Link Copiedcheck_circle
EV

Lalamove Lancar Van Elektrik Baharu, Sesuai Untuk Kegunaan Bandar, Tapi Belum Masuk Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lalamove mengorak setapak ke hadapan apabila mula  menceburi bidang pembuatan kenderaan elektrik (EV) dengan melancarkan jenama sendiri, DuoLa Auto, baru-baru ini.

Untuk permulaan,model pertamanya ialah van elektrik sepenuhnya yang dinamakan sebagai DuoLa Bafang (多拉八方).

Difahamkan, van elektrik baharu ini digunakan untuk penghantaran kargo, selain mampu membawa muatan yang banyak  membawa lebih banyak.

Promosi pra-pelancaran telah pun dijalankan di pelbagai saluran media Lalamove, dengan menampilkan rekaan berani bercirikan "tech-mecha".

image.pngimage.png

DuoLa Bafang hadir dengan rekaan kotak dan tertutup untuk tujuan praktikal. 

Menjengah luarannya,ia  menampilkan panel tertutup serta lampu hadapan berbentuk segi empat yang disusun secara menegak. Lampu ini membentuk huruf “H”, berkemungkinan merujuk kepada nama Cina Lalamove.

Selain itu, ia hadir dengan nampar hitam dengan saluran Udara bagi menampakkan ia lebih moden dan lasak. 

Melihat bahagian  sisinya, van elektrik ini mengekalkan profil yang agak ringkas. Ruang kargo terletak  di belakang kabin dan ada pintu gelangsar yang boleh dibuka di sebelah kiri.

Menurut dokumen rasmi daripada Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China (MIIT), DuoLa Bafang berukuran 5,095 mm panjang, 1,870 mm lebar, dan 1,990 MM tinggi, dengan jarak roda 3,300 mm. 

Ia menawarkan ruang kargo 7.8 meter padu, kira-kira satu meter padu lebih besar berbanding kebanyakan van bersaiz sederhana.

Tempat duduk barisan hadapan boleh memuatkan tiga orang, dan pintu belakang boleh dibuka seluas 270 darjah, sekali gus memudahkan kerja memasukkan dan mengeluarkan barangan.

Mengenai trenkuasa, ia disumbat dengan satu  motor elektrik yang berkuasa 94 kW. Selain itu, ia juga hadir dengan salah satu daripada tiga pilihan bateri: CATL 43.53 kWh, FinDreams 43.06 kWh atau EVE Energy 41.86 kWh.

image.png

Sementara itu,  kapasiti bateri adalah antara 41.86 hingga 43.53 kWh, dimana ia mampu menawarkan jarak maksimum sejauh 305 KM. Maknanya, ia sesuai digunakan untuk penghantaran  barang dalam bandar.

Disebabkan peraturan ketat pengeluaran EV di China, Lalamove bekerjasama dengan Changan Kaicene sebagai rakan pengeluarannya. Changan Kaicene akan mengeluarkan tiga versi van elektrik ini, dimana ketiga-tiganya menggunakan rekaan sama.

Menurut CarNewsChina, di China, 40% daripada penghantaran Lalamove pada tahun 2024 telah pun menggunakan EV, meliputi jarak sejauh 7.4 bilion KM. Syarikat ini juga telah membina  940,000 stesen pengecasan di 338 bandar.

image.png

Di Malaysia, selain Grab, Lalamove merupakan satu lagi penyedia perkhidmatan penghantaran utama. Adakah DuoLa Bafang akan ditawarkan di sini?

Mungkin ya, ini kerana Malaysia kini giat untuk beralih ke arah pengangkutan lebih hijau. Apa pula pandangan anda?


Gallery

Tag:

Lalamove DuoLa Bafang (多拉八方)
Lalamove EV Van
Lalamove Malaysia
Lalamove
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Allianz Anjur Program Latihan Keselamatan Untuk Rider P-Hailing

Allianz Malaysia makan mengadakan dua program latihan yang bertujuan untuk meningkatkan keselamatan penunggang motosikal P-hailing.

22-07-2025

Berita Terkini

EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026