Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Corolla Cross Facelift 2025 Diperkenalkan Di Eropah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2025-corollacrosshighgradehigh-003.jpg


 Toyota Corolla Cross versi facelift untuk pasaran Eropah


Toyota Eropah secara rasminya menerima Corolla Cross versi facelift 2025 hampir setahun selepas pelancarannya di rantau ASEAN, termasuk Malaysia. Walaupun sedikit lewat, versi untuk pasaran Eropah ini hadir dengan beberapa sentuhan eksklusif yang membezakannya daripada model yang dipasarkan di rantau kita. 


Rekaan Lebih 'Futuristik' 


2025-corollacrosshighgradehigh-001.jpg2025-corollacrosshighgradehigh-004.jpg2025-corollacrosshighgradehigh-006.jpg


Beberapa ciri pada model Eropah tampil berbeza dengan pasaran ASEAN. Sudut yang diberikan sentuhan baharu ialah lampu hadapan, lampu belakang, kemasan belakang dan sebagainya. 


Walaupun masih mengekalkan gril berbentuk sarang lebah dengan warna yang sepadan dengan badannya seperti versi ASEAN, versi Eropah tampil berbeza dengan penambahan jalur LED bercahaya yang menghubungkan lampu depan, menyerlahkan gaya yang lebih moden.


Di bahagian belakang, lampu direka semula dengan grafik berbentuk C. Tulisan “Corolla Cross” kini disematkan terus pada kemasan nombor plat, menambah elemen premium. Untuk varian 'High Grade', rim aloi 18 inci dalam rekabentuk  jejari berbelah enam.


GR Sport Eropah: Lebih Rendah, Lebih Garang, Lebih Eksklusif


2025-corollacrossgrsport-001.jpg2025-corollacrossgrsport-002.jpg2025-corollacrossgrsport-006.jpg


GR Sport


Menariknya, buat kali pertama Corolla Cross di Eropah menerima varian GR Sport, dan rekaan ini berbeza daripada versi ASEAN. Ia lebih menyerupai GR Corolla, dengan jarak kelegaan tanah 10 mm lebih rendah, rim 19 inci jejari Y, serta logo hitam berkilat.


Tambahan menarik termasuk pilihan warna eksklusif baharu iaitu Storm Grey, khas untuk GR Sport.


Baca: [PANDU UJI] Toyota Corolla Cross GR Sport 2023: SUV 'Stylo' Yang Seronok Dipandu


Kabin Lebih Canggih, Konsol Tengah Diperluas


2025-corollacrosshighgrade-det-004.jpg2025-corollacrossgrsport-det-005.jpg


Varian GR Sport  (kanan) tampil lebih sporty dengan jahitan benang merah yang kontra di dalam kabin. 


Toyota melakukan peningkatan ketara dalam kabin, antaranya konsol tengah baharu lebih lebar, pad pengecas tanpa wayar, port pengecas USB-C, kotak gelongsor kecil untuk simpanan barang serta pemegang cawan dalam rekaan baharu.


2025-corollacrosshighgrade-det-005.jpg2025-corollacrosshighgrade-det-006.jpg


Sistem infotainmen turut dipertingkat, dengan skrin sentuh yang memiliki kelajuan operasi 1.5 kali ganda lebih baik,  serta sokongan Apple CarPlay serta Android Auto secara terus.


2025-corollacrossgrsport-det-009.jpg2025-corollacrossgrsport-det-010.jpg


Kabin GR Sport


Bagi varian GR Sport, kabinnya tampil lebih garang dan sporty dengan jahitan benang merah, logo GR pada tempat duduk serta pedal penukar gear GR.


Dua Enjin Hibrid, Kuasa Cecah 194 HP


2025-corollacrosshighgrade-det-002.jpg2025-corollacrossgrsport-det-001.jpg


Eksklusif untuk pasaran Eropah ialah reka bentuk rim yang digunakan. GR Sport tampil menyerlah dengan rim berukuran 19 inci jejari Y. 


Untuk Eropah, Corolla Cross ditawarkan dengan dua pilihan enjin hibrid petrol iaitu 1.8 liter dengan kuasa 138 hp (140 ps) dan enjin 2.0 liter dengan kuasa mencecah 194 hp (197 ps).


Varian 2.0L turut hadir dengan sistem pacuan semua roda pintar (i-AWD) hasil gabungan motor elektrik belakang berkuasa 41 hp (42 ps). Satu ciri menarik bagi varian i-AWD ini ialah mod Snow Extra yang meningkatkan kestabilan di permukaan licin. 


2025-corollacrosshighgradehigh-007.jpg2025-corollacrossgrsport-007.jpg


Varian standard (kiri) hanya didatangkan dengan mod Snow Extra, manakala GR Sport (kanan) diberikan tambahan mod Sport.


Untuk varian GR Sport, ia dilengkapi dengan mod Sport khas yang apabila diaktifkan enjin akan ‘hidup’ pada tahap lebih tinggi walaupun kereta tidak bergerak, menjadikan jentera responsif apabila pedal minyak ditekan. 


Jengah ke ruangan foto di bawah untuk melihat dengan lebih terperinci setiap sudut model ini…

Baca: Toyota Corolla Cross Facelift Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, CKD, Dari RM133,800

Gallery

Tag:

Toyota Corolla Cross
Toyota Corolla Cross Facelift
Toyota Corolla Cross 2025
GR Sport
Toyota Corolla Cross Eropah
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan

UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.

07-08-2025
Berita Auto

Jualan UMWT Cecah 8,500 Unit Bulan Lepas

Hasil jualan yang positif ini juga menjadikan jumlah volum Tahun-ke-Tarikh (YTD) kini berada di sekitar 89,500 unit.

13-12-2024
Kereta Baru

Toyota Corolla Cross Facelift Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, CKD, Dari RM133,800

UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini telah melancarkan SUV crossover Toyota Corolla Cross versi facelift untuk pasaran tempatan. Model yang diberikan nafas baharu ini ditawarkan di pasaran bermula dari harga RM133,800.

04-12-2024
Berita Auto

Teaser Toyota Corolla Cross Facelift Didedahkan – Lancar Disember Ini, Anggaran Dari RM140K

UMW Toyota Motor (UMWT) bakal memperkenalkan SUV crossover Toyota Corolla Cross versi facelift di pasaran tempatan, seperti yang didedahkan melalui teaser di laman web rasminya.

18-11-2024
Pandu Uji

[PANDU UJI] Toyota Corolla Cross GR Sport 2023: SUV 'Stylo' Yang Seronok Dipandu

Ulasan jujur CariCarz mengenai Toyota Corolla Cross GR Sport 2023.

03-07-2023
EV

Sah! Kereta HEV Toyota Kedua Akan Dilancarkan Di Malaysia – UMW Toyota

Presiden UMW Toyota Motor (UMWT), Ravindran K. mengesahkan bahawa syarikat akan memperkenalkan model hibrid (HEV) kedua.

06-01-2023
Berita Auto

Fuhh Permulaan Baik, Toyota Jual 7,528 Kereta Pada Bulan Lalu

UMW Toyota Motor kini merupakan jenama bukan nasional nombor satu di Malaysia

15-02-2022
Kereta Baru

Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Harga RM136,550

UMW Toyota Motor (UMWT) telah melancarkan Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 dengan harga RM136,550.

14-01-2022

Berita Terkini

Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026