Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Baru 4 Jam Hujan, Shah Alam Dah Banjir

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Shah Alam banjir lagi!

Gara-gara hujan lebat sejak pukul 4 pagi tadi, beberapa Kawasan di Shah Alam terutama di Seksyen 32, Bukit Kemuning, Shah Alam, dinaiki air hingga paras lutut dalam tempoh kurang setengah jam.

image.png

Kejadian itu tular di media sosial apabila penduduk memuat naik video dan siaran langsung yang memaparkan rumah dan kenderaan dinaiki air. 

Kejadian banjir di Shah Alam juga menyebabkan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk sejak 6.30 pagi tadi.

Screenshot-2025-06-20-095449.png

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut kerana limpahan air berlaku terlalu pantas tanpa sebarang amaran awal.

Seorang pengguna TikTok, Muhammad Razi berkata, banyak motosikal masuk air.

image.png

"Banyak jalan tenggelam, ramai yang tersangkut di Tol Kota Kemuning, semoga dipermudahkan segala urusan geng," katanya.

Seorang lagi pengguna TikTok, Norli pula menyifatkan air naik tinggi di Shah Alam.

Sementara itu, ramai juga yang tidak berpuas hati dengan kejadian banjir di Shah Alam setiap kalinya berlaku hujan lebat.

"Baru sekejap hujan, dah naik air," komen Aida.

image.png

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia turut mengesahkan bahawa terdapat air bertakung di Lorong Plaza Tol Kemuning.

"Lorong W01, W02, W03 ditutup sementara. Trafik perlahan. Rancang perjalanan anda," tulisnya di halaman Facebook.


Gallery

Tag:

Shah Alam
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

08-07-2025
Berita Auto

08-12-2023
Berita Auto

17-08-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026