Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

S60, S90 Habis Dijual, ES90 Pula Bakal Menyusul Tetapi EM90 Tak Masuk Malaysia, Harap Maklum!

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Volvo Car Malaysia (VCM) mengesahkan bahawa model sedan S60 dan S90 sudah habis dijual setakat ini manakala selepas ini ES90 bakal menyusul di pasaran tempatan tidak lama lagi.

Bagi yang tidak tahu,  kedua-dua model yang dipasarkan ini adalah  dalam bentuk plug-in hybrid (PHEV) versi pemasangan tempatan  CKD dan ia dikemas kini  buat kali terakhir pada tahun   2023.

image.png

Dengan penamatan global model S60 generasi ketiga,sumber dalaman mengesahkan  S90 tahun  yang telah menerima perubahan tidak akan dibawa masuk ke Malaysia untuk menggantikan model S90 facelift.

Sebaliknya, VCM sedang merancang untuk memperkenalkan model serba elektrik ES90 baharu dan meletakkannya sebagai satu-satunya model sedan dalam barisan produknya.Setelah digasak dengan soalan bila ia akan dibawa masuk, sumber tersebut  memberi bayangan bahawa ES90 ini dijangka tiba di pasaran tempatan sekitar awal 2026.


EM90 Hanya Untuk China, Tiada Perancangan Eksport & Versi RHD

Berkaitan model MPV EV mewah EM90 yang mendapat pujian, sumber dalaman mengesahkan bahawa model ini TIDAK akan dipasarkan di Malaysia. Malah, Carz.com.my difahamkan bahawa EM90 hanya akan ditawarkan di China sahaja.

Pendek kata,  syarikat induk Geely tidak berniat untuk mengeksport ‘kembar’ Zeekr 009 ini ke luar pasaran China. Ini juga bermakna versi pemanduan sebelah kanan (RHD) TIDAK dirancang, walaupun kembar Zeekr tersebut ada versi sedemikian.

Melihat kepada betapa cepatnya segmen ini menjadi tepu di Malaysia kebelakangan ini, mungkin ini juga keputusan yang wajar. Selain Zeekr 009, alternatif lain dalam segmen ini yang ditawarkan di pasaran tempatan termasuk Denza D9 dan Xpeng X9, dengan lebih banyak lagi dijangka tiba.

Menariknya, dengan kemunculan MPV EV mewah berharga mampu milik seperti EM90 ini di pasaran, VCM percaya mereka mempunyai alternatif tersendiri – dan bukan seperti yang anda jangka…

VCM Yakin EX90 Tempat Duduk Untuk Mampu Saing MPV EV

Malah, sumber kami mengesahkan bahawa VCM berhasrat untuk menyaingi  MPV EV mewah buatan China  dengan model SUV EV utama mereka, EX90. Untuk itu, syarikat ini sedang meneroka kemungkinan untuk membawa masuk varian EX90 6-tempat duduk yang lebih premium ke pasaran tempatan.

image.png

Dalam konfigurasi  6-tempat duduk ini, EX90 pastinya alternatif yang praktikal kerana menawarkan susunan tempat duduk yang sama seperti kebanyakan MPV EV mewah ini. Namun, pengguna perlu berkompromi tanpa pintu gelangsar serta kabin yang mungkin sedikit lebih kecil dan ruang kepala yang terhad.

image.pngimage.png

Buat masa ini, perancangan ini masih belum dimuktamadkan, namun perbincangan dalaman sedang dibuat.

Untuk makluman, SUV EV utama EX90 baharu ini kini hanya ditawarkan dalam konfigurasi 7-tempat duduk dengan harga bermula RM442,888.

Kehadiran Model ICE (MHEV & PHEV) dan EV, Semuanya Seimbang

Sumber kami  turutmenegaskan bahawa VCM akan terus mengekalkan "portfolio produk yang seimbang".

Ini bermakna, pihak  syarikat ini  akan terus menawarkan gabungan model ICE  termasuk hibrid ringan (MHEV) dan plug-in (PHEV) termasuk EV.

Walaupun model sedan S60 dan S90  serta kembar wagon V60 untuk S60 telah dihentikan, namun barisan produk semasa VCM sudah pun mempunyai model ICE (MHEV & PHEV) dan EV pada kadar yang seimbang.


Gallery

Tag:

Volvo Car Malaysia (VCM)
2024 Volvo S60 Recharge
Volvo ES90
Volvo S90
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Volvo ES90 2026 Rasmi Di Malaysia – CKD, Cecah 651 KM, Dari RM339K

Volvo ES90 2026 Rasmi Di Malaysia – CKD, Cecah 651 KM, Dari RM339K

Volvo Car Malaysia (VCM) hari ini secara rasmi melancarkan sedan elektrik (EV) flagship terbaru, Volvo ES90 2026.

22-01-2026
EV
Jangan Cas Lebih 70%! Volvo EX30 Dipanggil Semula Termasuk Malaysia

Jangan Cas Lebih 70%! Volvo EX30 Dipanggil Semula Termasuk Malaysia

Berita penting buat pemilik Volvo EX30 di Malaysia. Jenama automotif dari Sweden tersebut telah mengeluarkan arahan pemanggilan semula model tersebut minggu ini.

13-01-2026
Kereta Baru
Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo Car Malaysia mengumumkan pihaknya sudah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk model terbaharunya, Volvo ES90.

02-01-2026
Kereta Baru
VCM Dedah Volvo XC60 2025 Sudah Masuk Malaysia, Harga Bermula Dari RM333,888

VCM Dedah Volvo XC60 2025 Sudah Masuk Malaysia, Harga Bermula Dari RM333,888

Volvo Car Malaysia (VCM) secara rasmi mengumumkan ketibaan model paling laris secara global yang sudah diperbaharui lagi iaitu Volvo XC60 2025.

10-09-2025
Kereta Baru
Pendaftaran Minat Volvo EX90 & XC90 Baharu Kini Dibuka

Pendaftaran Minat Volvo EX90 & XC90 Baharu Kini Dibuka

VCM secara rasmi membuka ROI untuk dua model SUV mewahnya, iaitu kenderaan elektrik (EV) Volvo EX90 dan hibrid plug-in (PHEV) Volvo XC90.

03-03-2025
Berita Auto
Volvo Car Malaysia Jual 1,953 Unit Tahun 2024 – Jualan EV Makin Rancak

Volvo Car Malaysia Jual 1,953 Unit Tahun 2024 – Jualan EV Makin Rancak

Volvo Car Malaysia (VCM) melabuhkan tirai tahun 2024 dengan kejayaan besar dalam segmen kenderaan elektrik penuh (BEV).

07-02-2025
Berita Auto
Hari Lahir Volvo: Nikmati Pelbagai Tawaran

Hari Lahir Volvo: Nikmati Pelbagai Tawaran

Para pelanggan berpeluang menikmati percutian ke Sweden.

15-04-2024
Kereta Baru
5 Model PHEV Volvo Dikemaskini, Ini Senarai Ciri Terbaru

5 Model PHEV Volvo Dikemaskini, Ini Senarai Ciri Terbaru

Volvo Car Malaysia (VCM) telah mengumumkan pembaharuan kesemua model dalam rangkaian ‘Recharge.'

12-09-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto
Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto
Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto
Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto
Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima  ISO 50001:2018

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026