Link Copiedcheck_circle
EV

Petronas & Blueshark Jalin Kerjasama – Tukar Bateri E-Motosikal Di Stesen Terpilih

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Picture3.png


Petronas Dagangan Berhad dan Blueshark Ecosystem Sdn. Bhd. kini berganding tenaga secara rasmi melalui penubuhan syarikat usaha sama baharu, Blueshark Malaysia Sdn. Bhd., dalam misi memperluas penggunaan motosikal elektrik dua roda (2W-EV) di negara ini.


Langkah ini dapat membantu merealisasikan agenda negara ke arah pengangkutan hijau seperti digariskan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).


Picture1.jpg


Selepas mendapat sambutan positif pada peringkat awal sejak 2022, kedua-dua syarikat kini bergerak ke fasa yang lebih terancang untuk memperluas capaian di peringkat nasional. Melalui kerjasama ini, Blueshark Malaysia akan menjadi pengedar eksklusif bagi motosikal elektrik Blueshark di pasaran tempatan, termasuk model popular di bawah subjenama SoloEra.


Baca: MAS 2025: Jenama EV Terbaru, SoloEra, Pamer Tiga Motosikal - Bateri Boleh Tukar


Stesen Petronas Jadi Hab Penukaran Bateri


social_CariCarz_TA_MAS2025_Blueshark_SoloEra_-1.jpg


Antara keunikan ekosistem Blueshark ialah ketersediaan stesen pertukaran bateri pantas di stesen Petronas terpilih. Penunggang hanya perlu tukar kepada bateri yang telah dicas penuh tanpa perlu menunggu lama untuk mengecas.


Perkhidmatan ini kini telah pun disediakan di beberapa kawasan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor, dengan lebih banyak lokasi bakal menyusul.


Baca: [PANDU UJI] Blueshark R1: Canggih, Comel, Moden


Rangkaian Sokongan yang Kukuh


Bagi memastikan kesinambungan dan perkembangan ekosistem ini, Blueshark Malaysia berkolaborasi dengan dua entiti penting iaitu Sharkgulf Technologies Group Limited (STGL) dan EP Blueshark Sdn. Bhd.


social_CariCarz_TA_MAS2025_Blueshark_SoloEra_-5-(1).jpgBlueshark-KleantheWorld-eScooter-1.jpg


STGL dari China, merupakan pembangun asal motosikal elektrik Blueshark. Syarikat ini membekalkan sistem bateri pintar, trenkuasa canggih dan perisian pintar yang memacu prestasi dan ciri keselamatan kenderaan.


Sementara itu, EP Blueshark Sdn. Bhd., anak syarikat kepada EP Manufacturing Berhad (EPMB), pula bertanggungjawab mengeluarkan motosikal ini secara tempatan di Malaysia. EPMB terkenal dengan pengalaman yang luas dalam sektor automotif dan pemasangan kenderaan.


Gabungan kepakaran dari ketiga-tiga pihak ini akan membentuk ekosistem lengkap merangkumi pembuatan, jualan, perkhidmatan selepas jualan dan penyelesaian tenaga untuk segmen motosikal elektrik dua roda di Malaysia.

Baca: Jangan Risau Kalau Beli Skuter Blueshark, Rangkaian Tukar Bateri Ditambah


Tag:

Blueshark
Blueshark Malaysia
SoloEra
Petronas Dagangan Berhad (PDB)
Motosikal Elektrik
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

16-05-2024
EV

13-05-2024
EV

05-04-2024
EV

15-03-2024
EV

21-03-2023
EV

23-12-2022
EV

12-10-2022

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026