Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-Benz G-Class  Mercedes-Benz G580 dengan Teknologi EQ ke pasaran  tempatan di ibu negara, pagi tadi.

Ia ditawarkan dalam dua varian iaitu G580 EQ (standard) pada harga RM958,888 dan G580 EQ Edition One (lebih premium) pada harga RM999,888.

Harga ini termasuk waranti kenderaan selama 4 tahun dan waranti bateri EV selama 10 tahun.

image.pngimage.png

Kedua-dua varian berkenaan menggunakan  empat motor elektrik  dimana setiap motor dilengkapi transmisi dua kelajuan yang membolehkannya berfungsi seperti sistem gear rendah dan tinggi pada kenderaan 4×4 biasa. 

Ini membolehkan ia  menghasilkan kuasa setakat 579 hp (432 kW) dan tork 1,164 Nm, sekali gus menjadikannya lebih bertenaga daripada Mercedes‑AMG G63 yang dikuasakan enjin V8.

Walaupun lebih berkuasa, G580 EQ sedikit perlahan dalam pecutan kerana ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 4.7 saat manakala G63 pula 4.4 saat.

Had laju pula hanya 180 km/j, iaitu lebih perlahan  daripada G63.

image.pngimage.png

Namun, apa yang membezakan G580 EQ daripada G63 ialah ciri G-Turn, di mana SUV ini mampu melakukan pusingan setempat sehingga 720 darjah. Selain ciri itu, konfigurasi empat motor juga membolehkan G580 EQ membuat pusingan tajam sehingga 90 darjah, walaupun dengan had kelajuan 25 km/j.

Di sebalik ciri itu, G580 EQ dianggap sebuah  kenderaan pacuan yang cukup lasak disebabkan jarak kelegaan tanah  sebanyak 250 mm, sudut menjunam 32 darjah manakala suduk mendaki  30.7 darjah.

Bukan itu sahaja, ia juga mampu  meredah air pada kedalaman sehingga 850 mm iaitu 150 mm lebih daripada model G-Class yang menggunakan enjin pembakaran dalaman.

image.pngimage.png

Dari segi bateri, G580 EQ dilengkapi dengan pek bateri lithium-ion berkapasiti 116 kWh yang membolehkan ia mencapai jarak sehingga 473 km mengikut standard WLTP. 

Bateri ini turut menyokong pengecasan pantas DC (DCFC) sehingga 200 kW, membolehkan ia dicas dari 10% ke 80% hanya dalam masa 32 minit, manakala pengecas AC 11 kW mengambil masa lebih 11 jam untuk mengecas dari 10% hingga 100%.

image.pngimage.png

Melihat luarannya, G580 EQ dilihat mengekalkan gaya badan SUV berkotak yang sama seperti G-Class standard, walaupun dengan beberapa elemen reka bentuk khusus untuk kenderaan elektrik. 

Terdapat gril hadapan yang berlampu, lampu hadapan LED jenis bulat, hud hadapan yang sedikit tinggi, kotak simpanan pada pintu belakang yang boleh memuatkan kabel pengecas, spoiler yang dipasang di bumbung, roda aloi ringan AMG bersaiz 20 inci, dan banyak lagi.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya, G580 EQ mengekalkan susun atur kabin yang sama seperti G-Class standard, kecuali panel kawalan baharu hadir dengan fungsi ‘G’ yang terletak di antara saluran penyaman udara tengah. 

image.pngimage.png

Antara kelengkapan lain ialah terdapat sistem infotainmen MBUX lengkap dengan paparan khas untuk penumpang belakang, upholsteri kulit Nappa hitam, beberapa kemasan gentian karbon AMG, panel tepi pintu  bercahaya, tali pinggang keledar Manufaktur, pelapik bumbung Microcut mikrofiber berwarna hitam, lampu ambien dan banyak lagi.

Untuk makluman, versi edisi khas yang dinamakan G580 Edition tampil dengan tiga pilihan warna  Manufaktur iaitu South Sea Blue Magno, Opalite White Magno dan Classic Grey Solid.

Versi ini sebenarnya hadir dengan jalur pelindung luaran warna dan angkup brek berwarna biru, pemegang pintu dengan huruf ‘G’ timbul serta terdapat lampu yang akan memaparkan  tulisan ‘G – Stronger Than Time’ di atas lantai.

Apa pula pandangan anda mengenai model baharu ini? Kongsikan pendapat anda!



Gallery

Tag:

Mercedes-Benz Malaysia
Mercedes-Benz G-Class
Mercedes G580
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta

Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan varian tertinggi model roadster SL, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance le pasaran tempatan.

05-06-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV Dipertontonkan – Capai 673 KM, 355 HP, Dari RM625K!

Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah mempertontonkan EQS 450 4Matic SUV. Ini yang anda patut tahu...

16-08-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG A45S 4Matic+ Limited Edition, RM558,888, HANYA Ada 10 Unit!

MBM melancarkan model terbaharunya, Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ Limited Edition, semalam

08-08-2024
Berita Auto

Peluang Pandu Uji Model Terkini di Acara Mercedes-Benz World 5-7 Julai Ini!

Mercedes-Benz World kini sedang berlangsung di KL Base. Apa yang menarik?

05-07-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG GLA 45 S 4Matic+ Kini Di Malaysia – Dari RM539,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-AMG GLA45S 4Matic+ facelift. Ini spesifikasinya...

04-07-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Mercedes-AMG C63 S E Performance. Ini spesifikasinya...

04-07-2024
Berita Auto

Mercedes-Benz, Toyota, Chery Dipanggil Balik

Para pemilik yang terlibat diminta membuat temujanji dengan pihak pengeluar kereta.

25-06-2024
Kereta Baru

Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi

MBM sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial semalam.

30-05-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!

Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.

05-01-2026
Kereta Baru

Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo Car Malaysia mengumumkan pihaknya sudah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk model terbaharunya, Volvo ES90.

02-01-2026
Kereta Baru

Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.

01-01-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.

17-12-2025
Kereta Baru

Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Perodua melancarkan secara rasminya, Perodua Traz yang dinantikan sejak sekian lama di pasaran tempatan, sebentar tadi.

17-12-2025
Kereta Baru

EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

17-12-2025
Kereta Baru

Ini 'Wajah Baharu' Proton S70, Muncul Januari 2026 Nanti?

Satu perkongsian di Facebook ‘Proton S70 Malaysia’ baru-baru ini telah mendedahkan rupa sebenar bagi model yang bakal dikenali sebagai Proton S70 facelift 2026 atau S70 MC1 (Minor Change).

16-12-2025
Kereta Baru

Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.

10-12-2025