Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Dia Volkswagen ID.Buzz AD Versi Pengeluaran – Tidak Perlu Pemandu, Lancar Tahun Depan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

VW-ID-Buzz-AD-13.jpg


Volkswagen menerusi subjenama mobiliti, MOIA, telah memperkenalkan versi pengeluaran bagi van elektrik autonomi yang pertamanya, Volkswagen ID.Buzz AD (‘AD’ bermaksud Autonomous Driving). Van elektrik yang boleh bergerak dengan sendiri ini bakal dilancarkan di Eropah dan Amerika Syarikat, dilengkapi teknologi pemanduan autonomi Tahap 4 hasil kerjasama dengan anak syarikat Intel, Mobileye.  


Pengumuman ini dibuat beberapa hari sebelum operasi ujian sebenar Tesla Robotaxi bermula. Namun, berbeza dengan Tesla yang menyasarkan pengguna umum, MOIA lebih memberi tumpuan kepada pelanggan korporat dan penyedia perkhidmatan mobiliti.


Rekaan Lebih Praktikal dan Mesra Pengguna


VW-ID-Buzz-AD-8.jpgVW-ID-Buzz-AD-6.jpg


Berbanding versi pra-pengeluaran, ID.Buzz AD versi pengeluaran ini hadir dengan jarak roda yang dipanjangkan dan bumbung yang dinaikkan untuk ruang yang lebih luas demi keselesaan. MOIA turut memperkenalkan ciri intuitive boarding melalui telefon pintar di mana penumpang perlu menggunakan telefon untuk membuka kunci pintu kenderaan.


Kabin Direka untuk Keselesaan Maksimum


VW-ID-Buzz-AD-11.jpgVW-ID-Buzz-AD-10.jpg


Di dalam, van ini menampilkan susun atur penumpang yang sama seperti van komersial lain, namun dengan sentuhan reka bentuk unik dan tambahan pelbagai ciri kemudahan. Antara ciri menarik ialah lantai bertekstur seperti kayu, pemegang tangan besar untuk memudahkan naik/turun, butang SOS dan Start/Stop di setiap baris tempat duduk, ruang bagasi khas di hadapan, serta sistem AI terbina untuk memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang.


Menariknya, walaupun berstatus autonomi, model ini masih menyediakan ruang kokpit pemandu yang lengkap dengan stereng dan tempat duduk pemandu, memberi ruang untuk kehadiran pemandu keselamatan (safety driver) jika diperlukan.


Baca: VW Transporter T7 Generasi Akan Datang Bakal Tiba Dalam Versi EV & PHEV


Teknologi Pemanduan Autonomi Canggih


VW-ID-Buzz-AD-2.jpgVW-ID-Buzz-AD-9.jpg


ID.Buzz AD dilengkapi dengan 27 sensor termasuk 13 kamera, sembilan LiDAR dan lima radar, memberikan pandangan 360 darjah yang menyeluruh di sekitar kenderaan. Semua sensor ini disambungkan kepada sistem pemanduan autonomi Mobileye serta platform ekosistem Autonomous Driving Mobility as a Service (AD MaaS) milik MOIA.


VW-ID-Buzz-AD-7.jpgVW-ID-Buzz-AD-5.jpg


Walaupun butiran teknikal terperinci tidak didedahkan, MOIA menjanjikan pakej lengkap untuk penyedia mobiliti awam dan swasta melancarkan perkhidmatan autonomi dengan pantas dan selamat pada berskala besar. Pelanggan sasaran termasuk syarikat pengurusan armada, kerajaan tempatan dan majlis bandaraya.


Pelancaran Dijangka Bermula Tahun Hadapan


VW-ID-Buzz-AD-14.jpg


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan VW, Oliver Blume, pengeluaran dan pelancaran van elektrik pemanduan autonomi ini akan bermula pada tahun hadapan, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa. Selain Eropah, model ini juga akan ditawarkan di Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada aspirasi VW Group untuk menjadi peneraju teknologi global dalam industri automotif.

Baca: Kia PV5 Bakal Saingi VW ID.Buzz?

Tag:

Volkswagen ID.Buzz AD
Volkswagen ID.Buzz
Volkswagen ID.Buzz AD Versi Pengeluaran
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026