Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW 218 Gran Coupé Sport Kini Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM241,000

Sofea Najmi

Kongsi melalui

02.-The-New-BMW-218-Gran-Coupé-Sport.jpg


BMW Group Malaysia hari ini melancarkan BMW 218 Gran Coupé Sport yang hadir dengan kombinasi sempurna antara reka bentuk elegan, prestasi dinamik dan teknologi terkini. Model ini ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada RM241,000.


Ciri Mekanikal BMW 218 Gran Coupé Sport


13.-The-New-BMW-218-Gran-Coupé-Sport.jpg


BMW 218 Gran Coupé Sport dikuasakan oleh enjin petrol turbo tiga silinder 1.5 liter baharu yang menggunakan kitaran Miller, direka untuk kecekapan termodinamik maksimum. Enjin ini menghasilkan kuasa 115 kW (156 hp) dan tork 230 Nm, menawarkan prestasi mantap sambil mengoptimumkan penggunaan bahan api. Dipadankan dengan transmisi dwi-klac Steptronic tujuh kelajuan, Gran Coupé ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 8.6 saat dan mencapai kelajuan maksimum 230 km/j.


Casis BMW 218 Gran Coupé Sport telah direka semula hampir sepenuhnya dengan komponen baharu untuk meningkatkan ketangkasan dan kawalan. Sistem suspensinya yang terdiri daripada MacPherson satu topang (atau strut) di hadapan dan pautan tiga lengan pada gandar belakang, kini dipadankan dengan penstabil bertekanan tinggi dan kinematik gandar yang dioptimumkan. Ini menghasilkan peningkatan ketara dalam ketepatan stereng, kestabilan di selekoh dan keselesaan pemanduan. 


Sistem ARB (had gelinciran roda membabitkan aktuator) yang disertakan secara standard meningkatkan cengkaman dengan tindak balas pantas dalam milisaat, memastikan pemanduan terasa sangat meyakinkan walaupun dalam keadaan mencabar. Suspensi standard memberikan perjalanan yang seimbang dan terkawal di pelbagai permukaan jalan, mengekalkan ciri dinamik  BMW.


Gabungan Rekaan Elegan dan Sporty


01.-The-New-BMW-218-Gran-Coupé-Sport.jpg04.-The-New-BMW-218-Gran-Coupé-Sport.jpg


Di bahagian hadapan, gril kidney BMW yang baru dengan bar menegak dan menyerong menonjolkan identiti tersendiri. Gril ini diapit oleh lampu hadapan LED adaptif yang dilengkapi lampu nyalaan siang menegak dan lampu tinggi anti-silau dengan fungsi membelok. 


Kelebaran Gran Coupé terserlah dengan komponen ambilan udara sisi dan bawah, diinspirasikan oleh elemen reka bentuk BMW M. 


Dari sisi, siluet Gran Coupé kekal gagah dan elegan, dengan sentuhan khas Hofmeister kink yang diukir dengan nombor “2” sebagai penghormatan kepada ciri ikonik model ini. Sudut tepi juga kelihatan  menyerlah dengan garis badan eksklusif Exterior Line Satin Aluminium dan penggunaan rim aloi ringan dua warna berukuran 18 inci. 


Di belakang, lampu LED menegak dan diffuser sport yang direka semula membuatkan kereta kelihatan lebih gah dan lebar. 


Kabin Moden dan Sporty


Bahagian dalam BMW 218 Gran Coupé Sport menampilkan gabungan harmoni antara gaya moden dan sentuhan sporty. Model ini dilengkapi dengan stereng sport tiga jejari, BMW Curved Display yang terdiri daripada kluster instrumen 10.25 inci dan paparan kawalan 10.7 inci. Dikuasakan oleh BMW Operating System 9 dengan QuickSelect, sistem ini membolehkan kawalan mudah melalui sentuhan dan arahan suara. 


25.-The-New-BMW-218-Gran-Coupé-Sport.jpg


Sentuhan premium seperti kemasan Aluminium Graphite “Illuminated”, pencahayaan ambien dan upholsteri Veganza berpori (perforated) menyerlahkan aura mewah kabin.


Ciri menarik lain yang disediakan ialah ruang pengecasan tanpa wayar, cermin pandang belakang dengan fungsi anti-silau automatik dan tempat duduk sport dengan sistem pelarasan secara automatik dan fungsi memori. Ruang bagasi pula berkapasiti 430 liter. 


Teknologi Keselamatan dan Bantuan Pemandu


BMW 218 Gran Coupé Sport dilengkapi dengan pelbagai sistem bantuan pemandu sebagai standard. Driving Assistant merangkumi amaran pertukaran lorong, maklumat had laju, amaran trafik lintasan belakang dengan brek automatik dan amaran keluar kenderaan. Fungsi brek kecemasan semasa undur dan amaran perlanggaran hadapan ramalan menambah lapisan keselamatan. 


Untuk pergerakan berkelajuan rendah, Parking Assistant dengan Reversing Assistant sehingga 50 meter dan kamera bantuan undur memudahkan pemanduan di ruang sempit.


Pembelian BMW 218 Gran Coupé Sport


BMW 218 Gran Coupé Sport boleh didapati dalam warna luaran menarik seperti Alpine White, Black Sapphire dan Cape York Green. Untuk ruang kabin, upholsteri Veganza berporai dalam warna hitam disediakan bagi ketiga-tiga pilihan warna luaran.

Model ini ditawarkan bermula daripada RM241,000 atas jalan tanpa insurans, termasuk pakej waranti lanjutan lima tahun BSRI dan servis.


Tag:

BMW Group Malaysia
BMW Malaysia
BMW 218 Gran Coupé Sport
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

21-07-2025
Kereta Baru

21-07-2025
Kereta Baru

04-07-2025
Kereta Baru

25-06-2025
Kereta Baru

25-06-2025
Kereta Baru

20-06-2025
Kereta Baru

12-06-2025
Kereta Baru

12-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Haval H6 HEV Kini Lebih Sporty Dengan Kabin Phantom Black

GWM Haval H6 HEV kini tampil lebih sporty dan elegan dengan tawaran kemasan dalaman baharu, Phantom Black.

01-08-2025
Kereta Baru

Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Varian Hibrid Terbaru, Dari RM395,888

Lexus Malaysia sekali lagi membuat kemas kini barisan produknya ‘dalam diam’ dengan memperkenalkan varian baharu SUV NX, iaitu Lexus NX 350h Luxury.

29-07-2025
Kereta Baru

Proton X50 Facelift 2025 Dilancar: Harga Bermula Serendah RM86K? Biar Betul?

Proton melancarkan secara rasminya, Proton X50 Facelift 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

24-07-2025
Kereta Baru

BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan.

24-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!

Lexus Malaysia secara senyap-senyap melancarkan edisi terhad baharu SUV saiz sederhana mereka, dikenali sebagai Lexus RX 500h F Sport Special Edition.

22-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW X5 xDrive40iM Sport CKD Dilancar: Harga 𝐑𝐌𝟒𝟔𝟗,𝟖𝟎𝟎

Selain model BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW iX xDrive45 Sport Baharu, BMW X5 xDrive40iM Sport Baharu versi pemasangan tempatan (CKD) turut dilancarkan secara rasminya.

21-07-2025