Link Copiedcheck_circle
EV

Cipta Sejarah: Xiaomi SU7 Ultra Catat 7 Minit 4.95 saat di Litar Nurburgring

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas membuat penampilan sulung  di Gran Turismo 7, Xiaomi SU7 Ultra terus mencipta kejutan apabila berjaya merampas takhta daripada Rimac Nevera untuk menjadi EV terpantas yang mencatat pusingan di litar Nürburgring.

Xiaomi SU7 Ultra mencatat masa mengagumkan iaitu 7 minit 4.957 saat di Green Hell, sekali gus mampu meninggalkan hyper-EV dari Croatia itu kira-kira 0.341 saat di belakang.

Sebelum rekod ini dicatat, Xiaomi pernah menurunkan prototaip SU7 Ultra yang mencatat masa pusingan lebih mengagumkan iaitu 6 minit 46.974 saat, dengan kereta tersebut menampilkan elemen aerodinamik yang lebih agresif .

image.pngimage.png

Masa pusingan itu juga meletakkannya dalam kategori bawah 7 minit, sebaris dengan prototaip Volkswagen ID.R, yang sehingga kini merupakan EV prototaip terpantas di litar ‘Ring.

Walaupun rekod baharu ini meletakkan SU7 Ultra 18 saat di belakang kembarnya versi prototaip, masa pusingan ini sudah mencukupi untuk mengatasi Porsche Taycan Turbo GT dari Jerman, malah juga Rimac Nevera hyper-EV yang sebelum ini mencatat 7 minit 5.298 saat.

Dalam video yang disiarkan oleh Xiaomi,  SU7 Ultra dilihat berjaya mencecah kelajuan 345 km/j di laluan lurus , hanya kurang 5 km/j daripada kelajuan maksimum (V-max) yang didakwa iaitu 350 km/j.

image.pngimage.png

Kejayaan ini dicapai hasil daripada tetapan tiga motor elektrik yang mana ia mampu menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak  1,527 hp (1,138 kW) dan tork 1,306 Nm.

Kuasanya itu membolehkan ia memecut dari 0 -100 km/j  hanya dalam hanya 1.89 saat.

Bagaimanapun, Xiaomi tidak menjelaskan banyak butiran lain mengenai pecutan yangmengagumkan ini, termasuk identiti pemandu SU7 Ultra semasa aksi tersebut.

Namun, syarikat teknologi gergasi  dari China ini menegaskan bahawa SU7 Ultra yang digunakan untuk mencatat rekod ini adalah model produksi, walaupun dipasang dengan pakej trek pilihan.

Mengulas tentang pencapaian ini, Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun berkata ini bukan kali terakhir  melihat Xiaomi beraksi di Nürburgring, memandangkan syarikat tersebut ada mengumumkan kerjasama dengan pihak pengurusan litar itu.

image.png

Menerusi kerjasama ini, Xiaomi akan terus menggunakan Nürburgring sebagai tapak ujian bagi membangunkan EV generasi akan datang.

Sebagai tanda peringatan untuk kerjasama ini, satu selekoh baharu bernama "Xiaomi Curve" telah ditambah di litar Grand Prix Nürburgring, sekali gus meletakkan gergasi teknologi ini sebaris dengan jenama automotif lagenda yang lain.

Gallery

Tag:

Xiaomi EV
Xiaomi SU7
Xiaomi SU7 EV
Nurburgring Nordschleife
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Xiaomi Lantik Syarikat Ketiga: Xiaomi SU7, YU7 Bakal Dieksport

Adakah Malaysia juga akan menerima Xiaomi SU7, YU7?

11-02-2025
EV

Ini Dia Penampilan Xiaomi SU7, Maaf Tak Masuk M'sia

Hanya sebuah Xiaomi SU7 dipamerkan di Malaysia.

17-10-2024
EV

"Takut" Jadi Punca Xiaomi Bangunkan EV, Ini Punca Ketakutannya...

CEO Xiaomi, Lei Jun, berkongsi kisah di sebalik pembangunan kereta elektrik yang telah dilancarkan.

29-07-2024
EV

Tempoh Menunggu EV Pertama Xiaomi, SU7 Cecah 7 Bulan! – 88K Tempahan Dalam 24 Jam

Xiaomi memaklumkan kepada calon pembeli kereta sedan elektrik (EV) keluarannya, SU7 mungkin perlu menunggu lama sehingga tujuh bulan!

01-04-2024
EV
EV

Xiaomi SU7 Ultra Menggerunkan Porsche Taycan Turbo GT – Hampir 4,000 Unit Ditempah Dalam 10 Minit

Xiaomi SU7 Ultra versi prototaip baru-baru ini telah membuat pencapaian menakjubkan apabila berjaya mencatatkan masa pusingan terpantas bagi sebuah model sedan empat pintu iaitu 6:46.874 pada 24 Oktober lalu.

30-10-2024
EV

Tempahan Xiaomi SU7 Ultra Dibuka Di China – Hypercar Elektrik 1,526 HP Bawah RM500K

Xiaomi akan memperkenalkan model paling berkuasa dalam siri SU7, iaitu Xiaomi SU7 Ultra semasa acara pelancaran produk baharunya yang bakal berlangsung 29 Okt ini.

25-10-2024
EV

Ini Dia Penampilan Xiaomi SU7, Maaf Tak Masuk M'sia

Hanya sebuah Xiaomi SU7 dipamerkan di Malaysia.

17-10-2024

Berita Terkini

EV

Leapmotor B10 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM110K

Leapmotor Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) baharu, Leapmotor B10, kini dibuka kepada umum.

17-11-2025
EV

Kerajaan Akhirnya Perkenal Passport Bateri Untuk EV

Kerajaan akhirnya memperkenalkan standard pasport bateri kenderaan elektrik yang pertama di ASEAN, baru-baru ini.

17-11-2025
EV

EV Pertama Perodua: Perodua Sewa Fasiliti Tan Chong Motor Untuk Pasang EV

Perodua berkerjasama dengan Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) untuk memasang kenderaan elektrik pertama mereka di kilang Tan Chong Motor.

16-11-2025
EV

Prasarana Bakal Sediakan 150 Bas Elektrik Pada 2026

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengorak setapak ke hadapan kerana akan bakal menawarkan 150 bas elektrik selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

14-11-2025
EV

Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia

Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

13-11-2025
EV

Kerajaan Luluskan EMSP: Satu Platform Digital Kawal Semua Pengecasan EV Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengesahkan bahawa kerajaan telah meluluskan penubuhan Platform Perkhidmatan e-Mobiliti (EMSP)

13-11-2025
EV

BYD Atto 3 Bakal Muncul Dengan Prestasi Lebih Tinggi, Jarak EV Cecah 650 KM

SUV elektrik BYD Atto 3 2026 nampaknya bakal menerima kemas kini secara besar-besaran. Perkara ini terbongkar melalui dokumen rasmi Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China yang mula tersebar di internet.

12-11-2025
EV

Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI

MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.

12-11-2025