Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

SAH: GWM Tank 500 HEV Bakal Dilancar Di MAS 2025, Pada 8 Mei Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

GWM Malaysia mengesahkan GWM TANK 500 HEV akan dilancarkan secara rasminya di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang berlangsung di MAEPS, Serdang, Selangor  pada 8 Mei ini.

Pengarah Urusan GWM Malaysia.Cui Anqi berkata, “Pelancaran GWM TANK 500 HEV menandakan satu pencapaian penting bagi GWM di Malaysia.

image.png

“Pengunjung MAS 2025 bakal menyaksikan keunggulan GWM dalam teknologi hibrid terkini, rekaan premium dan kebolehan semua rupa bumi. Kami berbangga untuk memperkenalkan standard pemanduan baharu kepada pelanggan Malaysia menerusi SUV hibrid mewah ini," katanya. 

Untuk makluman, SUV off road mewah dengan 7 tempat duduk ini menggabungkan rekaan moden dengan keupayaan off-road yang canggih.

Dari segi dimensi, ia berukuran panjang 5,078mm, lebar 1,934mm, tinggi 1,905mm, serta jarak roda 2,850mm.

Model ini yang  dibawa masuk secara import sepenuhnya dari China (CBU)  akan ditawarkan ddengan enjin hibrid empat-silinder 2.0 liter turbo bersama transmisi automatik hibrid 9-kelajuan.

image.png

Untuk itu, ia membolehkan  GWM TANK 500 HEV menjana kuasa gabungan sebanyak 255 kW (346PS) dan tork 648 Nm.

Spesifikasi penuh masih belum dikongsikan lagi oleh GWM Malaysia, namun apa yang didedahkan setakat ini adalah model ini akan menerima 11 mod pemanduan, fungsi tank turn, Cruise Control Off-Road untuk mengharungi pelbagai jenis permukaan dengan mudah.

image.pngimage.png

Sementara itu, bahagian dalaman pula, tempat duduknya dibaluti dengan  kulit Nappa, sistem audio infinity 12 pembesar suara, pemijak sisi elektrik serta tempat duduk hadapan dengan fungsi urut dan pengudaraan turut disediakan. Dari segi keselamatan, struktur badan yang kukuh dan kereta ini dilengkapi dengan 6-beg udara.

image.png

Ini kerana  tempat duduknya dibaluti dengan  kulit NAPPA, ada sistem audio Infinity, pemijak sisi elektrik, serta tempat duduk hadapan dengan fungsi urut dan pengudaraan.

Apa yang lebih penting ialah ia hadir dengan skrin infotainmen bersaiz 14.6 inci, ada sokongan Android Auto, Apple CarPlay dan kluster instrumen digital 12.3 inci. 

Antara ciri-ciri menarik lain yang disediakan termasuk pad pengecasan tanpa wayar, tempat duduk baris ketiga yang boleh dilipat secara kuasa, kawalan suhu tiga zon, bumbung  panoramik, dan banyak lagi.

Pada bulan lepas, pihak GWM Malaysia telah  membuka tempahan awal untuk GWM TANK 500 HEV, dengan harga anggaran di bawah RM350,000.

image.pngimage.png

Pelanggan ditawarkan tiga pilihan warna eksterior yang menarik: Crystal Gray, Hamilton White, dan Sun Black.

Bagaimanapun, lebih banyak maklumat mengenai GWM Tank 500 HEV akan didedahkan sebaik hari pelancarannya nanti!

Gallery

Tag:

GWM TANK500
2023 GWM Tank 500 HEV
GWM Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

GWM Tank 500 PHEV Bakal Dilancar Di China

Sub jenama SUV off-road GWM, Tank, baru sahaja memperkenalkan versi terkini SUV plug-in hybrid , GWM Tank 500 PHEV.

28-07-2025
Global

GWM Perkenal GWM Tank 500 Diesel Di Thailand, Selepas Ini Mungkin Malaysia Pula Terima Model Ini?

GWM Tank 500 kini hadir dengan varian diesel baharu di Thailand.

23-07-2025
Kereta Baru

Ditayang: GWM Tank 500 HEV, Tempahan Sudah Dibuka, Harga Anggaran RM350K

GWM Malaysia telah membuka tempahan awal untuk GWM TANK 500 HEV, dengan harga anggaran di bawah RM350,000.

15-04-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025
Berita Auto

GWM Cipta Rekod Tersendiri, Catat Jualan 331% Tahun Lepas

reat Wall Motor (GWM) Malaysia meraikan pertumbuhan tahunan sebanyak 331% pada tahun lepas.

10-01-2025
Kereta Baru

KLIMS 2024: GWM Dedah Model Terbaharunya, GWM Tank 500, GWM WEY 80

Great Wall Motor (GWM) mendedahkan dua model baharunya, GWM Tank 500 dan GWM WEY 80 di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.

05-12-2024
Berita Auto

KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri

Intai Dua Model Elektrik Baharu GWM di KLIMS 2026 – Ini Yang Anda Perlu Tahu!

08-06-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026
Kereta Baru

Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800

Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.

23-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026