Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

"Aisyah" Temani Pemandu Proton – Arahan Suara Bahasa Melayu Pertama Dunia

Sofea Najmi

Kongsi melalui

ALL-NEW-X50-EXT-Quarter-Front-Right-Tyre-Straight.jpg

Proton melakar sejarah sebagai pengeluar kereta pertama di dunia yang berjaya mengintegrasikan sistem pengecaman suara (VR) dalam Bahasa Melayu pada model terbaru, Proton X50 facelift 2025. Perkembangan teknologi ini berlaku tujuh tahun selepas sistem VR berbahasa Inggeris “Hi Proton” diperkenalkan di pasaran Malaysia. 


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Zhang Qiang berkata, “Pelancaran Sistem Pengecaman Suara Bahasa Melayu pada Proton X50 Serba Baharu mengukuhkan kedudukan PROTON sebagai peneraju teknologi automotif, benar-benar memartabatkan semangat ‘dibuat oleh anak tempatan untuk anak tempatan’. Pengenalan Bahasa Melayu dalam sistem ini adalah evolusi semula jadi bagi kami supaya teknologi yang kami bawa sentiasa dekat dan relevan dengan pemandu Malaysia.”


Sokongan Dwibahasa


PROTON’s-internal-data-for-June-2025-shows-“Hello”-as-the-most-frequently-spoken-word-with-43,896-commands.-recorded.jpg


Proton X50 facelift kini hadir dengan sistem infotainmen 14.6 inci yang menyokong arahan suara dalam bahasa kebangsaan di samping bahasa Inggeris. Keupayaan menggunakan dua bahasa ini membezakan PROTON daripada pesaing lain dengan menawarkan kawalan suara yang lebih canggih dan relevan untuk pemandu tempatan.


“Aisyah” Sistem VR Bahasa Melayu Yang Mesra Pengguna


Sistem VR Bahasa Melayu ini dinamakan “Aisyah,” yang membawa personaliti seorang wanita mesra yang berfungsi sebagai teman pemandu atau ahli keluarga. 


“Aisyah”-is-chosen-name-for-the-first-ever-Bahasa-Melayu-Voice-Recognition.jpg


Projek pembangunan yang asalnya dijangka mengambil masa setahun disiapkan dalam tempoh hanya tujuh bulan antara Oktober 2024 hingga Mei 2025. Sepanjang tempoh ini, sebanyak 4,000 variasi arahan Bahasa Melayu dan 4,000 variasi arahan Inggeris telah dikumpulkan untuk meningkatkan ketepatan.


Lebih 200 sampel rakaman pertuturan Bahasa Malaysia standard, dengan pecahan suara lelaki dan wanita, direkodkan secara teliti bagi memastikan sistem dapat memahami pelbagai perbendaharaan kata dan variasi bahasa semula jadi seperti “buka tingkap” dan “bukakan tingkap.”


Sejarah VR Proton Sejak 2018


image.pngimage.png

image.png


Perjalanan PROTON dalam teknologi VR bermula pada 2018 dengan pengenalan sistem infotainmen Geely Smart Ecosystem (GKUI) pada model Proton X70. Pada 2022, Proton X50 muncul sebagai kenderaan terhubung (connected vehicle) pertama di Malaysia yang menggunakan unit infotainmen ATLAS dari ACO Tech bersama sistem VR tempatan yang dioptimumkan bagi Bahasa Inggeris Malaysia. 


Sistem “Hi Proton” membolehkan kawalan pelbagai fungsi dalam kereta seperti membuat panggilan, radio, muzik, navigasi, tingkap, bumbung suria dan pendingin hawa melalui arahan suara. Ini membolehkan pemandu melakukan tugas tanpa mengalih perhatian dan tangan dari stereng, sekali gus meningkatkan keselamatan pemanduan.


Baca: Kebangkitan Proton Dibantu Geely, Dari Rugi Kepada Untung Selepas 2017


Penggunaan Sistem VR Proton Menunjukkan Populariti Tinggi


This-VR-cloud-system-will-automatically-update-and-expand-its-vocabulary,-intelligently-understanding-more-commands.-(2).jpg


Data dalaman Proton untuk Jun 2025 menunjukkan penggunaan sistem ini cukup meluas, dengan kata “Hello” menjadi arahan paling kerap diucapkan sebanyak 43,896 kali. Diikuti dengan soalan bermula dengan “What” seperti “What is the weather like today” (40,779 kali) dan arahan “Call” (24,647 kali). Lebih 2.8 juta transaksi dibuat, dengan 228,046 pengguna aktif dalam bulan sama. 


Kemajuan Sistem VR Melalui Kemas Kini OTA


The-All-New-PROTON-X50-ushers-in-a-new-era-with-a-striking-design-evolution,-enhanced-ADAS-Level-2,-and-a-massive-14.6-inch-infotainment-display..jpg


Sistem VR Proton akan terus dipertingkatkan melalui kemas kini over-the-air (OTA) yang membolehkan sistem menambah perbendaharaan kata dan meningkatkan kefahaman arahan suara. Sistem berasaskan awan ini membolehkan arahan seperti “Saya nak lihat langit” untuk membuka bumbung suria difahami dengan mudah, menjanjikan pengalaman penggunaan yang semakin pintar dan dinamik dari masa ke masa.


Kini sistem VR dioptimumkan untuk suara wanita, namun usaha sedang dijalankan untuk memperkenalkan suara lelaki serta kajian ke arah integrasi bahasa dan dialek lain dalam versi akan datang.

Baca: Proton X50 Facelift 2025 Dilancar


Tag:

VR Proton
Arahan Suara Proton
VR BM Proton
Proton Aisyah
Pengecaman Suara BM Proton
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Gambar Intipan Tersebar, Butiran Proton Saga MC3 2025 Bocor Di Media Sosial

Butiran mengenai Proton Saga 2025 yang turut digelar sebagai Proton Saga generasi baharu MC3 telah pun bocor di media sosial sejak beberapa hari lalu.

06-08-2025
Berita Auto

Kapal BYD Zhengzhou Sudah Tiba Di Malaysia, Bawa Kereta Siap Dipasang Dari China

BYD Malaysia dan Sime Motors yang merupakan pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia mengesahkan ketibaan kapal pengangkut BYD dari Zhengzhou ke Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.

06-08-2025
Berita Auto

Harga Minyak Naik, Diesel Lebih Mahal Bermula 7 Ogos

Pengumuman harga minyak terkini Malaysia bermula 7 Ogos 2025.

06-08-2025
Berita Auto

Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) Tidak Jejaskan Kewangan

Pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) tidak akan membabitkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

06-08-2025
Berita Auto

MG Cyberster No 1 Di Asia & Oceania, Sebab Gaya Mengancam?

MG Cyberster menduduki tempat pertama kerana ia merupakan model paling laris di Asia dan Oceania.

06-08-2025
Berita Auto

PALSU: Tular Pula Lesen Kopi-O, Guna Gambar Menteri Pengangkutan

Iklan menggunakan gambar Menteri Pengangkutan, bertujuan memancing keyakinan orang ramai.

06-08-2025
Berita Auto

Imej Teaser Tersiar, Maknanya Jaecoo J5, Omoda C9 Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia baru sahaja menyiarkan imej teaser dua model terbaharunya, Jaecoo J5 dan Omoda C9 PHEV yang dikatakan bakal menggoyahkan pasaran SUV tidak lama lagi.

06-08-2025
Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.

05-08-2025