Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Roslan Abdullah Letak Jawatan Timbalan CEO Proton, Ainol Azmil Pemangku

Sofea Najmi

Kongsi melalui

En-Roslan-Abdullah,-CEO-of-Proton-EDAR.jpg

Roslan Abdullah telah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Timbalan CEO) Proton. Beliau telah dilantik untuk menggalas jawatan tersebut pada Januari 2022.


Dalam satu pengumuman mengejutkan malam tadi, Proton Holdings Bhd mengesahkan bahawa Roslan Abdullah telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) selepas lima tahun memainkan peranan penting dalam pengurusan syarikat pengeluar kereta nasional itu.


Tiada Penjelasan Rasmi Diberikan


Proton tidak menyatakan sebab rasmi di sebalik pengunduran Roslan, namun pengumuman itu dibuat menerusi siaran media sekitar jam 8 malam.


Ainol Azmil Galas Peranan Sebagai Pemangku Timbalan CEO


PROTON-appoints-Ainol-Azmil-as-covering-deputy-CEO.jpg


Susulan peletakan jawatan Roslan, Proton telah menamakan Ainol Azmil sebagai pengganti sementara berkuat kuasa mulai 10 Jun. 


Ainol Azmil telah dinamakan sebagai pengganti sementara untuk memikul tanggungjawab Timbalan CEO mulai 10 Jun 2025.


Dalam masa yang sama, Ainol akan terus memegang portfolio penting merangkumi Strategi Korporat serta Perolehan Teknikal Kumpulan dan akan membantu CEO Dr Li Chunrong dalam mengemudi arah strategik Proton.


“Proton mengalu-alukan pelantikan Ainol Azmil dalam peranan sementara ini dan yakin dengan kemampuannya. Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Roslan Abdullah atas sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya,” ujar Dr Li dalam kenyataan rasmi.


Jejak Kerjaya Roslan: Dari Honda ke Proton



Roslan baru-baru ini tampil sebagai tetamu dalam salah satu episod podcast industri automotif, "Tekan Habis," bersama penulis Carz.com.my, Thoriq.


Roslan, anak jati Besut, Terengganu berusia 56 tahun, merupakan lulusan bidang kewangan dan perakaunan dari University of Brighton, UK. Beliau telah berkecimpung dalam industri automotif selama lebih tiga dekad.


Roslan-Abdullah,-Chief-Executive-Officer,-Proton-Edar-and-Mr-Xavier-Xia_,-Continental-Malaysia-Representative.jpeg


Salah satu usaha terbaru yang diselia Roslan (kiri) semasa menjawat jawatan Timbalan CEO ialah kerjasama antara Proton dan pengeluar tayar terkemuka, Continental, yang boleh anda baca dengan klik di sini.


Antara pencapaian besarnya termasuk memegang jawatan penting di Modenas dan Isuzu Hicom Malaysia, sebelum dikenali sebagai Presiden dan COO Honda Malaysia dari Disember 2012 hingga Jun 2019.


Beliau merupakan figura penting di sebalik kejayaan Honda Malaysia sebagai jenama bukan nasional paling laris ketika itu.


Peranan Strategik di Proton dan PRO-NET


web_SN_2025-Proton-X70-launch-Sabah_-8.jpg


Roslan (kanan) bersama Proton CEO Dr Li Chunrong (kiri) di majlis pelancaran Proton X70 Facelift 2025 di Sabah, tahun lalu.

Roslan menyertai DRB-Hicom Bhd pada Jun 2019 sebagai Pengurus Besar, sebelum dilantik menjadi CEO anak syarikat jualan Proton Edar Sdn Bhd (PESB) dan Naib Presiden Jualan & Pemasaran Proton pada tahun 2020.


Beliau dilantik sebagai Timbalan CEO pada Januari 2022 dan melaporkan secara terus kepada Dr Li.


Sepanjang tempoh tersebut, Roslan memainkan peranan penting dalam membantu Proton berdepan dengan cabaran sewaktu pandemik COVID-19. Beliau turut terlibat dalam pelancaran beberapa model strategik seperti X50, X90, S70 dan X70 versi facelift. 


web_MBA_Launch_2024-Proton-X50-RC_-12.jpg


Kami yakin ini bukan kali terakhir kita akan melihat Roslan. Peranan dan jawatan baharu tokoh veteran industri automotif ini dijangka akan diumumkan dalam  masa beberapa minggu akan datang.


Selain itu, beliau juga mengetuai penubuhan Proton New Energy Technology (PRO-NET) yang kini mengedar kenderaan elektrik (EV) jenama smart dan Proton e.MAS, termasuk e.MAS 7 yang mencatat jualan yang sangat memberangsangkan.


Roslan turut menerajui usaha dalaman Proton dalam meningkatkan kualiti pengeluaran di kilang Proton di Tanjong Malim, di samping menjadi antara perintis awal kepada pelaksanaan pelan pembangunan mega Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV). 


Proton-Lemon-Law-(2).jpg


Dengan pencapaian ini, kami di Carz.com.my yakin ini bukan pengakhiran buat Roslan Abdullah. Kami akan kongsikan lebih lanjut apabila peranan dan jawatan baharu beliau diumumkan secara rasmi.

Tag:

Proton Holdings Bhd
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
Roslan Abdullah
Ainol Azmil
CEO Proton
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

26-06-2025
Berita Auto

09-04-2025
Berita Auto

12-02-2025
EV

28-01-2025
Berita Auto

03-10-2024
Berita Auto

02-08-2024
Berita Auto

14-05-2024
Berita Auto

04-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026