Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW M5 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Cecah 727 HP, Dari RM1,188,800

Sofea Najmi

Kongsi melalui

_SN18337.JPG


BMW M5


BMW Group Malaysia hari ini melancarkan sedan sport BMW M5 2025 dengan harga jualan bermula daripada RM1,188,800. 


Ciri Mekanikal BMW M5


BMW M5 2025 dikuasakan oleh sistem M Hybrid baharu yang menggabungkan enjin V8 TwinPower Turbo berprestasi tinggi dengan motor elektrik generasi kelima BMW eDrive. Enjin V8 menghasilkan 430 kW (585 hp), manakala motor elektrik menambah 145 kW (197 hp), menjadikan jumlah kuasa sistem sebanyak 727 hp dengan tork luar biasa 1,000 Nm.


15.-The-New-BMW-M5.jpg

 

Kuasa disalurkan melalui transmisi M Steptronic lapan kelajuan, membolehkan M5 memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.5 saat dan mencapai 200 km/j dalam 10.9 saat. 


Teknologi “Boost Control” membolehkan tork maksimum disalurkan secara segera antara 30 hingga 150 km/j, diaktifkan melalui paddle shifter kiri dalam mod M Track, meningkatkan pecutan mid-range dengan ketara. Keasyikan bunyi ngauman enjin V8 yang ikonik ditingkatkan lagi dengan sistem ekzos M Sport dan BMW IconicSounds Electric ketika dalam mod hibrid.


BMW M5 2025 dibina atas platform G60 5 Series dengan casis yang dioptimumkan untuk keseimbangan antara ketepatan litar dan keselesaan jarak jauh. 


Suspensi hadapan double wishbone dan gandar belakang lima pautan dipertingkat dengan komponen baharu dan talaan khas M. Suspensi adaptif M membolehkan pemandu memilih mod Comfort, Sport atau Sport Plus mengikut citarasa pemanduan. 


Sistem stereng aktif integral (Integral Active Steering) disertakan sebagai standard, menyediakan stereng roda belakang yang meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi dan memudahkan pusingan pada kelajuan rendah dengan sudut stereng sehingga 1.5 darjah. 


Sistem pacuan semua roda M xDrive disesuaikan untuk sistem hibrid, mengagihkan tork secara pintar antara gandar untuk cengkaman dan ketangkasan maksimum. Pemandu boleh memilih antara mod 4WD, 4WD SPORT atau 2WD. 


Rekaan Sporty yang Menyerlah


THUMB---BMW-M5.png

01.-The-New-BMW-M5.jpg04.-The-New-BMW-M5.jpg


Rekaan luar yang sporty menyerlah dengan gril kidney hitam berkilat, lampu LED adaptif lengkap dengan M Lights Shadowline. Lengkungan roda yang lebar dan spoiler Gurney di belakang menambah elemen agresif, sementara rim aloi M 20 inci dan 21 inci dua warna Midnight Grey memperkukuh penampilan dinamik. Bagi yang mahukan gaya lebih minimal dan eksklusif, pakej M Carbon Exterior turut ditawarkan.


Kabin dengan Fokus Terhadap Pemandu dan Ciri Keselesaan Premium


19.-The-New-BMW-M5.jpg


Kabin BMW M5 2025 menggabungkan prestasi tinggi dan kemewahan premium dengan BMW Curved Display digital 12.3 inci dan skrin sentuh 14.9 inci, dipacu BMW Live Cockpit Professional. 


Stereng M hadir dengan butang kawalan seperti M1/M2, sementara paddle shifter memudahkan kawalan mod pemanduan. 


Suasana kabin tampil mewah dengan BMW Interaction Bar dan pencahayaan ambien berubah mengikut mod pemanduan sama ada Road, Sport atau Track. Tempat duduk M hadir dengan sistem pelarasan automatik, sokongan lumbar, memori dan pemanas, disempurnakan dengan tali pinggang keledar M. 


Setiap sudut menggunakan bahan mewah seperti upholsteri kulit Merino dua tona, kemasan gentian karbon dengan benang perak berkilat, dan bumbung Alcantara anthracite. 


Keselesaan ditambah dengan pendingin hawa empat zon, sistem Comfort Access, pengecasan tanpa wayar, kamera kabin dan sistem audio Bowers & Wilkins 655W dengan 18 pembesar suara. Untuk simpanan barangan, ruang butnya berkapasiti 466 liter.


Teknologi Keselamatan dan Bantuan Pemanduan Canggih


BMW M5 2025 dilengkapi pakej lengkap sistem bantuan pemanduan dan keselamatan. Ciri standard termasuk Driving Assistant dan Parking Assistant dengan pemantauan permulaan pemanduan, kamera bantuan undur, dan Reversing Assistant pintar. 


Parking Assistant Plus menawarkan kamera tambahan dengan pandangan 3D sekeliling. Driving Assistant Plus menyokong pemanduan separa automatik dengan fungsi seperti kawalan lorong, stereng aktif, kawalan pelayaran adaptif dan pemantauan had laju automatik yang sangat berguna untuk perjalanan lebuh raya jarak jauh. Sistem ini juga mampu menguruskan kesesakan trafik dan penyatuan lebuh raya dengan campur tangan minimum pemandu. 


Pembelian BMW M5 2025 


BMW M5 2025 ditawarkan dalam pelbagai warna luaran menarik seperti Alpine White, Sophisto Grey, Fire Red, Brooklyn Grey, Carbon Black, Isle of Man Green, Marina Bay Blue dan Storm Bay. Kabin ditawaarkan dengan empat pilihan upholsteri kulit Merino mewah iaitu hitam klasik, Silverstone elegan, merah berani atau Kyalami Orange yang ekspresif, lengkap dengan jahitan logo M dan kemasan berkualiti tinggi. BMW M5 2025 dengan harga jualan bermula daripada RM1,188,800. 

Tag:

BMW Malaysia
BMW Group Malaysia
BMW M5
BMW M5 2025
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

20-06-2025
Berita Auto

06-03-2025
Pandu Uji

13-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Kereta Baru

16-01-2025
Berita Auto

28-11-2024
Berita Auto

20-11-2024
Berita Auto

12-09-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Haval H6 HEV Kini Lebih Sporty Dengan Kabin Phantom Black

GWM Haval H6 HEV kini tampil lebih sporty dan elegan dengan tawaran kemasan dalaman baharu, Phantom Black.

01-08-2025
Kereta Baru

Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Varian Hibrid Terbaru, Dari RM395,888

Lexus Malaysia sekali lagi membuat kemas kini barisan produknya ‘dalam diam’ dengan memperkenalkan varian baharu SUV NX, iaitu Lexus NX 350h Luxury.

29-07-2025
Kereta Baru

Proton X50 Facelift 2025 Dilancar: Harga Bermula Serendah RM86K? Biar Betul?

Proton melancarkan secara rasminya, Proton X50 Facelift 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

24-07-2025
Kereta Baru

BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan.

24-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!

Lexus Malaysia secara senyap-senyap melancarkan edisi terhad baharu SUV saiz sederhana mereka, dikenali sebagai Lexus RX 500h F Sport Special Edition.

22-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW X5 xDrive40iM Sport CKD Dilancar: Harga 𝐑𝐌𝟒𝟔𝟗,𝟖𝟎𝟎

Selain model BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW iX xDrive45 Sport Baharu, BMW X5 xDrive40iM Sport Baharu versi pemasangan tempatan (CKD) turut dilancarkan secara rasminya.

21-07-2025