Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Harga BMW X3 20 xDrive M Sport 2025 Diumum, Cuma Berharga RM320,800

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Selepas penampilan sulungnya di My BMW World 2025 pada awal bulan , BMW Group Malaysia akhirnya mengumumkan harga runcit bagi model serba baharu BMW X3 20 xDrive M Sport 2025, sebentar tadi.

Ia merupakan satu-satunya varian yang dipasang secara tempatan (CKD) bagi generasi keempat.

Mengenai harga, BMW X3 ini ditawarkan pada harga RM320,800, termasuk waranti kenderaan standard selama 2 tahun serta sokongan BMW Roadside Assistance, Accident Hotline dan BMW Service Online.

Sekiranya anda memilih pakej BMW Service & Repair Inclusive (BSRI) yang merangkumi waranti lanjutan dan pakej servis selama 5 tahun, harganya meningkat kepada RM348,700.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, X3 generasi keempat ini hanya hadir dalam satu varian. 

image.pngimage.png

BMW X3 20 xDrive M Sport dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder 2.0 liter dengan teknologi hibrid ringkas 48 volt, dimana ia mampu  menghasilkan kuasa gabungan 140 kW (190 hp) dan 310 Nm. 

Dipadankan dengan transmisi Steptronic lapan kelajuan, sistem pacuan semua roda xDrive menggantikan pacuan roda belakang model sebelum ini, untuk kuasa  cengkaman dan kestabilan yang lebih baik dalam pelbagai keadaan jalan. 

image.png

SUV ini mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam 8.5 saat dan mencapai kelajuan maksimum 215 km/j.

Menjengah bahagian luarannya, BMW X3 ini  didatangkan secara standard dengan beberapa kelengkapan M Sport termasuk kit badan sporty, gril LED BMW Iconic Glow, rim M Sport dua tona bersaiz 19 inci, dan banyak lagi.

image.pngimage.png

Biarpun ia hadir dengan penampilan M Sport, namu suspensi M Sport mahupun suspensi adaptif tidak disertakan pada spesifikasi pasaran tempatan.

Melihat kabinnya, ia  menampilkan reka bentuk minimalis tetapi beraura mewah dengan penggunaan bahan berkualiti tinggi. Antara yang menarik perhatian ialah skrin melengkung BMW Curved Display tanpa bingkai yang menggabungkan kluster instrumen 12.3 inci dan paparan kawalan 14.9 inci, sedikit condong ke arah pemandu. Sistem ini boleh dihubungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay. 

image.png

Kelengkapan menarik lain ialah papar pandu (HUD) BMW, ruang pengecasan tanpa wayar sehingga 15W dengan pencahayaan LED, kamera ruang kabin, pendingin hawa automatik tiga zon dan karpet velour.

image.pngimage.png

Untuk simpanan barangan, kapasiti ruang bagasi ialah 570 liter, boleh diperluas sehingga 1,700 liter.

Dari segi keselamatan, X3 baharu ini dilengkapi secara standard dengan pelbagai sistem bantuan pemandu canggih seperti Driving Assistant Plus yang merangkumi amaran pertukaran lorong dengan campur tangan stereng aktif, amaran perlanggaran hadapan dengan brek automatik, bantuan mengelak kenderaan, penunggang basikal dan pejalan kaki, amaran pusingan kiri dengan fungsi brek, paparan had laju dengan indikator larangan memotong, serta amaran keletihan pemandu. 

BMW X3 20 xDrive M Sport boleh didapati dalam beberapa pilihan warna termasuk Alpine White, Black Sapphire, Dune Grey dan Tanzanite Blue.

image.png

Bagi warna kabin, kemasan yang ditawarkan ialah upholsteri Veganza berpori (perforated) dalam warna hitam dan coklat (Espresso Brown). 

Untuk maklumat lanjut mengenai BMW X3 20 xDrive M Sport Baharu dan BMW 320i Sport Baharu, layari aman web BMW Malaysiadi https://www.bmw.com.my/en/index.html

Gallery

Tag:

BMW X3 20 xDrive M Sport
CKD
BMW Group Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

BMW X3 20 xDrive M Sport Kini Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM349,000

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan BMW X3 20 xDrive M Sport yang memperlihatkan reka bentuk yang lebih gah daripada biasa. Ini perinciannya...

12-06-2025
Kereta Baru

MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000

MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.

24-04-2026
Kereta Baru

BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K

BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.

15-01-2026
Berita Auto

Tahun 2025 Penuh 'Drama': Dari Hambar Kepada Rancak, Bagaimana Pula 2026 Nanti?

Tahun 2025 menyaksikan satu perjalanan yang penuh ‘drama’ bagi sektor automotif negara. Bermula dengan prestasi hambar pada suku ketiga (Q3), pasaran kembali ‘meletup’ apabila syarikat-syarikat automotif mula melancarkan promosi secara agresif bermula Oktober sehingga kini.

29-12-2025
Berita Auto

Harga Kereta CKD Tak Naik Hingga Julai 2026

Harga kereta pemasangan tempatan (CKD) tidak akan naik sehingga Julai 2026 memandangkan kerajaan sekali lagi menangguhkan pelaksanaan semakan struktur cukai eksais berdasarkan OMV.

27-12-2025
Berita Auto

Staria CKD Sudah Mula Dijual, Harga Serendah RM179,888.

Hyundai Motor Malaysia (HMY) mendedahkan pihaknya telah memulakan pemasangan tempatan (CKD) model MPV Staria dimana ia dijual bermula daripada RM179,888.

17-10-2025
Berita Auto

Pemasangan CKD: Jetour Dashing VT9 Dipasang Di Johor

Jetour Auto Malaysia secara rasminya telah memulakan operasi pemasangan tempatan untuk model SUV, JETOUR Dashing dan VT9.

28-07-2025
Berita Auto

Pembeli Tangguh Beli Kereta Sebab Nak Tunggu Diskaun Harga Kereta?

Sesetengah pembeli sanggup menangguhkan pembelian kereta semata-mata mahu menunggu potongan harga daripada pengeluar bukan nasional.

22-07-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026