Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Gempar, Bom Mortar Dijumpai Di Tepi Lebuh Raya PLUS, Berhampiran Terowong Menora

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gempar  apabila pekerja pembersihan menemui sebutir bom  di KM265 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, berhampiran Terowong Menora, Perak, petang tadi.

Susulan itu kesesakan teruk sehingga 15 kilometer. Bagaimanapun, bom terbabit sudah pun dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dengan dibantu UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata bom mortar 81mm dari kategori Unexploded Ordnance (UXO) itu dijumpai ketika kerja pembersihan landskap pokok sedang dilakukan.

"Pemeriksaan dijalankan ke atas bom UXO itu dengan ia didapati cukup sifat. Pasukan UPB mengambil tindakan pemusnahan bom berkenaan menggunakan teknik 'high order' kaedah elektrik.

"Pemusnahan yang hanya membabitkan sebutir bom itu berjaya dijalankan tanpa membabitkan kehilangan nyawa dan harta benda," katanya.




Gallery

Tag:

bom mortar
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026