaran Malaysia, satu angka yang membuktikan sambutan hangat terhadap jenama ini.


Peluang Pandu Uji


Acara ini juga memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri prestasi dan keselesaan kenderaan Denza dan BYD menerusi sesi pandu uji. Ini termasuk teknologi terkini dalam aspek keselamatan, pemanduan pintar dan pengalaman dalam kabin yang serba mewah.


Penaja Rasmi Konsert Jacky Cheung 60+ Concert Tour


IMG-20250502-WA0128.jpgIMG-20250502-WA0130.jpg


Denza turut diumumkan sebagai penaja automotif utama dan eksklusif bagi konsert Jacky Cheung 60+ Concert Tour yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Ogos di Axiata Arena, Bukit Jalil.


Penyanyi lagenda Hong Kong yang digelar “Heavenly King of Cantopop” itu bakal kembali ke pentas Malaysia selepas kejayaan enam malam sold-out pada tahun 2023. Kerjasama ini menyerlahkan nilai gaya hidup, kemewahan dan inovasi yang dikongsi oleh Denza dan ikon muzik tersohor ini.


Sepanjang konsert berlangsung, peminat mungkin berpeluang melihat Jacky Cheung menaiki Denza D9, yang melambangkan gabungan elegan gaya hidup premium dan mobiliti elektrik moden, seiring dengan imej bintang tersohor tersebut.

Baca: Denza D9 Dilancar: Ada 2 Varian: Harga Serendah RM259K

Tag:

Denza
Denza Malaysia
Denza D9
MPV Elektrik
BYD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

08-06-2025
Pandu Uji

27-05-2025
EV

13-02-2025
EV

18-11-2024
EV

04-11-2024
Berita Auto

07-09-2024
EV

17-04-2024

Berita Terkini

EV

Sudah Diuji: iCaur V23 iWD Tunjuk Taring Dalam Cabaran Off-Road

Pihak Carz.com berpeluang memandu uji, SUV elektrik, iCaur V23 di litar ujian off-road Kev Advenduro yang terletak di Gamuda Gardens, Rawang.

10-11-2025
EV

ChargeSini & Meta Bright Lancar Pengecas EV Di Sunway Pyramid – 6 Pengecas AC

Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, telah merasmikan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Sunway Pyramid, lokasi pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama strategik bersama Meta Bright Group.

05-11-2025
EV

Zeekr X, MG MGS5 EV Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Buktikan EV Terbaru Semakin Selamat

Zeekr X dan MG MGS5 EV berjaya meraih penarafan penuh sebanyak 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) di bawah protokol penilaian 2021–2025.

05-11-2025
EV

Jaecoo J5 Dilancar Di Indonesia, Selepas Ini Mungkin Malaysia?

Jaecoo J5 elektrik dilancarkan di Indonesia, baru-baru ini.

04-11-2025
EV

Xpeng Lepasi Sasaran Jualan - 355,209 Unit Terjual Setakat OKT 2025

Xpeng telah melepasi sasaran jualan iaitu sebanyak 355,209 unit terjual setakat Oktober lalu.

04-11-2025
EV

Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit

ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.

04-11-2025
EV

Malaysia Bakal Jadi Pengeluar Komponen Utama EV – Kilang Super Magnet RM600 Juta Di Kuantan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan satu pelaburan berimpak tinggi bernilai RM600 juta untuk menubuhkan sebuah kilang pengeluaran magnet berkuasa tinggi di Kuantan, Pahang

03-11-2025
EV

MITI Dedah 5,149 Pengecas EV Sudah Dipasang Setakat 30 Sept

Walaupun jumlah keseluruhan pengecas EV awam masih belum mencapai sasaran, jumlah bagi pengecas jenis DC telah melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu 114 peratus.

31-10-2025