Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Thailand Puji Pembangunan ECRL, Cadang Sambungan Hingga Ke Sempadan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Muhammad-Kifli-Ma-Hassan.---2025-05-16T094916.185.png

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang kini sedang dibangunkan dijangka mampu memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Thailand jika ia dilanjutkan hingga ke sempadan Sungai Golok, kata Duta Besar Thailand ke Malaysia, Lada Phumas.


Menurut beliau, langkah menyambung ECRL ke rangkaian rel Thailand penting bagi meningkatkan kecekapan logistik dan memacu perdagangan antara kedua-dua negara.


"Kami mempunyai stesen kereta api di Sungai Golok yang kini perlu diterokai cara menghidupkannya semula selain memanfaatkannya supaya ECRL dapat dilanjutkan dan disambungkan ke rangkaian rel di pihak Thailand,” katanya kepada Bernama.


sungaikolok.jpg


"Dari situ, ia boleh disambungkan ke Hatyai iaitu bandar sempadan berjiran dengan Padang Besar di pihak Malaysia yang boleh memudahkan integrasi logistik lebih baik selain meningkatkan keterhubungan rel serantau," tambahnya lagi.


Sambungan ini, katanya, akan memudahkan integrasi logistik rentas sempadan dan memperkukuh jaringan rel serantau.


Ke Arah Jaringan Pan-Asia Railway


0423rsecrl_1713850508.jpg


Lada turut menyentuh projek mega Pan-Asia Railway Network (PARN) yang sedang giat dibangunkan, menghubungkan China, Singapura, Malaysia, Laos dan negara-negara lain di Asia Tenggara.


Malaysia, ujarnya, memainkan peranan penting dalam jaringan ini menerusi pembangunan landasan berkembar dari Johor Bahru ke Padang Besar.


Menurutnya, sambungan seperti ini boleh meningkatkan mobiliti, menggalakkan dagangan serta dapat memberi manfaat yang besar dari segi ekonomi kepada kedua-dua negara.  


Kos Logistik Lebih Rendah


Beliau menegaskan bahawa jaringan rel merentas sempadan ini akan menyediakan alternatif lebih murah, "Keterhubungan rel yang lebih baik akan menyediakan alternatif pengangkutan kargo yang lebih mampu milik dan cekap berbanding pilihan udara dan jalan raya."


Kerjasama Industri Halal 


Selain sektor logistik, Lada melihat potensi besar dalam kerjasama industri halal antara Thailand dan Malaysia.


"Thailand boleh membekalkan bahan-bahan dan bahan mentah yang mungkin kurang di Malaysia manakala Malaysia boleh memanfaatkan kepakarannya dalam pensijilan halal bagi mengukuhkan dan memperluas rantaian bekalan halal,” katanya.


Beliau percaya kerjasama itu mampu membuka peluang besar, khususnya dalam pasaran negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) serta China, yang menawarkan pasaran berpotensi besar untuk produk halal.

Sumber: Bernama

Tag:

ECRL
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
Sungai Golok
Thailand
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Laluan Kereta Api Pasir Mas-Rantau Panjang Bernilai RM264 Juta Akan Dinaik Taraf, Tahun Depan

Projek naik taraf laluan kereta api Pasir Mas-Rantau Panjang bernilai RM264 Juta akan dilaksanakan selewat-lewatnya tahun depan.

30-10-2025
Berita Auto

Projek ECRL Siap Hampir 73%, Terengganu Terpantas

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Lembah Klang dan Pantai Timur kini mencatatkan kemajuan memberangsangkan, mencapai 72.93% setakat September 2023.

10-10-2024
Berita Auto

Projek ECRL Terengganu Capai Kemajuan Terpantas, Siap 86%

Tahap kemajuan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu kini mencapai 86%.

05-09-2024
Berita Auto

ECRL Kelantan Siap Hampir 80 Peratus, Mula Operasi 2027

Pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan capai kemajuan 79.81% setakat Mei lepas.

24-06-2024
Berita Auto

Sudah 64.01 Peratus Siap, Pemasangan Sistem Projek ECRL Mula Mei Ini

Projek pemasangan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi untuk operasi kereta api penumpang dan kargo di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal dimulakan Mei ini.

24-04-2024
Berita Auto

ECRL Bakal Mula Operasi 2027 Ini, Kota Bharu-KL Hanya 4 Jam!

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan selesai mengikut jadual pada Disember 2026.

04-04-2024
Berita Auto

Terowong Kuantan ECRL Dijangka Siap April Ini

Projek Terowong Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Kuantan yang dimulakan pada bulan Oktober tahun lalu dijangka akan siap pada hujung bulan April ini.

08-03-2023
Gaya Hidup

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026