Link Copiedcheck_circle
EV

PRO-NET Raikan Hari Ibu Dengan Anjur Program "THE REAL e.MAS DRIVE"!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

PRO-NET meraikan program “The Real e.MAS Drive” sempena Hari Ibu bagi membuktikan bahawa kenderaan elektrik ini uga sebenarnya sesuai kepada golongan wanita.

Ketua Pegawai Jenama PRO-NET, Salawati Mohd Yusoff berkata, pihaknya bukan  sekadar mahu mempamerkan kereta, tetapi mahu membuktikan ia sebenarnya memberikan keyakinan kepada wanita dengan sebuah kenderaan mengikut kesesuaian dengan gaya hidup mereka yang sibuk dan penuh cabaran.

“Dengan ciri keselamatan yang hebat, pengecasan cepat, dan reka bentuk yang mesra keluarga, e.MAS 7 adalah pilihan tepat untuk wanita moden sama ada sedang bekerja atau luangkan masa berkualiti bersama keluarga," katanya.

image.pngimage.png

Terdahulu, para media dan pempengaruh berkumpul di PROTON Center of Excellence (COE), Shah Alam, untuk sesi taklimat produk yang menerangkan kelebihan utama dan kemampuan e.MAS 7, diikuti dengan taklimat keselamatan. 

Konvoi kemudian dimulakan untuk pemanduan santai menuju destinasi ke Tiarasa Escapes di Janda Baik, Pahang. 

Sepanjang perjalanan, para media dan pempengaruh dapat menikmati ruang dalaman e.MAS 7 yang luas dan selesa, selain berpeluang menerokai  teknologi moden dan ciri keselamatan yang canggih pada kenderaan ini.

Untuk makluman anda, e.MAS  dibina dengan memahami keperluan sebenar dalam kehidupan seharian, e.MAS 7 hadir dengan reka bentuk mesra keluarga dan kemudahan pengecasan pantas yang sangat praktikal. 

image.png

Ia sesuai untuk wanita profesional, ibu-ibu, dan wanita yang berdikari. Ruang dalamannya sangat luas,

antara yang paling luas dalam kelasnya, tidak lupa juga jarak roda sepanjang 2,750mm dan lantai yang rata ini memberikan ruang kaki, ruang kepala, dan ruang muatan yang lebih selesa dan fleksibel.

Selain itu, dengan 33 ruang penyimpanan, e.MAS 7 menawarkan cara penyimpanan yang paling teratur dalam segment kenderaan elektrik.

Untuk maklumat lanjut tentang Proton e.MAS 7 Prime, sila layari laman web Proton e.MAS serta saluran media sosial rasmi kami: Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial), dan Instagram (@protonemasofficial).

Gallery

Tag:

Proton New Energy Technology (PRO-NET)
Proton e.MAS EV SUV
e.MAS7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.

24-12-2025
Berita Auto

Proton e.MAS 7 PHEV Cecah 1,420 KM Bakal Tiba? – Jadi Tumpuan Di Proton Tech Showcase 2025

Proton sahkan rancangan untuk memperkenalkan e.MAS 7 PHEV. Dikhabarkan menggunakan platform GEA dengan kuasa 330 PS dan jarak perjalanan mencecah 1,420 km.

03-12-2025
Berita Auto

PROTON Business Case Challenge 2025, Cungkil Bakat Mahasiswa Dalam Industri Automotif

PRO-NET, anak syarikat PROTON, menganjurkan pertandingan Proton Business Case Challenge 2025 untuk mencungkil bakat mahasiswa dalam industri automotif terutamanya kenderan elektrik.

19-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025
Berita Auto

EV Paling Mampu Milik Di Malaysia, Proton e.MAS 5 Bakal Dilancar 30 Okt Ini!

Proton e.MAS 5 akan dilancarkan secara rasminya pada 30 Oktober ini.

21-10-2025
EV

EV Mampu Milik, Tempahan Proton e.MAS 5 Meningkat Kepada 3,000 Unit

tempahan untuk Proton e.MAS 5 kini sudah mencecah sehingga 3,000 unit setakat semalam.

15-10-2025
Berita Auto

Kementerian Pengangkutan Terima Proton e.MAS 7, smart #1, smart #3.

PRO-NET menyerahkan beberapa kenderaan elektrik (EV) kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), semalam.

27-08-2025
EV

Pasangan Suami Isteri Menang Proton e.MAS 5 – Slogan Menarik, Tarik Perhatian Juri

Walaupun Proton e.MAS 5 masih belum dilancarkan secara rasmi, Shahrul Aizat Bin Ishak, muncul sebagai pemilik pertama model elektrik kompak ini.

27-08-2025

Berita Terkini

EV

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026
EV
EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026