Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sidang Kemuncak ASEAN: 6 Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Ditutup, Dilencongkan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Enam lebuh raya dan 25 jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang berlangsung minggu ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata penutupan dan lencongan jalan dilakukan secara berjadual mengikut keperluan pergerakan delegasi dan tahap keselamatan.

Langkah itu, katanya, membabitkan kawalan laluan dan pergerakan konvoi delegasi dari hotel penginapan ke lokasi mesyuarat serta tempat lawatan rasmi bermula 23 hingga 28 Mei.

"Tindakan penutupan laluan akan dilaksanakan 30 minit sebelum waktu pergerakan delegasi dan dibuka semula selepas semua kenderaan rasmi tiba ke lokasi ditetapkan.

image.pngimage.png

"Antara lokasi yang yang diguna dalam pergerakan ialah laluan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang ke pusat bandar, penginapan rasmi, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan Istana Negara," katanya.

Selain itu, kawalan trafik juga membabitkan enam lebuh raya utama, iaitu Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Duta–Ulu Klang (DUKE), Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Pantai Baru (NPE), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Antara  25 jalan utama lain yang ditutup di sekitar Lembah Klang ialah Jalan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan P Ramlee, Jalan Kia Peng, Jalan Pinang, Jalan Conlay, Jalan Stonor, Jalan Perak, Jalan Tun Ismail, Jalan Kuching, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Damansara, Jalan Mahameru, Jalan Raja Laut, Jalan Parlimen, Jalan Travers, Jalan Bangsar, Jalan Maarof, Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Sungai Besi dan Jalan Loke Yew.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel bagi mengelakkan kesesakan teruk di kawasan strategik ibu kota," katanya.

Gallery

Tag:

ASEAN
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah

Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.

03-04-2026
Berita Auto

Proton Saga, Proton e.MAS 5 Ditayang Kepada Perdana Menteri Sebelum Pelancaran Rasmi

Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5 yang masih belum dilancarkan secara rasmi ditayangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang.

28-10-2025
Berita Auto

Sidang Kemuncak ASEAN: Jadual Pengangkutan Awam Dipertingkat

MOT mengambil langkah proaktif bagi memastikan kelancaran pergerakan orang ramai dan delegasi antarabangsa pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

22-10-2025
Berita Auto

Deepavali, Sidang Kemuncak ASEAN: Jalan Raya Tidak Boleh Ditutup, Dibaiki

Jalan raya tidak boleh ditutup atau diselenggara sempena Deepavali dan Sidang Kemuncak ASEAN.

17-10-2025
Berita Auto

KL "Lockdown" Sempena Ketibaan Pemimpin Dunia Pada Sidang ASEAN

Perhatian buat warga kota! Ini kerana pusat bandaraya Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya sempena Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

16-10-2025
Berita Auto
EV

Kerajaan Pulun Habis Pasang Stesen Pengecas EV Tahun Depan, Diganda Kepada 4,000 Stesen EV

Pembangunan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) akan diperhebat.

30-10-2024
EV

EV Jadi Kenderaan Rasmi Untuk Pemimpin ASEAN Sebab Murah

Walaupun saiz EV kecil, ia akan digunakan untuk acara kenegaraan disebabkan murah.

29-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026